10 January 2017

AZAM BARU TAHUN 2017

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Salam mesra di tahun baru. Selepas 10 hari tahun 2017 ini berlalu, Hanis baru berpeluang nak share azam 2017 Hanis untuk pembaca belog semua. Tahun ini dah masuk tahun ke-6 Hanis dalam dunia blogging. Tahun kemuncak Hanis aktif adalah pada tahun 2012-2014, selepas tu Hanis semakin slow daripada dunia blogging disebabkan kesuntukkan masa untuk update new entry. Ramai yang cakap rugi Hanis tak grab peluang yang ada. Tapi takpe lah, benda dah lepas jangan di fikirkan lagi

Apa Khabar semua?

Selamat Tahun Baru Hanis ucapkan.
Image result for happy new year 2017

Tahun ini azam Hanis agak berbeza dengan tahun-tahun lepas.

Related image
Azam tahun 2016 dah berjaya tercapai ke?

Untuk sesiapa yang nak baca azam Hanis tahun lepas bolehlah click AZAM TAHUN 2016 HANIS

ALHAMDULILLAH 4 azam Hanis target pada tahun lepas, 3 daripada dah tercapai.

Azam pertama Hanis pada tahun 2016 nak pergi menunaikan umrah, TAPI belum kesampaian. InsyaAllah doakan Impian tersebut akan tercapai segera. Mana tahu tahun ni akan tercapai. Hanis selalu kirim doa kepada insan2 yang selalu pergi buat Haji atau Umrah. Semoga doa yang Hanis kirim tu akan tercapai.

Image result for UMRAH
Doakan Allah menjemputku untuk pergi beribadat di sana sebelum umurku 25tahun ini berlalu.
Azam kedua Hanis pada tahun 2016 untuk mendapatkan kerja yang mampu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah pada november 2016 Hanis berjaya capai target ni untuk terus bekerja dengan orang bagi menimba ilmu dalam bidang business. Target untuk bekerja di company yang Hanis idamkan selama ini dah tercapai. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah. Sebenarnya, Hanis mula bekerja pada Februari 2016, kiranya pada bulan 2 tu dapatlah merasa my first salary. Belanja family, joli sikit lepas tu lupa saving, Bulan ke-3 baru start saving sehingga sekarang.

Azam ketiga nak lunaskan hutang ptptn sebelum kena blacklist pun dah tercapai. Terima Kasih Ayahanda dan Bondaku tersayang atas doa-doa mereka dan bantuan mereka selama ini. Tak dapat dibalas dengan wang ringgit kalau nak ganti semula kan.

Azam sampingan yang lain, Hanis nak kuruskan badan. Nak capai berat ideal dan nak tunjukkan kat hamba Allah yang selalu hina Hanis dulu. Terasa oii sapa yang selalu kutuk aku gemuk dulu. Tipulah kalau tak terasa. Sekarang orang yang selalu kata Hanis gemuk tu kan, dia pula yang gemuk. Itulah orang kata, hidup kita ni tak semua nya indah. Kalau dulu gemuk, tak selamanya kita akan terus gemuk. Tapi kalau hari-hari melantak akan gemuk juga wei..haha.


Image may contain: 2 people, people smiling, text
Nampak tak bezanya? Berat dan size pun dah berbeza. Alhamdulillah

Image may contain: one or more people and text

Orang tanya, susah ke nak kurus??
Eurmm susahnya saya nak jawab...

2012 vs 2016
From 68kg to 58kg in 4months.

Nothing is impossible.

The point is KENA SEDAR DIRI.
✌🏻✌🏻 ✌🏻✌🏻 ✌🏻✌🏻

Ramai juga yang minta Hanis share tips dan cara macam mana Hanis boleh loss weight ni. InsyaAllah nanti Hanis share sikit-sikit ye. Doakan Hanis rajin menaip.

Related image
AZAM BARU UNTUK TAHUN 2017?

Untuk Azam baru tahun ini sebenarnya Hanis dah kongsikan di Vlog Hanis.
Boleh click link bawah ni kalau nak dengar suara lunak Hanis. Hahaha


Azam tahun 2017 ini bukan nak kawen lagi ye,

Azam Pertama:
Hanis berazam nak jadi orang yang "lebih baik" walaupun sebelum ini dah baik cuma nak baik-baik-baik lagi. Maksudnya sebelum ini Hanis jarang nak tolong orang, lepas ni nak lebihkan lagi tolong orang lah. Kalau dulu tengok orang datang minta sedekah je dalam fikiran Hanis mesti fikir, mesti ko sindiket kan, tapi bila dah tengok video ustaz-ustaz kongsikan fadhilat bersedekah ini luas sebenarnya. Jadi tak payahlah berkira sangat kalau kena sedekah RM1 atau RM5 tu, niat je nak sedekah insyaAllah nanti Allah gantikan semula dengan rezeki yang berlipat kali ganda


Azam Kedua:
Seterusnya Hanis nak kekalkan berat yang sedia ada. Sekarang Hanis dah capai 58-57kg, Target nak capai 55kg dan kekalkan berat tersebut. InsyaALLAH kena kuat semangat kalau nak body lawa, Hanis verangan nak body beach sebenarnya. Macam mana ??korang pandai2 lah cari research sendiri.

Azam Ketiga:
Nak kerja lebih kuat, cari pendapatan yang sebanyak yang mungkin. Kalau ada pendapatan lebih bolehlah saving lebih, senang nak bantu orang susah. 

Azam Keempat:
Nak pergi buat umrah kalau saving dah cukup. Lepas tu bolehlah holiday dengan family kan kalau dah ada saving lebih.

Azam Kelima:
Hanis berharap belog wadahberbicara.my ni akan lebih dikenali disebabkan sekarang ini Hanis dah beralih ke Vlog. So sesiapa yang nak dengar Hanis berceloteh bolehlah subcribe my channel k. Support Hanis k.

Akhir sekali, Hanis doakan semoga tahun 2017 ini akan membahagiakan kita semua. InsyaAllah.

2 comments:

  1. perghh perghhh kurus bak ang :D Good luck along, hopefully achieve semua azam tahun ni, aamiin :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.