19 August 2016

Bercuti ke Kuching dengan bajet bawah RM200

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all
Cuti-cuti 1 Malaysia? Kalau dengar "JOM P CUTI" sahaja mesti ramai yang suka, tambah-tambah remaja. Bercuti dengan keluarga atau dengan kawan-kawan itu satu perbezaan yang sangat ketara. Percutian bersama keluarga hampir semua kos ditanggung oleh ketua keluarga iaitu Abah lah kan. Tetapi kalau bercuti bersama kawan-kawan hampir semua bajet kita kena kira sama rata aau kongsi sama rata agar tak berlaku perbalahan.
Partner Hanis ketika nak balik Sibu.
  

Semoga kita berjumpa lagi
Hanis sendiri pun suka bercuti, setakat ini belum lagi mampu untuk meneroka negara orang. Baru berjinak-jinak untuk meneroka negara sendiri dengan menggunakan bajet yang seminima yang mungkin. Sebenar semasa zaman belajar dulu Hanis suka juga jalan-jalan dengan kawan. Setiap percutian yang kami rancang nak pergi mesti dah plan seminggu dua awal sebab nak get ready bajet. 

2 tahun lepas selepas tamat Latihan Industri selama 6 bulan, Hanis dan rakan-rakan terus pergi bercuti selama 4 hari 3 malam di Kuching(mostly memori bercuti Hanis tercipta di sini.)



Kos Percutian Bajet kali ini
Tiket Penerbangan dari Sibu ke Kuching pergi balik = RM 116.00
Makan Malam untuk seorang = RM 8.50
Beli Cenderahati = RM 60.00 (kongsi bersama rakan lain)
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama adalah RM 130.50
Plan awal nak main game ni tapi tak cukup orang.
Kos Percutian Bajet kali ini
Minyak = RM 100 (boleh tahan 2-3 hari) share 4 orang
Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua adalah RM 25.00

Rasa macam nak pegi sana lagi lah
Kos Percutian Bajet kali ini
Tiket Masuk ke Borneo Higland Resort = RM 8.00
Tiket nak masuk kawasan Kalimantan View = RM 10.00
Jumlah perbelanjaan untuk hari ketiga adalah RM 18.00

Ronda di waterfront sebelum pulang keesokkan harinya
Kos Percutian Bajet kali ini
Makan malam = RM 18.00
Kek Sarawak = RM10.00
Tambang perahu = RM1.00

Jumlah perbelanjaan rm19.00

TOTAL SEMUANYA ADALAH RM192.50 untuk percutian selama 4 hari 3 malam. Target bajet dibawah RM200, sebenar ada juga kos tersembunyi yang Hanis tak masuk sekali sebab banyak membeli barang di sana. RM200 tu hanya anggaran kasar sahaja. Nak selamat bawalah duit lebih. Di kuching terdapat pelbagai tempat menarik yang wajib anda kunjungi. 

Chinese girl yang friendly tau

Sepanjang percutian ini sebenarnya ada juga kenangan pahit. Apa-apapun untuk bercuti bersama kawan-kawan kenalah pandai pilih kawan yang sama kepala dan sanggup bertolak ansur. Jangan mencari kawan yang hanya suka mengambil kesempatan di atas diri kita nanti diri sendiri yang makan hati.

Tunggu flight nak balik ke Sibu

Ada yang kata, percutian seorang diri lebih mengembirakan tetapi bagi Hanis, percutian bersama kawan-kawan lebih mengembirakan. Lain orang lain citarasa dan pandangan. Itu tak boleh dinafikan. 

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha.  https://www.instagram.com/haniszula1kha/

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. :)

1 comment:

  1. ingin bercuti ke kuching? jom gi kuching..

    layari laman kami...
    https://cutibajetkuching.wixsite.com/cutibajetkuching

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com