3 July 2016

SALAM AIDILFITRI 2016




`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Setelah lama tidak bersiaran dan melakukan perubahan. Aidilfitri kali ini untuk kali pertama blog Hanis bertukar wajah di tahun 2116. Masih mengekalkan tema pink dan pastel color. Kalau dilihat dari semua bahagian blog ini masih dalam proses editing. Belum 100% sempurna lagi. Apa-apapun Hanis tetap nak berceloteh kat sini walaupun tak ramai nak tahu.

Sejujurnya ramadhan kali ini adalah ramadhan paling pantas berlalu yang pernah Hanis alami. Allahuakhbar!!! sedih nya hati ini apabila mengenangkan dosa-dosa lampau yang telah dilakukan. eurmmm..

Persiapan syawal kali ini adalah sederhana sahaja. Persiapan diri dan keluarga semuanya sudah selesai. Alhamdulillah. Persiapan jamuan raya seperti biskut raya semuanya Hanis tak buat dah. Seperti tahun-tahun sebelum ini ada saja resepi biskut yang Hanis akan cuba. Tahun ini hari-hari, hari ku bekerja semata-mata nak cuti raya lama sikit.

Jika ada yang nak mencuba resepi-resepi di blog Hanis, dipersilakan mencuba. InsyaAllah menjadi.
Disini Hanis share sekali lagi resepi-resepi biskut raya yang sering Hanis lakukan sebelum ini.

Biskut yang menjadi kegilaan Hanis suatu ketika dahulu. Lagi banyak coklat lagi sedap. Biskut almond yang Hanis buat takkan ada badam. Sebab badam tak sedap sangat kalau disalut dengan tepung cookies ni. 
BISKUT ALMOND LONDON
Biskut sarang semut inilah biskut yang paling sedap seantero dunia. Nak buat dia pun mudah je, sangat adunan dan tabur chocolate rice.
BISKUT SARANG SEMUT
Pertama kali Hanis belajar buat tart nenas sendiri, dari jem nenas sehingga adunan tepung. Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap. Sekali buat 2 adunan baru cukup. 



Kalau nak rasa tart nenas gebu gebas, boleh cuba resepi yang Hanis dah cuba ni. Sedap giler beb.
http://www.wadahberbicara.my/2012/09/tart-nenas-gebu.html
TART NENAS GEBU
Biskut raya seterusnya yang Hanis berani cuba adalah biskut mama carey, Pertama kali bermain dengan aising. Biskut ini paling susah nak deco. Perlukan kesabaran yang tinggi.

BISKUT  STRAWBERRY MAMA CAREY
Salam Aidilfitri Hanis ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Selamat menempuh kesesakkan lalu lintas ketika musim perayaan ini. Berhati-hatilah di jalan raya, J


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J


1 comment:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com