7 February 2016

Panduan Pembentangan ketika Tamat Latihan Industri

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

February 2016, hampir setahun lebih Hanis telah menamatkan Latihan Industri Hanis pada semester empat iaitu pada pertengahan tahun 2014. 

Tahniah kepada adik-adik yang sedang menjalani latihan industri anda. Semoga tabah mengharungi segala dugaan dan masalah ketika bertugas di firma.

Berikutan entry Hanis yang sebelum ini, ramai juga yang emel tanya macam mana nak buat slide presentation. Maaflah slides Hanis dah tak tahu save kat mana, habis semua folder dah godek tetap tak jumpa. Kalau tak boleh Hanis share dengan korang semua untuk dijadikan contoh. Tapi tak apa, Hanis masih ingat panduan pembentangan yang diperlukan ketika itu.

Apa khabar report dan jurnal harian anda?

Report dan jurnal harian jangan lupa sentiasa di update dari hari ke hari. Jangan siapkan di akhir latihan. Merana anda nak siapkan nanti. 

Masih binggung dan buntu nak siapkan jurnal harian, korang boleh tengok panduan yang telah Hanis kongsikan di entry sebelum ini.

]klik sahaja di bawah ini]

Cara Menulis Jurnal Harian ketika Pratikal.




Disini Hanis akan bantu anda untuk menyediakan slides anda sendiri. Antara panduan pembentangan yang asas diperlukan adalah seperti di dalam gambar yang Hanis dah screenshot ini.

Ini format yang Hanis ikut.
Kesimpulan daripada Panduan Pembentangan ini, Hanis hanya sediakan slide dalam 12 slides sahaja (ingat2 lupa dah).

Yang penting jangan melebihi 15 slides, Anggaran slides hanya 10-15 slides sahaja. Lebih-lebih slides tu akan boring. Lecture pun pening nak tengok.

Perkara yang penting perlu anda lakukan!!

Letak gambar-gambar aktiviti yang anda lakukan ketika di firma (tak wajib, tapi senang dapat menambat hati lecture) di slide, jurnal harian dan juga laporan(sebagai lampiran)

Bawa hardcopy laporan yang SUDAH LENGKAP dibinding/ring etc(ikut format U masing2 lah) dan jurnal harian beserta Surat Rasmi/Surat Makluman daripada Firma tempat anda menjalani latihan industri yang mengatakan anda sudah berjaya tamat latihan industri.

Buat backup slides anda di dalam 2 pendrive yang berasingan ataupun letak dalam hp juga. Takut ada sebarang masalah virus shorcut dan sebagainya. Boleh juga buat backup softcopy report.

Datang awal 30 minit sebelum hari pembentangan dilakukan.

Berpakaian kemas dan formal ketika hari pembentangan. Jangan serabai, Nanti markah anda dapat juga serabai serebeh.


Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Syukur Ya Allah
Masih keliru nak buat?? boleh pm Hanis di 

               Blog Hanis Zulaikha-www.wadahberbicara.my



LEPAS TU KENALKAN LAH DULU DIRI KORANG. JANGAN TERJAH TERUS EMEL NAK MINTA REPORT. HANIS TAK SUKA ORANG MACAM TU. TAK ADA BUDI BAHASA KIRANYA TU. 


Macam nak masuk rumah orang pun kena bagi salam kan. Minta izin dahulu. 
Cara itu lebih menyenangkan semua pihak.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan report Hanis selepas ini , Hanis akan bagi dengan beberapa syarat. Hanya yang betul-betul ada komitmen sahaja Hanis benarkan. Sila email Hanis untuk maklumat lanjut. Boleh email Hanis dulu, nanti kita chit chat.


Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat. Wassalam.

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha. 


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

14 comments:

  1. saya xpernah masuk LI sbb degree je ada...diploma xde LI =(
    salam perkenalan...saya baru follow blog ni...
    jemput join & Support GA di Blog saya #2 GiveAway by My New Blogger!
    tarikh tamat pada 18/02/16
    thanks...

    ReplyDelete
  2. MESTI BYK SUKA DUKA li kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah semestinya..ada yang gembira ada yang ngeri dan sebagainya..:)

      Delete
  3. Assalamu'alaikum

    Jom join GA saya:
    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..tq for invite me ;)

      Delete
  4. salam perkenalan...
    saya datang singgah & follow di sini...

    ReplyDelete
  5. as salam. baguslah cik hanis sudi berkongsi pengalaman n menolong junior...
    abam kie follows here. no 892.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.
      Sharing is carring. ;)

      Delete
  6. betul tu, mcm cn byk dapat email orang mintak contoh buku program tapi tak bagi salam semua main mintak je, dah la nak benda free biarlah berbudi bahasa sikit, ni macam kita pulak yang hutang dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.
      Betul tu CN, saya setuju. Macam kita ni pula yang hutang mereka.

      Delete
  7. panduan yang bagus ni!

    http://www.maisarahsidi.com/2016/02/feb-mac-giveaway-34-hadiah.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com