3 January 2016

AZAM TAHUN 2016

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Salam ukhuwah di awal pagi hari ketiga di tahun 2016 ini, Hampir setiap tahun dari tahun 2012 Hanis akan menulis azam baru untuk di jadikan BIG WHY, tetapi malangnya entry berkaitan azam tahun 2015 Hanis cari tak jumpa pula. 

          Nak throwback sikit, azam tahun sebelum-sebelum ni ada yang berjaya Hanis capai dan ada juga yang tak berjaya. Kehidupan Hanis ketika 2012-2015 sangat berharga kerana ketika ini Hanis dah berjaya cari pendapatan sampingan dan mula berkecimpung dengan online business. Dan pengakhiran tahun 2015 Hanis aktif bisnes di instagram. Korang bolehlah terjah instagram personal Hanis di https://www.instagram.com/haniszula1kha/

                                       GOODBYE 2011...SAY Hye to 2012..

                                       Finally Welcome 2013!!


                                              HELLO 2014 !!

        Secara kesimpulan kehidupan Hanis pada tahun 2015 tersangatlah bahagia dan tidak lupa juga dipenuhi dengan memori yang masam manis serta kelat dan pahit. Memori yang sebegini Hanis tak pernah lupa tetapi untuk mengimbau kembali tidak sesekali.

         Alhamdulillah penghabisan tahun 2015 memberi 1001 kejayaan kecil bagi Hanis dimana pada pertengahan tahun 2015, dalam bulan mei (bulan kelahiran Hanis ini) Hanis berjaya pergi beberapa kelas masakan yang dianjurkan oleh beberapa institusi di kawasan Miri.

Memori MEI 2015


Hari pertama belajar buat roti bun dan roti piza hotdog biasa. Kena belajar pula uli doh 2kg(setiap kumpulan) dengan menggunakan tangan 100% tanpa bantuan mesin.

Selepas habis kelas balik rumah,masa driving memang rasa lenguh sangat-sangat. Pegang streng pun sentuh hujung jari je. Rasanya Hanis drive time tu slow ya amat. Sejam baru sampai rumah. Sedangkan masa pergi 20minit saja.Dah kat rumah lepas solat asar tiba-tiba kedua-dua belah tangan hingga ke pangkal bahu rasa tersangat lenguh dan sakit. Menangis juga bila kena urut dengan bonda. Bila malam lagilah sakit. Maklumlah tak pernah lagi rasa kena uli. Keesokkannya ada lagi kelas masakan.




Kali ini kena uli tepung sekilo setengah sahaja.  Malangnya team Hanis dah kelenguhan yang tersangat disebabkan sehari sebelum tu kena uli doh roti. Untuk kali ini chef bagi excuse boleh guna mesin uli. Pada permulaan kelas, kami dah buang masa 30 minit uli tangan, doh tetap tak licin akhirnya masuk mesin pengadun. Kan bagus chef bagi excuse awal-awal.

Apa-apa pun pengalaman ini sangatlah berharga. Azam tahun 2016 nak belajar buat kek lapis sarawak pula.

Memori JULAI 2015

Dua bulan kemudian, Hanis berpeluang berjumpa semula dengan rakan sekelas ketika form 1 dahulu.
Allah hampir 10 tahun kami tak pernah bersua, asyik bertegur sapa di whatssap sahaja.


Memori ini sempat dirakamkan ketika majlis open house aidilfitri di kampung Hanis. Sempatlah sediakan nasi tomato bersama ayam masak merah dekat kawan-kawan ini.

Sehari selepas tu Hanis menziarahi pula ke rumah rakan di Jeneri, Sik

10 years going strong and still counting.. next year kita jumpa lagi #eidmubarak #gengsemesti#batch2015

Kenangan manis yang seterusnya apabila Hanis sekeluarga berpeluang naik bus express setelah hampir satu dekad dah tak naik bas. 

Sehari sebelum balik ke Sarawak semula, Hanis sekeluarga berpeluang naik bus tranasional dari butterworth ke syahab perdana, alor setar.

Memori OKTOBER 2015

Apabila Hanis dilanda memori pahit masam kelat, syukur alhamdulillah ditemukan dengan rakan-rakan yang jujur dengan persahabatan ini apabila kami berempat berpeluang mencipta memori terakhir sebelum tamat belajar. Hanis ada coretkan satu entry di Percutian Bajet di Sarawak. Sesiapa yang teringin nak datang Sarawak bolehlah ikut panduan yang Hanis kongsikan di sana.



Semoga ikatan persahabatan ini akan terus mesra hingga ke akhir kita semua. InsyaAllah panjang umur kita berempat akan bertemu semula di majlis konvokesyen pada pertengahan tahun 2016 nanti.

Kenangan terindah yang seterusnya apabila Hanis diumumkan sebagai pemenang pertama anjuran Ephyra. Hanis berjaya menang entry terbaik bersama ephyra yang mana itulah kejayaan pertama Hanis menang duit tunai sebanyak RM300 daripada hasil menulis blog. 



Maklumlah apabila hujung pengajian macam Hanis dulu, yang mana pada semester terakhir sibuk dengan report akhir, sibuk dengan assignment kelas dan sebagainya. Jerawat di muka semakin subur membiak. Semakin hari semakin Hanis stress tetapi apabila Hanis cuba guna sabun ephyra skin bar yang diberikan oleh pihak Ephyra ini dan sebagai tanda menghargai jasa Ephyra berkongsi rezeki dengan Hanis sebab dah bantu selesai masalah jerawat di muka Hanis tu. Lepas tu, Hanis menulis satu review untuk mereka. Tak sangka pula, hasilnya Hanis menang wang tunai dan dapat lagi 2 ketul ephyra skin. Sekarang Hanis guna bila perlu saja. Sebab masalah jerawat dah semakin berkurang selepas consume vitamin C shaklee. Alhamdulillah dah berjaya jadi agen Shaklee. Lepas ini sapa ada masalah kesihatan meh sini Hanis tolong korang.


Memori NOVEMBER 2015

Apabila 5 bulan ketika sem akhir lalu Hanis dan rakan sibuk menyiapkan report akhir kami, akhirnya penat lelah kami dibalas apabila mendapat anugerah gold untuk projek akhir. ALHAMDULILLAH, syukur sangat-sangat sebab kami target nak lulus saja tau. Apabila selesai dengan report akhir kami semua bersiap sedia untuk menjawab kertas peperiksaan dengan tenang. Hasilnya, alhamdulillah lulus dengan pointer yang baik walaupun tak berjaya dapat anugerah dekan. Yang penting dapat grad tahun ini. Amin

Memori DISEMBER 2015

Selepas habis exam, hampir 40 hari lebih Hanis menghabiskan masa terluang dengan berlibur di rumah. Ikut saja kemana bonda dan ayahanda pergi. Ketika ini Hanis terasa seperti anak tunggal pula disebabkan adik2 masih belajar di U masing2.

Keseluruhan azam tahun 2015 Hanis dah berjaya capai hampir 80%. selebihnya 20% adalah azam nak kurus..haha. Azam nak kurus dengan sihat itu Hanis akan bawa ke tahun ini. InsyaAllah minggu depan Hanis akan mula kehidupan clean food semula. Doakan Hanis berjaya dapat berat yang diidami.

AZAM TAHUN 2016

Permulaan tahun 2016 yang sangat harmoni apabila hari pertama bangun tidur masih berada dekat dengan ibubapa. Syukur Alhamdulillah

Bertambah lah lagi setahun usia kita ke hadapan, masih kurang percaya dimana tahun ini Hanis akan berusia 24 tahun insyaAllah pada bulan 5 nanti. Ketika ini ramai juga rakan sebaya Hanis dah berkahwin dan tak kurang juga yang dah ada anak. Cepat betul korang proses. Tahniah diucapkan.

Tahun 2016 ini Hanis rasanya masa semakin cepat berlalu


Semakin hari semakin risau dengan kehidupan akan datang. 

Azam yang pertama untuk tahun 2016 ini tak pernah lagi Hanis pasang azam di awal tahun sebelum ini untuk mengecapinya. Tetapi perasaan ini semakin membara apabila Hanis dah habis study.

iaitu


Hanis berimpikan bahawa tahun ini Hanis akan menunaikan ibadat haji. Hanis pernah bernazar sebelum capai 25 tahun Hanis akan sampai di tanah haram ini. Allah, pilunya hati ini apabila melihat gambar kaabah ini di google. Semuanya indah, insyaAllah Hanis akan pergi sana. Doakan bonda dan ayahanda terbuka hati nak pergi tahun ini. 

Azam yang kedua Hanis ini mencari kerja yang terbaik agar Hanis dapat menunaikan azam yang pertama tadi. InsyaAllah doakan yang terbaik. 
InsyaAllah rabu minggu depan Hanis akan mencuba nasib untuk pergi interview buat pertama kalinya dalam hidup. Doakan Hanis dapat pekerjaan yang terbaik.

Azam yang ketiga, selepas dapat kerja Hanis akan lunaskan hutang ptptn.
Alhamdulillah syukur hutan ptptn yang Hanis dapat tak sampai 5 ribu. InsyaALLAH boleh bayar dah lepas ini.  Selepas hutang dah berjaya diselesaikan Hanis akan kumpul duit daripada gaji bulanan untuk membeli pakej haji pada hujung tahun 2016.


Ada yang tanya Hanis, bila nak kahwin. Bagi Hanis nak kahwin ketika umur sebelum 25 tahun ini mungkin tidak sama sekali. Hanis target akan kahwin pada umur 28 tahun. Lebih kurang 5 tahun lagi, sempat lah Hanis nak bina kerjaya Hanis cari harta dan sebagainya. Cari laki? nanti-nantilah.

Sebab sekarang Hanis percaya Allah dah tetapkan jodoh yang terbaik untuk hambanya.

So gadis diluar sana, kalian jangan bingung dan sibuk nak cari prince korang lagi ye. Mari kita cari kerja dan pendapatan sendiri dahulu sebelum menjadi isteri kepada seseorang.


Mohonlah yang terbaik andai si dia adalah jodohku.


Semoga tahun 2016 ini akan menwarnai kehidupan yang lebih baik daripada sebelum ini.



APA PULA AZAM KORANG???


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

3 comments:

  1. Selamat tahun baru 2015 Hanis Zulaikha... semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Banyak azam cik Hanis zulaikha.... moga azam itu dapat dicapai.

    ReplyDelete
  3. ain datang singgah sini :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.