17 December 2015

RESEPI NASI DAGING UTARA MUDAH DAN SEDAP

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Apa khabar hari ini


Setelah sekian lama terdetik nak makan Nasi Daging cicah ayaq asam. Akhirnya hari ini baru terlaksana. Kalau ikutkan Hanis nak keluaq pi beli ja tapi memadangkan kat sarawak ini belum ada menu tersebut makanya nak atau tidak kenalah belajaq buat sendiqi. Lagipung nasi daging kesedapannya terletak pada air asam yang dibuat tu nanti.




      Nasi daging memang sinonim dengan orang utara macam Hanis sekeluarga lah. Tanya orang luar Kedah, mungkin depa tak tahu. Tapi jangan pelik kalau ada orang Kedah pun tak tahu juga rupa nasi daging ni. Mungkin sebilangan kecil sahaja tapi, untung orang zaman sekarang, boleh tanya uncle Google saja. Sesekali datang mood nak tukar selera nak makan selain dari nasi putih & lauk pauk, mesti cuba nasi daging. Kebetulan stock daging mentah masih ada lagi di dalam peti sejuk jadi sempurnalah menu Hanis hari ini. Tak ada daging mana boleh buat resepi ni.


       Nasi daging adalah nasi yang dimasak dengan daging. Tak kisah nak guna daging lembu ke daging rusa ke asalkan daging. Sepertimana asalnya, ianya hanya dimakan bersama air asam. Tiada lauk tambahan lain. Senang saja menu dulu-dulu. Orang 'paling rajin' pun boleh buat nasi ni, hehe. Tapi nak dapat yang paling sedap, bukan senang ooo.. Kalau tanya 5 orang lama yang tahu nasi daging ni, akan ada 5 macam resipi. Tak beza banyak mana pun ramuannya, tapi masing-masing ada rahsia sendiri nak bagi resepi depa jadi sedap. 

     Untuk kali pertamanya Hanis nak cuba buat Nasi daging sendiri ini dibantu oleh bondaku tercinta. Percubaan kali pertama ini  Hanis mencuba resepi yang diambil secara kesimpulan daripada beberapa resepi di google. Alhamdulillah menjadi. Bagi Hanis resepi Nasi Daging yang Hanis buat kali ini sangat mudah. Tak perlu letak susu cair tak perlu juga menumis menggunakan butter atau marjerin. Tapi kalau guna lagi bau sedap lah. Stock bahan tu semua dah takde so Hanis guna alternatif lain. Sedap juga. Kalau korang nak tahu sambil menaip entry kali ini Hanis tengah makan NASI DAGING lagi untuk round ke-2. Tengah hari tadi dah makan sepinggan. Lepas asar tadi lapar pula so kita makan lah lagi. 

Ambil ilham untuk hias nasi daging 

Lihat gambar. Nampak sedap & menarik kan. Bukan nampak saja tapi dijamin sedap. Sekarang Hanis dah pandai masak nasi daging. Baru lah boleh jati anak jati kedah. Bangga anak kedah baqhang!

Hampa semua nak cuba buat sendiri nasi daging yang mudah dan Hanis jamin sedap ni. Jom ikut resepi ini.

RESEPI: NASI DAGING MUDAH DAN SEDAP
SUMBER : Reka sendiri

( Resepi ni boleh dimakan untuk 4-5 org )

Bahan-bahan untuk rebusan daging(boleh buat sup daging dan masak nasi)
- Daging dipotong sederhana kecil. Cuci hingga bersih
- Air secukupnya (untuk dibuat air rebusan daging bagi memasak nasi dan juga sup)
- Sedikit halia dihiris nipis
- 2 batang serai diketuk
- sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis
- 1 sudu besar soda bicabornate (untuk mencepatkan proses melembutkan daging)

-** sedikit garam dan perasa

Caranya:
1-Rebus Daging dengan semua bahan sekali dengan menggunakan api sederhana perlahan sehingga daging empuk. Dalam 20-30minit je.
2- Selepas daging empuk bolehlah ambil 5 cawan air rebusan daging untuk digunakan bagi memasak nasi.
3-Selepas asingkan air rebusan untuk dimasak nasi kemudian baru tambah bahan yang bertanda **. Bagi cukup rasa sedap citarasa anda lah.

Bahan-bahan untuk Nasi
-5 Cawan beras basmathi dibasuh bersih
-Sedikit minyak untuk menumis
-* 5 Bawang merah dihiris halus
-* 4 Ulas bawang putih dihiris halus
-* Halia dihiris 
-* 1 Ulas bawang besar diblend
-Sedikit sos cili (nak sedap lagi guna sos tomato)
-2 helai daun pandan disimpul
-sedikit kismis
-Air rebusan daging

Caranya:
1-Panaskan minyak di dalam periuk nasi. Tumis bahan yang bertanda *. Kacau sehingga naik bau. 2-Kemudian ubah periuk nasi tersebut ke tapak periuk eletrik, masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
3-Masukkan air rebusan daging bersama sos cili/tomato, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Jangan lupa letak daun pandan supaya nasi berbau wangi.

3- Kacau sedikit supaya sebati dan biarkan nasi masak. Setelah masak, gemburkan nasi supaya tidak berketul.

Sementara menanti nasi daging siap bolehlah terus sediakan ayaq asam. Hidangan nasi daging tak lengkap kalau takdak ayaq asam tau. Ayaq asam ini ikut kepedasan yang diigini. Resepi dibawah ini mengikut citarasa Hanis

Bahan-bahan untuk Air Asam
- 2 biji tomato dihiris halus
- 1 ulas bawang besar dihiris nipis
- 2 biji cili besar dihiris halus
- 3 biji cili padi/cabai melaka dihiris halus
- sedikit asam jawa
- belacan sebesar ibu jari kaki
- sedikit garam, gula/perasa
- kerisik (optional)
Ini air asam yang Hanis guna. Ambil seketul air asam agak-agak besar ibu jari lepastu letak air sikit dan ramas sampai jadi macam ni.

 Caranya:
1- Campurkan tomato, bawang besar, cili besar dan cili padi di dalam satu bekas. Masukkan air asam jawa.
2- Ramaskan belacan di dalam bahan yang telah dicampur tadi. Gaul bagi rata.
3- Dah semua sebati boleh campur sedikit garam dan gula/perasa. Kalau kurang kuah campur air sikit. Kalau nak letak kerisik bolehlah campur sikit. Siap. 

      Siap sudah Nasi Daging yang mudah dan sedap, Sangat simple kan lauknya tapi memang ini jelah lauknya. Tambah dengan papadom goreng atau keropok udang ka pun sedap. Yang  penting, lauk utama tu tak hilang. Cubalah buat mesti anda akan jatuh hati. Hanis pun dah makan dua kali nasi untuk hari ini. Sedap sangat. Yang sedap tu ayaq asam, pehhh boleh ropong hidung kalau makan selalu. hehe.




Apa macam? terliur tak. Kalau nak tahu nikmatnya nasi daging ini boleh cuba resepi di atas. Hanis pasti anda tak akan kecewa. InsyaAllah menjadi dengan sedap.


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com