9 December 2015

Bulan terakhir menjalani Latihan Industri

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

December 2015, hampir dua belas bulan Hanis telah menamatkan Latihan Industri Hanis pada semester empat iaitu pada pertengahan tahun 2014. Pahit manis suka duka ketika menjalani latihan industri tersebut tidak pernah Hanis kongsikan bersama pembaca wadahberbicara.my ini. 

Bukan pertama kali, Hanis diminta untuk berkongsi pengalaman Hanis menjalankan intern tersebut. Hampir tiga puluh orang lebih pembaca belog ini telah emel pada Hanis bertanyakan tentang pengalaman Hanis semasa Hanis menjalankan intern ketika semester empat yang lepas, memandangkan sekarang Hanis sudah berjaya tamat pengajian di Politeknik Kuching, Sarawak. Alhamdulillah. InsyaAllah tahun depan Hanis akan konvo. 


Secara keseluruhan pengalaman ketika pratikal kali pertama ini agak ngeri sikit bagi Hanis disebabkan tugasan yang diberikan kepada Hanis agak mencabar mental dan akal yang waras.

Untuk entry yang terakhir berkaitan intern ini Hanis tak nak sentuh banyak tentang skop pekerjaan yang Hanis kena lakukan cuma Hanis nak kongsikan gambar kenangan yang sempat Hanis rakamkan sepanjang Hanis pratikal di Sibu Resident Office

Gambar untuk entry ini kebanyakkan adalah aktiviti yang berlansung pada bulan terakhir sebelum Hanis menamatkan latihan industri di sini.

Hanis dan rakan pratikal yang lain kena ikut staff office pergi seminar. Lupa dah seminar apa ketika ini. Yang pasti Hanis sempat mengajukan soalan kepada penceramah dan Hanis dapat hadiah saguhati.


Inilah Hanis yang Hanis katakan tadi, baju size budak 3 tahun. Semangat betul ku tanya soalan alih-alih dapat baju budak. hampehhh

Walk A mile untuk minggu terakhir selalu diadakan pada hari sabtu(sebulan sekali)

Minggu paling sedih nak tinggalkan Resident Office(RO) ini adalah minggu terakhir. Hari terakhir kami di sana, staff RO buat jamuan perpisahan untuk kami pelajar pratikal ini. 

Ohh terharu hati ini

Sebelum tamat latihan industri tersebut Hanis sempat merakamkan beberapa gambar untuk kenangan Hanis nanti.

Ini semua staff RO yang baik hati. Banyak tolong ketika Hanis kurang faham. Kaki gosip pun kuat diorang ni.(biasalah perempuan kan suka gosip. Tapi apa yang digosipkan tu adalah realiti tau)

Ini adalah staff RO yang Hanis selalu minta tolong. Terima kasih sebab sudi backup Hanis ketika dalam meeting dulu. 

Hadiah kenangan daripada Resident Office. Secara jujurnya Hanis belum lagi guna pen ini. Hadiah kan? mesti kena simpan. kenangan ni.



Jamuan perpisahan untuk Hanis dan rakan pratikal.
 Terima kasih daun keladi, insyaAllah ada rezeki kita bertemu lagi.

Terima kasih juga kepada pembaca Belog wadahberbicara.my ini yang sudi terjah baca belog Hanis. 

Untuk baca pengalaman Hanis semasa intern yang lain boleh terjah mengikut turutan dibawah ini.

Untuk pelajar yang sedang menjalani latihan industri, Hanis ada pesanan penting yang akan Hanis sediakan di entry selepas ini. 


 Selamat maju jaya kepada anda yang bakal menjalani latihan industri. Carilah pengalaman sebanyak yang mungkin. 


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha. 


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com