20 October 2015

Percutian Bajet: Hotel Bajet, Abell Resident

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Alhamdulillah di pertengahan bulan oktober ini segala urusan final year project telah selesai dan hanya perlu fokus kepada final exam yang akan berlangsung pada 21/10 dan 27/10 ini sahaja. Doakan Hanis dipermudahkan untuk menjawab nanti.

            Nak cerita ini, pada 17 September(khamis) yang lalu. Hanis dan beberapa orang kawan pergi bercuti sekejap dan lari daripada dunia asrama dan belajar. Ketika itu, kami semua berada di ambang stress pada tahap yang maksima dan kami cadangkan untuk keluar bercuti pendek sebelum menempuhi hari pembentangan untuk projek akhir pada 2 October yang lepas.

Percutian bajet antara kami 4 sahabat.

            Kami bertolak daripada Politeknik Kuching ini lebih kurang 10 pagi dan bergerak terus ke bandar untuk mencari tempat penginapan murah. Dalam senarai tempat penginapan yang murah ada dalam 3-4 buah tempat. Akhirnya pada jam 12 tengahari kami memilih untuk menginap di Abell Resident terletak berhampiran dengan Raja Ayam Penyet(betul-betul di tengah bandar Kuching, Sarawak). 
Di kawasan parking tepi Abell Resident. Gambar diambil pada hari nak check-out


Untuk mendaftar masuk (check-in)di sini tiada syarat yang ditetapkan cuma kena bayar deposit RM20 sahaja dan akan dikembalikan semula selepas anda mendaftar keluar(check-out). Selepas pergi ke Abell Resident kami bertolak untuk mencari makan tengahari sebelum bertolak pergi ke Kampung Budaya di Santubong. Hanis hanya membeli sedikit roti untuk alas perut sebab target utama malam nanti nak makan steamboat. Nak tahu Hanis bersteamboat kat mana nantikan entry yang seterusnya.

Pilihan bilik yang di tawarkan 

Syarat dikenakan harga tambahan.

Free parking untuk guest yang menginap di Abell Resident sahaja, Bayaran RM10 dikenakan kepada guest yang nak menumpang parking kereta di kawasan ini.

Take noted!
2 super Single digabungkan untuk memudahkan kami berempat tidur. Bantal dua sahaja, nasib Hanis bawa bantal tidur 1. Tambahan bantal dikenakan RM3. Terima kasih jelah kan.
 Kami teruskan perjalanan ke destinasi utama. Perjalanan ke Kampung Budaya memakan masa lebih kurang 45 minit daripada bandar Kuching. Kami pergi ke sana dengan bantuan gps dalam kereta. Nasib kereta sewa kali ini ada gps. Tak adalah nak mengangau cari jalan. Sebenarnya boleh je kalau nak guna waze tapi line internet di kawasan ini agak lembap jadi kami try guna gps kereta.
Kereta sewa yang tercantik dan terbaru setakat ini. Harga terbaik dan layanan owner kereta pun mesra. 


Alhamdulilah jam 4 petang kami selamat tiba di kawasan perkarangan kampong budaya. Malangnya kami tidak dibenarkan masuk kerana tempoh lawatan pada hari tersebut telah tamat. Kami diminta untuk datang semula pada keesokkan harinya. Eurmm apakan daya kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Tak dibenarkan masuk ke dalam, bergambar dahulu seketika. Esok kita datang lagi

            Tetapi jangan risau, untuk mengubati hati yang lara sebenarnya berhadapan kampung budaya ini terdapat pantai yang sangat indah permandangannnya. Tak percaya anda semua boleh layan gambar yang sempat Hanis ambil untuk djadikan kenangan. Perjalanan percutian pendek kami akan diteruskan lagi untuk keesokkan harinya. 


candid sebentar


kenangan bersama burung kenyalang besi sebelum pulang ke tanah air asalku


"Tolong pegang handbag saya jap"

Kenangan di pantai damai, santubong.

Alhamdulillah syukur masih diberikan peluang untuk melihat keindahanMu.
Mesti ramai tertanya-tanya, pergi jalan sana sini tu badan tak berbau ke. Untuk pengetahuan semua sudah hampir setahun Hanis tak menggunakan deodarant atau ubat sapu ketiak yang jenis stick tersebut. Hanis hanya gunakan CelebrityLass ini. Selama 24jam akan terhindari daripada bau badan yang tengik masam dan sebagainya.

Kekal yakin bersama CelebrityLass

Sambil menanti kawan yang lain bergambar Hanis online dulu. Update Instagram..ehem..ehem.

Happy Holiday.

Sebelum jam 6 petang kami akan beransur pulang untuk pergi ke kedai Steamboat. Sebelum tu kami semua sempat menunaikan kewajipan sebagai umat islam di kawasan surau yang berada di tepi jalan.  Nantikan entry seterusnya. InsyaAllah hari Khamis nanti Hanis update tempat suggestion untuk bersteamboat yang terbaek...      

Kos Percutian Bajet kali ini untuk seorang
Roti  = RM 9.00
Sewa Kereta dan minyak untuk Sehari = RM15.00 (total RM60)
Sewa Bilik = RM15.00 (total RM60)

Jumlah perbelanjaan rm39.00

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha
https://instagram.com/haniszula1kha/


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. 

4 comments:

  1. Wah dalam dekat Final Exam masih lagi sempat lagi makan angin. Moga berjaya dlm exam tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungi saudara. Ini cara untuk release stress sebelum final exam.. :)

      Delete
    2. Bagaimana dengan Exam hari tu, moga dapat buat yang terbaik.

      Delete
  2. Assalammualaikum.
    boleh bg contact no untuk sewa kereta
    [email protected]

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com