4 September 2015

Pengalaman bercuti di Mukah, Sarawak

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Salam Jumaat semua pembaca. Semoga anda semua diberkati oleh Allah swt. Esok hari minggu kan? ada plan nak kemana-mana tak? kalau belum bolehlah cuba ke Mukah, sarawak bagi penduduk Sibu ataupun Bintulu. Dekat je tu dengan Mukah, 

Kalau orang semenanjung mungkin perlu tunggu cuti sekolah baru boleh turut serta untuk menikmati pemandangan di Mukah ini. Pada cuti persekolahan dua tahun lepas(baru teringat nak kogsikan pengalaman pergi tempat orang), Hanis sekeluarga merebut peluang dengan pergi bercuti bersama. 

Tak jauh pun, pergi ke Mukah je. Perjalanan ke Mukah dari Sibu hanya memakan masa 2 jam je, lebih kurang pergi ke Belawai. Tapi perjalanan pergi ke Mukah tak seteruk perjalanan pergi ke Belawai. Time pergi Mukah nie best sikit, sebab kiri kanan banyak rumah panjang yang lawa-lawa(lupa plak nak tangkap gambar).



Mukah ini terkenal dengan pesta kaul yang selalunya berlangsung dalam bulan april. Maksud pesta kaul ini pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain. 


Pesta Kaul merupakan pesta yang diraikan oleh etnik Melanau Sarawak. Pada asalnya, pesta kaul adalah perayaan selepas selesai musim menuai bagi masyarakat Melanau di pedalaman atau pesta pantai bagi merayakan musim menangkap ikan bagi masyarakat Melanau di pesisir pantai. More info about Pesta Kaul ini bolehlah rujuk di http://www.kaulmukah.com/interp.html.



Hanis sampai di Mukah nie dalam waktu tengahari, sampai-sampai je terus pergi check in dulu di Kingwood Hotel di dalam pekan Mukah. 



Kingwood Hotel yang baru ada di luar pekan Mukah(yang nie lagi besar dan cantik, tepi pantai tapi dengarnya berhantu...wallahuallam). 


Tapau makanan daripada rumah. Mee Goreng Bonda


Kami sekeluarga pergi check in dulu, rehatkan badan dan makan mee goreng masakan Bonda bekalan dari rumah.


Senarai harga mengikut jenis bilik.

Tak sah kalau masuk bilik hotel mesti selfie di toilet hotel. Sebab cantik and elegant.


Lepas Asar, Bonda Hanis ajak keluarga pergi ronda-ronda kawasan pekan(orang sini panggil pasar) Mukah, tengok ada apa yang menarik. Tapi disebabkan perut dah mengedik lapar, kami pergi makan dulu di tepi waterfront Mukah nie, takda banyak pilihan sangat. 





Makanan pun tak sedap dan harga agak mahal. So Hanis tak suggest korang makan kat sini, that why kedai makan ni tak masuk dalam ruangan JOM MAKAN yang Hanis selalu update tentang review kedai makan/restaurant yang Hanis rasa sedap untuk dikunjungi lagi dan lagi.

Orait, after kitaorang makan, ayahanda bawa pergi ronda-ronda..vrooom...vroom...vrooom... kitaorang pergi pantai. Yehhh I like beach so much, siapa yang baca entry Hanis pergi Pesta Belawai tu pasti tahu tahap keriangan Hanis apabila melihat pantai nan indah ini. 




Dekat Pantai Mukah ini tak boleh mandi wei, huhuhu. Tapi boleh merakamkan kenangan indah jelah. Ada taman reakrasi, dan juga ada Tibau.




Tau tak tibau tu natang pa?????
Inilah rupanya ' TIBAU ' salah satu permainan tradisional kaum Melanau .



Gambar diambil di Pantai Kala Dana, Kuala Lama, Mukah.
Cara bermain:
Bermula dengan seorang pemain, kemudian pemain ke 2 akan melompat ke atas pemain pertama tadi, begitulah seterus pemain ke 3, 4, 5, sehingga Tibau tak boleh berayun lagi.
Lepas pergi pantai tu kami sekeluarga pergi ke pekan Mukah, kat Mukah ni ramai penduduk Melayu, jadi kedai kain meter tu memang banyak. 



Nama kedai kain pun semua gah-gah, maklumlah tokeinya dari nun Pakistan. Kain meter kat sini murah juga.



Overall, datanglah ke sini jika anda ada kelapangan.


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry.   

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com