7 September 2015

Latihan Industri semasa di Politeknik

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

September 2015, hampir sepuluh bulan Hanis telah menamatkan Latihan Industri Hanis pada semester empat iaitu pada pertengahan tahun 2014. Pahit manis suka duka ketika menjalani latihan industri tersebut tidak pernah Hanis kongsikan bersama pembaca www.wadahberbicara.my ini.

Bukan pertama kali, Hanis diminta untuk berkongsi pengalaman Hanis menjalankan intern tersebut. Hampir tiga puluh orang lebih pembaca belog ini telah emel pada Hanis bertanyakan tentang pengalaman Hanis semasa Hanis menjalankan intern ketika semester empat yang lepas, memandangkan sekarang Hanis berada di penghujung semester enam. InsyaAllah pertengahan November 2015 nanti Hanis akan tamat pengajian di dalam diploma networking system ini. Amin. Doakan semua onak dan duri di sini Hanis berjaya harungi demi mendapatkan segulung diploma.

            Setelah mengemas kini folder gambar di dalam laptop kesayangan Hanis ini, Hanis terjumpa satu folder “gambar untuk report”. 


Apabila dibuka folder tersebut mengandungi gambar aktiviti yang Hanis terlibat ketika menjalani latihan industri. Setiap aktiviti yang Hanis lakukan Hanis akan mengambil gambar sebagai ‘bukti’ yang Hanis sedang bekerja walaupun perkerjaan yang Hanis lakukan tersebut tiada kaitan dengan course yang Hanis belajar selama ini(takpe, jadikan ilmu yang dapat ketika intern tu sebagai bekalan untuk masa hadapan). Semua gambar tersebut Hanis telah masukkan di dalam report akhir semasa tamat latihan industri.

Untuk pengetahuan pembaca Hanis yang lain, sesiapa yang buntu dalam menyiapkan report akhir pratikal anda, Hanis sarankan anda semua baca tips yang telah Hanis kongsikan di entry sebelum-sebelum ini. Contoh report akan Hanis berikan jika anda membaca terma dan syarat di sini. Hanis tak berniat nak jual report intern ini cuma Hanis minta kalian semua emel baik-baik dengan kata-kata yang bagus semasa berhubung melalui emel nanti. Semoga ilmu yang dikongsikan tersebut dapat dikongsi bersama. Hanis izinkan korang semua sebarkan report tu pada orang lain, semoga ianya memberikan kebaikan kepada semua orang. InsyaAllah, Hanis doakan korang semua berjaya menempuhi dunia pratikal dengan selamat dan jayanya.

            Berbalik pada permintaan pembaca belog Hanis ini, Hanis putuskan untuk berkongsi pengalaman intern Hanis secara berperingkat daripada persediaan Hanis nak pratikal(bulan pertama pratikal), semasa(pertengahan pratikal) dan persiapan terakhir ketika pratikal(bulan terakhir pratikal). Hanya tiga bahagian sahaja yang Hanis nak kongsikan bersama kalian semua.

Part 1:

Part 2:

Part 3:

Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam perjalanan pratikal anda nanti. Hanis doakan anda semua berjaya dalam latihan industri, tempoh pratikal ataupun intern anda. InsyaAllah. All the best.


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha.


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com