1 September 2015

CARA MENGHILANGKAN KELEMUMUR DENGAN BERKESAN

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Masalah kelemumur selalunya dikaitkan dengan gadis berambut panjang dan juga gadis bertudung. Setuju tak kalau Hanis kata macam tu?? Kalau bagi Hanis, 60% Hanis setuju berdasarkan beberapa faktor. Bertudung seharian suntuk kadangkala akan menyebabkan kepala mula gatal-gatal sebab cuaca panas dan bertudung litup (tiada pengaliran udara di kepala)
            Bila cuci rambut dengan syampoo dikepala kegatalan tu dapat hilang sekejap sahaja, dua tiga hari kemudian kegatalan di kepala kembali semula dan muncul kuping-kuping berkepingan lalu berguguran bagaikan salji di udara (hiperbola sungguh)...

Ohhh noooo...

kelemumur sudah menyerang.

Balik rumah terus pergi cuci, bila rajin buat petua orang melayu dulu-dulu iaitu guna limau kasturi untuk hilangkan kegatalan di kepala. Tapi sampai bila nak buat macam tu. Apabila masalah kelemumur menyinggah ke kepala kembali. Hanis pergi beli syampo anti-dandruff dan cuci rambut lagi. Lama-lama rambut Hanis semakin gugur, belai rambut guna jari jemari ku yang tak runcing sangat ini pun ada juga berhelai-helai rambut gugur. Nampak kerosakkan kulit kepala yang Hani salami ketika itu sangatlah teruk.
ohh makkk, aku stresss tahu tak.

            Hanis putus asa terus pergi cari gunting dan sikat, terus potong rambut bagi pendek di bahu, pergi cuci. Nahh seminggu, dua minggu, tiga minggu still kepala selesa sebab takde kelemumur menyinggah. Tapi bila rambut panjang je terus ada kelemumur. Hairan juga macam mana Fauziah Gous jaga rambut panjang mengurai dia tu.  Masalah kelemumur ini semakin parah berlaku terhadap Hanis bila tiba minggu peperiksaan. Di Politeknik Kuching Sarawak, seminggu sebelum nak Final Exam, semua students akan kembali sibuk disebabkan banyak quiz, test, assignment yang perlu disiapkan dengan kadar segera.  Ohhh awak, saya penat sangat, rambut pun tak sempat nak belai.

            Hanis pernah cuba pakai syampoo Rejoice, Sunsilk, Head & Shoulder, Pantence, Dove semua tak berkesan. Bukan bermaksud semua brand tu tak bagus, Cuma brand tersebut TIDAK SESUAI dengan Hanis. Tak tahu sebab apa, maybe tak sesuai lah puncanya. At the end Hanis bagitau bonda dan ayahanda minta diorang tolong cari ubat untuk hilangkan kelemumur Hanis. Lastly jumpalah dengan syampoo kesayangan Hanis sekarang ini. Rasa berangin je kepala.  Akhirnya syampoo ini sangat berkesan bagi Hanis. Hanis dah jumpa syampoo yang sesuai dengan kulit kepala yang cepat berminyak. Alhamdulillah syukur. Bila Hanis cuci rambut hari jumaat or sabtu, masuk weekdays Hanis akan sibuk dengan kerja harian ataupun kuliah, kepala still wangi dan selesa, takda rasa gatal-gatal dah macam sebelum nie. Seriously Hanis takkan cuci rambut setiap hari sebab boleh merosakkan rambut. Rambut akan cepat kering. Korang mesti tertanya-tanya syampoo yang Hanis telah gunakan selama ini kan??

Syampoo yang Hanis maksudkan tu adalah

-
-
-
-
-
-
Selsun Blue Syampoo
-
-
-
-
-
-
Taraaa, inilah syampoo kesayangan Hanis sekarang.

            Sekarang dah masuk botol ke-3 Hanis guna. Selsun Blue nie ada 4 warna pilihan. Lain warna lain masalahnya. Setakat ini, Hanis pernah guna warna hijau dan merah. Dua warna lagi Hanis belum guna, warna purple dan kuning belum pernah dicuba. Syampoo ini tiada dijual di Giant, pasaraya ataupun kedai biasa. Jangan Tanya kenapa dan sebab menyebabnya sebab saya tak tahu. 

Senarai harga di Watson Kuching, Sarawak

Kalau ada yang berminat nak cuba bolehlah cuba dapatkan di Watson ataupun Guardian yang berhampiran. Harganya agak mahal bagi Hanis, tapi demi sihatkan rambut, aii rela je laburkan duit lebih sikit  terhadap barang kecantikkan dan keperluan diri.

Botol kecil pun ada,


            Cara penggunaan syampoo ni, Hanis akan basahkan rambut seperti biasa. Kemudian gosok kepala dengan syampoo(selson blue). Syampoo nie bau dia macam ubat sikit, kurang berbuih dan bila rambut dah dibilas, rambut kita akan kesat sangat-sangat(Hanis guna sikat). Lepas bilas, ratakan perapi rambut di ¾ rambut(Jangan bagi kena kulit kepala ya) Biarkan 5-8minit, kemudian bilas sehingga bersih. Kalau korang rajin selepas rambut kering bolehlah guna hair serum. 

Perapi yang Hanis pernah guna.

 Wangi dan tahan lama.
Rambut tak mudah kusut macam Hantu Kak Limah

Oh ya, lupa den nak kabo. Untuk perapi tu y’all boleh guna perapi kesukaan masing-masing. Kalau macam Hanis, Hanis selalu guna perapi Dove(dulu) ataupun perapi Safi Shayla warna purple(sekarang ini). Actually before this Hanis guna perapi dari Sunsilk yang berwarna kuning tu tapi bau dia tak tahan lama. Bila Hanis tukar guna perapi Dove, bau dia tahan lama. Botol besar tu tahan 4 bulan lebih. Bila bilas guna perapi dove tahan seminggu kelembutannya. Wooo I like, jimat duit aku. Tapi sekarang Hanis setia pada perapi Safi Shayla dan juga syampoo emeron warna pink(untuk kegunaan hari biasa bila kepala tak gatal)

            Untuk rambut kelihatan cantik berseri bolehlah ikut cara Hanis belai rambut mahkota diriku ini.

Basahkan rambut dahulu à syampoo rambut à bilas rambut à guna perapi rambut à bilas lagi dengan air à keringkan rambut à guna hair serum à Done, love your hair always...muahhh 
wanginya rambut anda selepas ini.

Syampoo Selsun Blue ini Hanis gunakan apabila masalah kelemumur datang je. Bila kepala tak gatal tapi terasa nak cuci rambut Hanis akan guna syampoo biasa, setakat ini Hanis setia pada syampoo Emeron botol pink. Sedap bau emeron pink tu. Cubalah nanti.

Sebelum publish entry nie, Hanis ada terbaca satu artikel tentang penjagaan rambut. Rambut akan cepat rosak dan rapuh jika kita selalu sikat rambut ketika rambut masih basah. Kebenaran??? Wallahuallam. Betulkah andaian ini?? Kalau ada siapa yang tahu tolong komen di bawah entry ini ya.

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry.   

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com