7 September 2015

Bulan pertama menjalani Latihan Industri

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Part 1:
Bulan pertama menjalani Latihan Industri di sebuah Firma Kerajaan di Sibu, Sarawak

20 Jun 2014, Hanis menghitung hari-hari yang tingal sebelum menjalani Latihan Industri pada 23 Jun 2014(isnin). Untuk pengetahuan semua, Hanis menjalani latihan industri di Sibu bersama ex-rommate Hanis ketika semester 3 dahulu(sesi disember 2013).


Inilah orang yang Hanis maksudkan, Dayang Farahin Abg. Putit.

Kebetulan kami berdua sama course dan kami mengutuskan untuk menjalani intern di firma yang sama. At least, pada hari pertama intern nanti kami berdua tak berasa kekok sangat, lagipun dapat pergi dan balik kerja bersama. Kalau Hanis malas driving, Dayang akan drive pula. Masing-masing tak dapat bayangkan kejadian hari pertama intern nanti. Untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku. Hanis sarankan anda semua menyediakan semua kelengkapan yang diperlukan 2-3 hari awal sebelum hari kejadian.

Seminggu sebelum 23 Jun 2014 menjelma, Hanis dah sediakan semua dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran nanti di dalam satu file dokumen khas dan juga beg yang digunakan ketika intern nanti. 22 Jun 2013, sehari sebelum intern Hanis dah pergi mencari firma yang bakal Hanis menjalani latihan industri nanti. Siap set masa lagi berapa minit yang diperlukan untuk sama kat sana, hampir 20-40minit masa yang diperlukan untuk sampai di tempat intern Hanis bergantung pada keadaan lalu lintas. Paling awal boleh sampai 20minit. Kalau traffic jammed 40 mini baru sampai. Keberangkalian nak stuck jammed itu agak tinggi disebabkan perjalanan ke Firma tempat Hanis intern tu ada 3-4 buah sekolah yang perlu Hanis hadapi. Kalau hari hujan lagilah jammed. Kalau boleh dinasihatkan untuk mencari jalan alternatif lain supaya anda tak lambat ke tempat intern. Untuk pergi ke tempat intern Hanis ini ada 3 jalan yang berbeza yang boleh Hanis pilih. Alhamdulillah semua jalan Hanis dah hafal. In case kalau ada jammed jalan A, pilih jalan B dan sebagainya

            Sebelum tidur, disarankan sekali lagi untuk menyemakkan dokumen yang diperlukan agar takde yang tertinggal atau terlupa. Siapakan pakaian yang perlu dipakai esok hari sebelum tidur agar esok pagi tak perlu kelam kabut nak bersiap. Segala dokumen yang diperlukan ketika mendaftarkan diri di Firma nanti sudah Hanis siapkan sebelum Hanis masuk tidur. Mesti anda tertanya-tanya apakah dokumen yang diperlukan.
 

Dokumen yang perlu disediakan ketika mendaftar pada Hari Pertama:
(dokumen ini bergantung pada syarat ipta/firma)
  1. Buku Jurnal Harian
  2. Surat Rasmi yang mengatakan anda perlu mendaftar di Firma ABC pada sekian..sekian…(bergantung pada ipta masing-masing)
  3. Kad pelajar diri anda sebagai pelajar (Student Card)
*Selain daripada di atas adalah anda WAJIB BERPAKAIAN FORMAL dan kemas. Ingat first impression itu amatlah penting. Kalau hari pertama anda selekeh serabai, datang lambat, persiapan tak lengkap. Maka disaster besarlah pada zaman pratikal anda nanti.

23 Jun 2014:
Dengan azam dan niat yang baru, Hanis bangun awal dan bersiap sebaik yang mungkin. Minta restu ibu bapa untuk mendoakan kesejahteraan kita sepanjang tempoh intern berlangsung. Hari pertama ke tempat kerja (intern), ayahanda Hanis hantar dan menemani kami berdua untuk berjumpa dengan pegawai firma yang berkaitan dengan urusan intern Hanis. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sambil menunggu sesi perkenalan Hanis dan dayang berkenalan dengan rakan-rakan intern yang lain (daripada ipta lain). Kebetulan di Firma tersebut ada 5 orang pelajar intern baru. Bertambah kawan baru.


            Minggu pertama ketika intern ini berlalu dengan jayanya. Hanis dan rakan-rakan lain ditugaskan untuk menyiapkan task masing-masing sebelum kami menamatkan latihan industri di sini. Task tersebut telah diberikan oleh supervisor kami masing-masing. 


Disamping menyiapkan perkerjaan yang lain.


            Minggu kedua dan ketiga berlalu dengan lancarnya dimana ketika itu Hanis perlu menyiapkan draft kepada task yang telah diarahkan kepada Hanis untuk disiapkan sebelum dibentangkan kepada supervisor. Ketika minggu ini juga, Hanis berkenalan dengan kawan intern yang baru daripada Unimas. Bertambah meriah lagi firma kami intern tersebut.


            Minggu terakhir dalam bulan pertama intern, Hanis dan rakan-rakan intern yang lain diarahkan untuk terlibat di dalam satu kempen jalan raya yang dianjurkan oleh firma kami. Kempen tersebut dijalankan di dalam bulan ramadhan, 

2 orang daripada POLIKU, 3 orang lagi daripada POLIMU

Unimas vs Politeknik

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak panas terik dan kami sangat kehausan. Tetapi berpuasa kan? Sabar..sabar ..dan bersabar sahaja yang mampu kami lakukan ketika itu. Ingat Allah dan ganjarannya. Alhamdulillah bulan pertama berjaya diharungi dengan penuh kegembiraan.

Akan bersambung lagi di part kedua semula, semoga pengalaman Hanis ini dapat membantu anda semua untuk bergembira di tempat intern masing-masing. Gambateh korang. Boleh tahu korang intern kat mana? Dah minggu berapa sekarang ini? Boleh komen di bawah ini.

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha.

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com