8 September 2015

Bulan kemuncak menjalani Latihan Industri

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Part 2:
Bulan kemuncak menjalani Latihan Industri di sebuah Firma Kerajaan di Sibu, Sarawak

Minggu yang paling mencabar adalah minggu kelima ini apabila pada minggu ini Hanis lebih focus kepada task yang diberikan pada minggu pertama yang lalu. Sketching design etc Hanis kena siapkan dalam minggu ini sebelum bercuti Hari Raya Aidilfitri pada 28 august 2014. 

Contoh design yang Hanis mereka untuk di tampal di RH. Surang.
Alhamdulillah dapat cuti seminggu lebih. Berkaitan cuti ini anda semua kena berbincang dengan supervisor masing-masing dan kira peratus kehadiran yang perlu anda hadir ketika intern. Macam Hanis, kami yang daripada politeknik ini dapat cuti 20% daripada kehadiran. Campur tolak semua hari bekerja kami dapat bercuti dalam tempoh 8-12 hari sahaja. Hanis menggunakan 8 hari cuti tambahan. Yang selebihnya Hanis simpan takut ada emergency case di bulan akan datang.
Kenangan ketika Ramah Tamah bersama staf di office. Kami bertiga ini adalah pelajar intern.
             Minggu-minggu seterusnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang memberikan pengalaman yang berharga kepada kami semua. Ada yang pahit ada yang manis. Semua itu Hanis jadikan sebagai pengalaman Hanis untuk menempuhi masa depan yang penuh dengan ranjau dan duri.

Contoh pekerjaan yang Hanis pernah buat. Kemas bilik meeting. Setting up apa yang perlu

Ketika sambutan ambang kemerdekaan di Sibu, August 2014

 
Perasmian Menghias rumah panjang di Selangau






Pertama kali Hanis pergi Rumah Panjang

 

Memori bersama rakan intern 

              Tiada apa yang perlu Hanis terangkan lagi di part ini, Cuma Hanis nasihatkan korang semua bertabahlah mengahadapi hari-hari pratikal anda semua. Kalau tak ada kerja yang perlu dilakukan perlu ambil langkah ini.

1-      Jangan duduk saja, nanti dilabel sebagai pemuda pemudi yang malas

2-      Ringan mulut, rendahkan diri minta kerja pada staf lain. Tolong staf lain siapkan kerja. At least korang dapat pengalaman baru.
3-      Kalau tak ada juga kerja yang depa nak bagi tu, hang dok jela baca belog cheq ni.
4-      Ataupun siapkan report akhir korang semua, edit jurnal harian. Cari gambar yang berkaitan untuk dilengkapkan di dalam jurnal intern korang.
5-      Bacalah info yang ilmiah. Tips murah rezeki ke, tips mudah berjaya ke.
6-      Kalau korang bosan sangat pernah surau office, solat sunat dan baca al-quran.
7-      Bosan lagi? Tidur jela. Kat kolej kurang tidur kan…hehe.

Hujung minggu kami beriadah sambil berjoging untuk menyihatkan badan

Sebenarnya untuk part ini Hanis kekurangan idea untuk dikongsikan bersama
kalian semua. Bukan tak ada benda nak coretkan, cuma pengalaman yang Hanis alami di part ini agak kurang menggembirakan. Mostly pengalaman yang menyakitkan hati. Biasalah lumrah kehidupan tak semuanya gembira, Cuma dinasihatkan korang bertabahlah. 




Kalau rasa ditindas tolonglah bersuara. Jangan biarkan anda ditindas dan dibuli oleh orang atas. Hak bersuara milik kita semua. Anda takkan digagalkan intern cuma keberangkalian markah akhir sahaja akan dikurangkan. Itu yang Hanis alami. Markah intern daripada firma tak capai target. Macam mana saya boleh tahu? Biarlah rahsia. Jika supervisor Hanis terbaca post ini, satu sahaja yang ingin saya ingin kata pada anda. Hari ini Anda boleh tersenyum, jangan lupa esok lusa keturunan anda akan merana kerana perbuatan KEJI anda. Allah itu Maha Adil. Dia nampak apa yang anda lakukan dan saya lakukan.
Persiapan untuk pindah office baru

            Untuk part ini korang semua layanlah gambar yang Hanis kongsikan bersama anda semua. Semoga part ini membuka mata anda untuk terus menikmati baki hari intern yang tinggal.

 Akan bersambung lagi di part terakhir, semoga pengalaman Hanis ini dapat membantu anda semua untuk bergembira di tempat intern masing-masing. Gambateh korang. Dah minggu berapa sekarang ini? Best tak intern korang tu? Boleh komen di bawah ini.

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha.


Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.