2 July 2015

REVIEW EPHYRA SKIN BAR

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Setelah sekian lama Hanis mendiamkan diri daripada meng-Update sebarang entry terkini kerana ingin fokus kepada perubahan wajah yang dahulunya selalu berminyak dan kini makin berseri dan segar apabila menggunakan Epyhra Skin Bar. Sebenarnya pada bulan yang lepas Hanis telah menyertai giveaway yang kak Innanie jalankan di laman blog nya. 



Secara jujurnya Hanis belum pernah mencuba lagi brand Ephyra ini, apabila melihat perubahan yang Pelakon Memey Suhaiza alami, Hanis rasa terpegun. InsyaAllah satu hari nanti Hanis akan mencubanya. 


Melihat kepada design kotak Ephyra Skin Bar ini pasti membuatkan sesiapa yang memandangnya akan terpegun dan terpesona dengan keunikkan yang dihasilkan.


Giveaway yang berlangsung pada bulan mei yang lalu telah memberikan tuah kepada Hanis kerana Hanis tercalon di dalam 50 senarai pemenang yang layak menerima sekotak Epyhra Skin Bar yang bernilai RM39.00. Terima kasih kepada Team Epyhra dan Kak Inanie kerana memilih Hanis sebagai pemenang yang bertuah.


Selepas sehari Hanis menerima Ephyra Skin bar ini, Hanis terus mencubanya. Hanis dapat hadiah ini pada 11 jun 2015 yuang lepas. Hanis mula menggunakan Ephyra Skin Bar ini pada 15 jun 2015. Sebelum menggunakan Ephyra Skin Bar ini Hanis menyarankan anda berhenti dahulu menggunakan sebarang produk yang sedang digunakan sekarang sebelum menggunakan produk baru selepas beberapa hari. 2-3 hari sudah memadai. Lagi bagus seminggu berhenti seketika daripada menggunakan sebarang produk pencuci muka, Selepas seminggu barulah anda digalakkan menggunakan produk yang baru. Melalui kronologi pengalaman Hanis sebelum ini, Hanis hanya berhenti selama 3 hari dari 11 jun 2015-14 jun 2015 dan selepas 3 hari tidak mengggunakan sebarang produk pembersihan muka Hanis mula menggunakan Ephyra Skin Bar ini pada 15 jun 2015.
Perubahan yang Hanis telah alami.
Masalah yang Hanis hadapi sebelum menggunakan Ephyra Skin Bar
Bermula 15 jun(rujuk gambar before), kulit Hanis akan merah-merah seperti udang kena bakar bila tengahari sebab cuaca sekarang semakin panas.


Kadang-kadang kena basahkan muka sentiasa sebab tak tahan muka panas. Ke Kulit makin nipis??? eurmm. Muka seringkali berminyak apabila tiba waktu tengahari. Nak solat zohor mesti Hanis kena cuci muka dahulu. Kalau korang zoom gambar Hanis yang before tu akan nampak kawasan pipi sebelah kanan Hanis ada jerawat, di dahi jerawat kecil-kecil seperti ruam dan jerawat merah kecil di bahagian tengah dagu. Stress bila nak jaga kecantikkan muka. Tambahan lagi bila Hanis belek kawasan dahi terdapat garis-garis halus sudah kelihatan. Oh nooooo umur baru 20-an tau.

Perubahan yang Hanis alami pada minggu pertama menggunakan Ephyra Skin bar

Selepas menggunakannya selama seminggu, pada 22 Jun yang lalu
alhamdulillah  jerawat di dahi Hanis makin berkurang, jerawat di pipi tinggal bekas jajahan sahaja. Manakala jerawat di tengah dagu sudah hilang daripada kelihatan oleh mata kasar. 



YEHHH!!! Hanis gembira sangat. Perubahan sedikit ketara. Kawasan pipi dah semakin kurang kesan merah apabila aktif di bawah sinaran matahari.








Perubahan yang Hanis alami pada minggu kedua menggunakan Ephyra Skin bar







Selepas dua minggu menggunakan Ephyra Skin Bar ini, Jerawat di dahi sudah tiada lagi. Hanya tinggal kesan parut di pipi kanan Hanis sahaja lagi untuk menghilang. Muka semakin cerah sekata. Yang paling penting Muka semakin berseri-seri. Kesan eye bag mata panda tu makin berkurang.







Perubahan yang Hanis alami pada minggu ketiga menggunakan Ephyra Skin bar

Pada 29 Jun yang lalu genaplah tiga minggu Hanis menggunakan Epyhra Skin Bar ini. Kini Hanis mampu tersenyum dengan wajah yang Hanis idamkan sebelum ini. Tidak perlukan modal yang besar untuk kelihatan cantik. Cukup sekadar RM39 sebulan anda mampu miliki wajah idaman seperti artis korea. Ahaks~

 Kesan positif yang Hanis alami selepas menggunakan Ephyra Skin Bar ini  muka Hanis kurang berminyak apabila tiba waktu tengahari, kesan merah di kawasan T semakin berkurang. Jerawat di pipi dan dagu tidak kelihatan lagi. Jerawat kecil-kecil di dahi sudah berjaya dihapuskan. Garis halus di dahi tidak kelihatan lagi. Hanis merasakan kulit muka Hanis semakin anjal. Tak percaya? Korang boleh refer gambar Hanis ini sebab Hanis tak ada menggunakan sebarang aplikasi edit gambar.  Hanis menggunakan Ephyra Skin Bar ini sehari 2-3 kali. Bila dah masuk minggu ketiga Hanis hanya guna seminggu sekali sahaja. Guna sebelum tidur sahaja. Awal pagi dan tengahari Hanis tak guna lagi sebab muka dah kurang berminyak.

No edit picture ok. It's natural.
Alhamdulillah kini Hanis mampu kembali yakin di Hari lebaran nanti.

Marilah bertukar ke pencuci muka yang dikeluarkan oleh Epyhra. Kini anda mampu kelihatan cantik berseri seperti memey suhaiza, elfira loy, dan ramai lagi. Tak percaya?? Korang tengok testimoni di bawah ini. Tak percaya lagi Hanis sarankan korang semua stalk instagram artis-artis yang Hanis sebutkan tadi tu.
Tampil berseri di hari lebaran nanti.
Hanis ada tips untuk korang semua apabila menggunakan Ephyra Skin Bar ini. 1 buku sabun tu disarankan untuk potong 4.


1 kiub kecil boleh guna seminggu. Sebulan habislah sabun ini. Jika penggunaan secara kerap, sabun yang anda gunakan itu akan cepatlah habis.


Untuk maklumat lanjut :
Instagram :

Website :
www.oceanlife2u.com 

Facebook :

Siapa ada instagram bolehlah follow @hz_zulaikha.  http://instagram.com/hz_zulaikha 

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. 

1 comment:

  1. Tahniah menangggg ! Best ephyra niii, hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com