1 March 2015

Percutian Bajet: Kampung Boyan, Kuching

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Kisah percutian bajet Hanis belum lagi habis dikongsikan bersama korang semua. Maaflah mood berblog sekarang dah kelaut disebabkan Hanis sekarang berada di tahun akhir. Sibuk dengan assignment dan final project.

            Percutian Bajet Hanis bersambung ke part ke-4. Siapa yang belum baca part pertama, kedua  dan ketiga boleh klik link dibawah ini.











Suasana malam di Bandaraya Kuching tidaklah semeriah di Semenanjung. Tempat untuk berhibur pun tak banyak sangat melainkan kedai makan. 

       Disebabkan keesokkan harinya Hanis dan Shirley akan pulang ke Sibu, maka pada malam ini (pada hari kejadian) kami berdua keluar menikmati pemandangan malam kotaraya sehingga pukul sebelas. Sebelum pergi waterfront kami Hanis ajak Shirley pergi makan dahulu di Kopi O'Corner disebabkan hari ini belum jamah lagi makanan berat melainkan bekal pagi tadi ketika pergi ke Borneo Highland. Kos makan maalm nie untuk Hanis seorang RM18.00, Hanis pun tak ingat apa menu yang dah diorder pada malam tu. Ingat harga saja. Cafe Kopi O' Corner ni Hanis pernah kongsikan kisahnya di entry 

Jom Makan di Kopi O Corner, Kuching



           Selepas makan dah kenyang takkanlah nak balik rumah terus. Shirley ajak window shopping but I takde money, hehe. Jom bergambar jelah. Mana lagi tempat yang wajib dilawati kalau turun kuching tak bergambar dengan tugu kuching besat ini. Dah berpuluh gambar Hanis ambil kat sini. Tapi tak tahu kat mana simpan.

Memahat memori bersama Tugu Kuching di tengah bandaraya kuching


Selepas bergambar di Tugu Kuching ini Hanis bawa Shirley pergi seberang sungai sambil menaiki Bot tumpang. Kena bayar RM1 seorang. Dua tahun lepas kalau tak silap Hanis kena bayar 50 sen je kalau cakap sarawak. Kalau cakap malaya aka semenanjung aka bahasa keyel kau tu, kenalah cas seringgit sekepala, Sekarang sama rata je. 

Muka nervous Shirley sangat ketara, katanya ini meruoakan pengalaman pertama kalinya.
Ini kawasan Waterfront. Sekarang kami dah melintasi waterfront Kuching untuk ke seberang. Nak singgah ke kedai kek Mira. Hanis tak ada beli kek, just merasa kek yang diorang potong untuk tester sahaja sebab baru lepas makan malam. Kek yang sedap dan menjadi tarikan pengunjung adalah Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Coklat Cheese. Shirley sempat grab kek lapis masam manis untuk mummynya.



Pemandangan hotel Hilton dari seberang Kuching waterfront.
Hampir sejam lebih kami berdua berjalan disini, Hanis ajak Shirley balik sebab esok flight kami ke Sibu pula. Nanti terlepas Flight. Lagipun area waterfront nie agak bahaya untuk kaum wanita kalau berjalan sendirian, Lebih baik berjalan di dalam kumpulan beramai-ramai sebab pernah ada kes ragut. Kes rogol? ada yang kata pernah berlaku. Wallahuallam. Berhati-hatilah dan selalu membaca ayat perlindung diri.


Tinggal lagi satu part yang terakhir, kembali bersambung kemudian,


Kos Percutian Bajet kali ini
Makan malam = RM 18.00
Kek Sarawak = RM10.00
Tambang perahu = RM1.00

Jumlah perbelanjaan rm19.00

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha
https://instagram.com/haniszula1kha/

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J 

1 comment:

  1. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com