1 March 2015

Contoh Laporan Pratikal

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`

Salam 1 Malaysia y'all


Entry sebelum ini Hanis ada kongsikan Cara menulis Buku Jurnal Harian ketika Pratikal ,boleh klik link di ayat yang Hanis bold-kan tu. Melalui entry tu ramai yang memperolehi idea untuk menyiapkan Jurnal Harian mereka. Alhamdulillah, ada juga yang meminta Hanis untuk explain cara nak buat laporan pratikal. Adeh awak saya ini buka pakar membuat laporan. Hanis akan kongsikan laporan pratikal Hanis kepada sesiapa yang berminat. Boleh pilih nak bahasa Melayu ataupun English. Hanis akan sent softcopy kalau anda berminat. Tetapi sebelum tu korang kena email dahulu Hanis ataupun tinggalkan emel anda di bawah komen entry ini. InsyaAllah nanti Hanis akan reply. 

*Lebih cepat kalau korang email Hanis terus.

   Sesiapa berminat boleh email ke

Hanis nak kongsikan 10 tip penyedian ketika membuat laporan pratikal. 
*credit to blogger Amir

10 TIPS PENYEDIAAN / PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.

1. Tulis mengikut guardline yang ditetapkan oleh buku panduan penulisan Laporan praktikal ipt. Means dari segi justify, line spacing, keperluan utk setiap bab, isi kandung dsbnya. Ini basic lah.

2. Maksimumkan penggunaan untuk bab pengenalan. Kongsikan carta organisasi company tu, latar belakang, Ahli pelaburan mereka, nilai koprat, lagu rasmi company, bendera, logo dan apa sahaja yang dirasakan boleh dikongsi. Kerana bab ini adalah bab yang pertama, jadi maksimumkan penggunaan nya. For sure kebanyakan maklumat-maklumat ini boleh diambil dari laman web rasmi atau laporan tahunan company. Great sgt!

3. Jangan pernah miss untuk menulis diary harian / laporan harian apa shja yang anda lakukan semasa di pejabat. Setiap kerja perlulah ditulis (even fotostat sekalipun). tak kisah macam mana bentuk penulisan diary sekalipun, yang penting anda boleh faham, dan boleh huraikan serta mengolah kerja-kerja tersebut untuk dijadikan kepada 1 bab utama. Itu yang penting sbenarnya. 

Untuk point ni, bagi contoh sikit lah, ni simple bab. 

Anda tentu terjumpa dengan pelbagai bentuk mesin dan peralatan pejabat dan sering menggunakannya untuk tujuan kerja. Why not simpulkan kesemua penggunaan peralatan itu kepada 1 bab?

4. Selitkan gambar sekiranya perlu. (wajib). Macam contoh point kat atas ni, boleh selitkan semua jenis peralatan yang ada kat seksyen tu, than capture kan dari segi fungsi (google je) penggunaan spesifik, cara penggunaan, saiz (heavy duty ke medium duty ke), dan banyak lagi lah sebenarnya yang boleh di goreng. Ikut logik lah ye. Jgn stapler kertas yang biasa pakai tu pun nak share jugak. Ambik lah yang mantop, especially kalau Li kat kilang, mesti dapat guna bnyk peralatan canggih manggih kan. 

5. Untuk bab kritikal. Maksudnya dari segi kerja yang agak terperinci, mugkin menggunakan software2 tertentu seperti accounting system, UBS, Autocad, dsbnya. Anda perlu tahu semua gerak kerja nya, susun penulisan dengan baik, huraikan step by step. Pasti penulisan tu akan jadi terbaik.


6. Sumber utama yang anda peroleh seperti dari PEKELILING atau LAPORAN TAHUNAN atau dari mana sumber sekalipun seharusnya perlu mendapat kebenaran syarikat terlebih dahulu. (Pandai-pandai lah ye)

7. Kongsikan graf atau carta alir atau apa sahaja drawing yang dirasakan perlu di attach bersama. Kalau graf tu bukan bersaiz A4, kalau besar, boleh lipat. Carta alir kerja sekurang-kurang nya perlu ada lah.

8. Bab kesimpulan atau ending, korang tulis lah dengan hasil penulisan yang mantop, ambil je penulisan dari laporan tahunan atau mana-mana sumber syarikat yang boleh di paste. Maksimumkan penggunaan dan info yang ada.

9. Aku punya ada 15 BAB. Dan total ada 100+pg. Buat perlahan-lahan, rumuskan setiap kerja kepada sub topik kecil dan hurai ikut no. Ikut format, 1.1, 1.2, 1.3, 1.3.1, 1.3.2 bla bla bla. Tau kan format tu?

10. Good luck! Semoga apa yang di kongsi ni walau tak banyak pun, sikit lah, hopefully dapat membantu anda yang akan menjalani Li (persediaan), atau yang sedang menjalani Li. 


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry.   

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.