18 January 2015

Percutian Bajet: Borneo Highland, Padawan. Sarawak

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Kisah percutian bajet Hanis belum lagi habis dikongsikan bersama korang semua. Maaflah mood berblog sekarang dah kelaut disebabkan Hanis sekarang berada di tahun akhir. Sibuk dengan assignment dan final project.


            Percutian Bajet Hanis bersambung ke part ketiga. Siapa yang belum baca part pertama dan kedua boleh klik link dibawah ini.
            Kami bertolak ke Borneo Highland Resort(BHR) dari Bandar Samariang pukul 8.30am. Perancangan awal nak keluar dari rumah pukul 8am tapi disebabkan bangun lambat terpaksa rushing sikit. Hanis siap bawa bekal untuk sarapan dalam kereta sebab perjalanan nak pergi ke BHR ini memakan masa hampir sejam lebih, hampir 50km dari rumah kawan Hanis ini. Kami pergi BHR berpandukan application wazes. Mostly perjalanan kami kat Bandar Kuching ini semua berpandukan wazes. Alhamdulillah belum sesat lagi.
Akan sampai tak lama lagi
Kalau nak direction untuk ke BHR tu Hanis pun ingat-ingat lupa, Hanis sarankan korang guna wazes. Install je kat play store tu. Itulah guna nya beli hp mahal-mahal. Direction untuk ke sana kalau dari Bandar Kuching, lalu Kota Sentosa, kemudian akan melalui kem Penrissen, lepas tu akan jumpa Giant Kota Padawan sebelah kanan. Belok kanan. Follow signboard ke Jalan Borneo Heights. Akan pass by Semenggoh Wildlife Centre, Pulapol and akan lalu sebanyak 7 jambatan Sungai Aman. Sebenarnya time otw balik Hanis plan nak singgah di Semenggoh tapi emmandang semuanya dah kepenatan, terpaksa pendamkan hasrat itu dulu. Next time datang Semenggoh Wildlife Centre pula.
Selepas hampir satu jam 15 minit memandu, akhirnya kami selamat tiba di pintu masuk Borneo Highland Resort.. Udara kat kawasan ini segar gilerrrrr. Tak tercemar. Best sangat, rasa sejuk je. Alhamdulillah syukur, nasib tak hujan.
Welcome to Borneo Highland Resort.
Sementara kawan Hanis pergi bayar tiket masuk, Hanis bergambar seketika.
Kena berhenti sekejap untuk bayar tiket masuk. Disebabkan kami hanya nak masuk kawasan Kalimantan Vie sahaja kami kena bayar rm8.00 seorang untuk masuk ke kawasan puncak.

Resit sebelah kanan tu untuk masuk ke Kalimantan View. Kena bayar rm10 seorang




Sebelum bayar kat gate entrance BHR ni, kita boleh pilih either nak naik ke puncak dengan menggunakan kereta sendiri or naik kereta resorts. So dengan selamba kami choosed naik dengan kereta sendiri disebabkan nak save budget. Tapi jika korang nak betul-betul terokai kawan BHR ini Hanis sarankan korang naik kereta resort sahaja dan ambillah pakej RM100.00 seorang untuk melawat ke 8 tempat menarik di puncak tu nanti. Kalau naik kereta sendiri boleh drive sehingga kawasan parking di pouncak sahaja. Kemudian nak pergi ke kawasan-kawasan menarik kat puncak tu kena menggunakan  kereta resorts. Setiap tempat kena bayar rm10.00 seorang.



Jalan agak curam, so sila memandu dengan berhati-hati


Perjalanan ke puncak adalah sejauh 12km sahaja tapi kami ambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai disebabkan kami betul-betul menghayati kawasan BHR ini. Cerun ke puncak nie 45 degree. Kena tekan break sentiasa disebabkan jalan di bengkak bengkok macam ular kena palu. Bagi Hanis jalan ke puncak BHR ini sama persi jalan ke puncak Gunung Jerai, Kedah.


Suasana di puncak BHR yang sangat indah dan subhanallah.
Bukti kami semua dah sampai ke BHR.
Seperti ke sarkas, kecoh giler kitaorang atas lori ini. Rasa nak masuk zoo pun ada.


Cantik kan, rasa macam ke oberseas pula..eheh
Dah sampai indon...haha
Tengoklah kegembiran yang tak terhingga apabila amoi ini dah sampai indon.
Inilah transport resort yang kena bayar rm10.00 seorang tu.
Feeling tersangat excited.
snap..snap..snap.
Hanis merindui suasana di BHR ini.
Nak tengok kawasan kalimantan kenalah naik ke pondok view point ini.
Selfie with signboard. Bukti Hanis dah pernah sampai ke BHR.
Percutian Hanis bersambung di Part yang seterusnya.







Note: Jalan Borneo Heights adalah jalan semata-mata untuk ke Borneo Highland Resort.




Boleh tengok video pendek yang Hanis rekod ini.




Jangan sesekali lepaskan peluang untuk bergambar sebanyak yang mungkin bila dah sampai ke 
Borneo Highland Resort.




Kami meneruskan perjalanan ke Kalimantan View dengan membayar rm10.00 seorang. Kat sini ramai yang speaking london youu. Pakcik kat entrance gate pun speaking. Jangan memain y'alls. So antara kebaikan lain korang boleh asah bakal speaking london korang juga kalau datang ke sini.

Hampir 20 minit perjalanan naik lori resort ini, barulah kami sampai ke destinasi yang kami tujui.

Kami menghabiskan masa hampir 40 minit di sini. 5 bintang i kasi you, BHR. Tempat yang sangat menarik dan superb hebat. Tak sangka tempat macam ini ada di Malaysia.

Kos Percutian Bajet kali ini
Tiket Masuk ke Borneo Higland Resort = RM 8.00
Tiket nak masuk kawasan Kalimantan View = RM 10.00
Jumlah perbelanjaan untuk hari ketiga adalah RM 18.00

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry.

26 comments:

  1. Salam..hai hanis..hanirah dsni..huhu..nk tnya..yg hanis g tu hanya 1 drpd 8 tmpat tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya pergi 2 tempat daripada 8 tempat yang ada kat situ :)

      Delete
  2. Salam,maaf nak tanya awak ke BHR naik kereta apa?maksud saya jika guna kereta biasa boleh kah samapi ke puncak spt viva,pesona or saga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, boleh saja asalkan kena berani tanggung risiko.

      Delete
  3. Salam,maaf nak tanya awak ke BHR naik kereta apa?maksud saya jika guna kereta biasa boleh kah samapi ke puncak spt viva,pesona or saga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sampai, p semput la. Kami biasa naik guna moto besar, boleh naik gear smpai 2 ke 3. P moto kecik pn boleh. Gear satu memanjang la. Hahahha. Gitu gak klu naik kancil o viva, guna gear satu mrmanjang ala. Ada pun bila mendatar ckit br bleh masuk gear 2. P digalakkan guna kereta auto la, sng utk naik n turun nnti pn xbyk guna brek, guna engine breaking, tkt kly byk guna brek nnti brake line kembang,mksdnya hose brake kembang bila asyik brek sbb panas, so akn mnyebabkan kurangnya kesan brek walaupun da tekan.

      Delete
    2. Betul tu cik anon, kalau nak guna kereta disarankan guna kereta auto

      Delete
  4. Bestnya..sya dok srwk pon xsmpai lg..cti bln9 ni blh p...tq sharing tmpt mnarik d srwk..
    Nk tnya de x resort d kwsan tu...

    ReplyDelete
  5. Bestnya..sya dok srwk pon xsmpai lg..cti bln9 ni blh p...tq sharing tmpt mnarik d srwk..
    Nk tnya de x resort d kwsan tu...

    ReplyDelete
  6. Bestnya..sya dok srwk pon xsmpai lg..cti bln9 ni blh p...tq sharing tmpt mnarik d srwk..
    Nk tnya de x resort d kwsan tu...

    ReplyDelete
  7. Salam,sis..nk tanya klau naik transport resort BHR dorang memang harga die RM10 seorang ker? Sbb klau nk drive sendiri smpai ke puncak tu memang saya tak brani sngat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. ye sis. Tapi tu rate price tahun lepas,kalau tahun ni tak sure berapa rm.

      Delete
  8. Salam,sis..nk tanya klau naik transport resort BHR dorang memang harga die RM10 seorang ker? Sbb klau nk drive sendiri smpai ke puncak tu memang saya tak brani sngat..

    ReplyDelete
  9. Salam,sis..kalau guna naik transport BHR dorang sampai ke atas harga memang RM10 ker? Sbb klau drive sendiri naik ke atas memang saya tak brpa brani sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, RM10 kalau nak ke dentinasi di atas. Kalau dari bawah nak ke puncak tu harga dia lain. Kena sewa van diorang ataupun pilih pakej yang diorang sediakan.

      Delete
  10. Salam sis.. thanx sharing info..sgt berguna.. ingtkn nk g jgk dh alang2 kt swak ni. Btw nk tnya.. yg sis ckp boleh sewa van dorg tu bpe ae.. n pakej tu cmne.. tQ :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,wajib pergi sis. Alang2 dah di sarawak tu.
      Untuk pakej dan van tu sis kena pergi di kaunter diorang di pintu masuk tu(yang kena bayar rm8 untuk seorang kalau nak drive kereta sendiri naik ke atas).
      Nanti diorang akan explain lah pakej yang available.

      Delete
  11. assalamualaikum sis, kalau guna kereta resort naik ke atas bayar berapa?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis, kalau guna kereta resort naik ke atas bayar berapa untuk sewa van? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, tak sure plak berapa rm. Cuba check di laman web diorang

      Delete
  13. Assalamualaikum sis, kalau guna kereta resirt untuk naik ke puncak bayar berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, tak sure plak berapa rm. Cuba check di laman web diorang

      Delete
  14. Sy org swk pun baru sedar Ada tpt mcm no.ingin nak pegi.berapa kos keseluruhan nak sampai semua tpt utk seorg dewasa n knk2.

    ReplyDelete
  15. Hi, I'm from Indonesia. I want to ask, is it ok if we don't stay at borneo highland resort hotel then we entry that area ? Ofcourse with buy the tickets? And can you give me the information about the pricelist for the van and the tickets? Thank you

    ReplyDelete
  16. Hi, I'm from Indonesia. I want to ask, is it ok if we don't stay at borneo highland resort hotel then we entry that area ? Ofcourse with buy the tickets? And can you give me the information about the pricelist for the van and the tickets? Thank you

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com