24 January 2015

Cara Menulis Jurnal Harian ketika Pratikal.

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`

Salam 1 Malaysia y'all

Januari 2015, sudah hampir dua bulan Hanis menamatkan latihan industri bagi melengkapkan jurusan diploma yang Hanis ambil sekarang ini, insyaAllah akan habis hujung tahun ini. Latihan industri yang Hanis maksudkan ini pratikal bagi pelajar Politeknik Malaysia. Sikit sebanyak daripada pengalaman Hanis menjalani latihan industri selama 20 minggu di sektor kerajaan telah memberikan pandangan yang luas tentang dunia pekerjaan dan secara kesimpulannya Hanis telah memilih bidang yang Hanis minati untuk masa depan Hanis nanti.


Jika ditanya pendapat Hanis ini berkaitan dengan latihan industri ini atau pelajar politeknik menggelarnya dengan LI iaitu singkatan daripada Latihan Industri, segelintir pelajar ada yang memanggilnya pratikal, intern etc.  Pertanyaan yang selalu pelajar hadapi sebelum nak buat pratikal mesti pening nak pilih sektor Kerajaan ataupun Swasta? Ini pandangan mudah yang dapat Hanis berikan dan terangkan.

Sektor Kerajaan
Perkara
Sektor Swasta
Tiada elauan
Elaun
Ada, bergantung pada syarikat nak bagi berapa rm
Kurang pengalaman jika bidang teknologi etc(bergantung pada bidang)
Pengalaman
Banyak jika kena pada syarikat yang sama bidang dengan kos yang diambil
Kurang belanja sebab kalau ada meeting selalunya makan free.
Perbelanjaan diri
Kurang pasti (Hanis takde pengalaman kat sini)
Kurang kerja (kena rajin bertanya dan minta tugas yang kena pada bidang yang dipelajari). Mostly akan buat kerja admin
Kerja
Jika kena pada kos yang diambil mungkin ada banyak kerja yang boleh dilakukan.
Banyak aktiviti luar kalau kena pada bahagian yang aktif(pengalaman Hanis kena bahagian sosial, banyak terlibat aktiviti luar. Best juga tapi tak ada kaitan dengan kos Cuma dapat pengalaman hidup)
Aktiviti
Kurang pasti sebab belum ada pengalaman.
Selalu tak tepati masa walaupun janji pukul 8.00am etc. Disebabkan kita pelajar pratikal diwajibkan tepati masa. Biar staff lain masuk lambat tapi bukan anda yang datang pratikal lambat.
Masa
Tepati masa, datang awal lagi bagus.
Speaking English bila kena presentation sahaja, bila hari lain speaking bahasa pasar je.
Bahasa
Almost kena Speaking English

*Kalau ada pertambahan boleh kongsi pengalaman korang kat bawah(bahagian kotak komen), nanti Hanis edit semula

            Untuk pelajar bidang IT, teknologi maklumat. Sebelum ini semua pelajar IT boleh menjalani pratikal di TM(Telekom Malaysia), lubuk emas untuk pelajar IT. Tetapi sejak tahun lepas semua pelajar IT TIDAK BOLEH menjalani pratikal di TM lagi disebabkan beberapa faktor(kurang pasti apa masalah yang kami tak boleh buat pratikal di TM). Kesan daripada faktor itu ramai pelajar  IT yang mengeluh termasuk Hanis. Disebabkan peluang yang ada sangat tipis maka ramai yang beralih untuk membuat latihan industri di sektor kerajaan walaupun tiada kaitan dengan kos IT. Sangat rugi dan membuang masa. Selepas tiga bulan Hanis menjalani latihan industri di sektor kerajaan ini Hanis baru tahu yang pelajar IT boleh menjalani latihan industri di SKMM ataupun di SAINS. Paling bagus buat pratikal di SAINS(ada elaun)

            Ketika menjalani latihan industri ini pelajar politeknik ada disediakan sebuah buku jurnal yang perlu dicatitkan segala aktiviti yang dilakukan setiap hari bekerja dan catitan rumusan untuk seminggu menjalani latihan industri. Kegunaan buku jurnal itu lebih kepada buku diari, dimana buku jurnal itu membawa 20% daripada markah latihan industri bagi pelajar politeknik. Cara nak tulis jurnal tu terpulang pada pelajar bergantung pada arahan politeknik masing-masing. Kalau diikutkan politeknik Hanis pun ada bagi panduan(format) untuk menulis jurnal ini tapi bagi Hanis format yang diberikan sangat melecehkan.


Ini Buku Jurnal bagi pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Format yang dimaksudkan adalah:


Ini format bagi Politeknik Kuching Sarawak yang Hanis maksudkan.
            Cara Hanis lengkapkan buku jurnal Hanis dengan meletakkan gambar yang menggambarkan Hanis buat kerja. Buat kerja betul-betul dan explain cara korang nak menyelesaikan. Contohnya Hanis diarahkan untuk set up PC, Hanis minta kawan tolong ambil gambar step by step then habis kerja time rehat ke time petang-petang lepas lunch hour tu Hanis akan siapkan jurnal pula. Print berwarna gambar yang Hanis buat kerja tu lepas tu cut and paste dalam jurnal. Explain sikit bawah gambar tu. Selesai untuk satu hari.

Ini contoh yang Hanis boleh berikan idea pada korang semua
            Hari seterusnya cari lagi kerja yang berkaitan dengan IT jika anda pelajar IT. Setiap minggu Hanis akan selitkan 2-3 hari aktiviti bergambar. Tak perlu letak gambar setiap hari. Jika ada mesyuarat. Minta kawan tolong ambil gambar time mesyuarat. Time ni jangan duduk dekat-dekat. Duduklah secara berhadapan. Dapatlah dia ambil gambar awak, awak ambil gambar dia dan ambil gambar boss tengah berucap. Selesai sudah jurnal untuk satu hari. Mudah je sebenarnya nak buat jurnal ni. Be creative okay! Cehhwahhh.


Apa-apa surat rasmi yang korang dapat boleh je tampal kalau berkaitan.
            
Sektor kerajaan banyak sangat mesyuarat yang selalu diadakan, banyak kali juga kami dapat makan free. Berat badan tu memang naik dengan jayanya. Nasib bulan puasa dapat turun dengan jayanya. Lega sekejap, lepas raya fuhhh naik semula. Masuk poli turun sikit demi sikit. Syukur. Bila ada mesyuarat selalunya akan diedarkan surat notis pemberitahuan untuk semua staff yang terlibat termasuk pelajar pratikal. Disebabkan kebuntuan idea maka notis pemberitahuan tu jangan dibuang, korang ambil pergi potostat dan tampal dalam jurnal. Siap sudah aktiviti untuk sehari tu, kalau difikirkan takkanlah mesyuarat tu satu hari kan. Betul tak? Nak panjangkan dan penuhkan buku jurnal korang explain sikit apa isi kandungan yang dibangkitkan ketika mesyuarat itu diadakan. Simple and easy as ABC. Settled.

            Tips seterusnya jika ada hari cuti umum ataupun aktiviti rasmi yang melibatkan anda perlu ke luar dari pejabat tu, just tampal je kertas aktiviti yang korang dapat tu untuk hari berkenaan di dalam buku jurnal. Untuk cuti umum tu just tulis je cuti umum apa pada hari tu. Contohnya Cuti Kemerdekaan yang ke-100..CONTOH!.


Public Holiday, siap satu hari...hehe. mudah aje kan???


            Tips seterusnya untuk pelajar IT, anda pelajar IT. Tolong rajinkan diri anda update website firma. Bonus yang besar tu. Sumbangan yang dapat anda salurkan kepada firma tempat anda jalani pratikal. Untuk jurnal anda nanti ambil gambar website sebelum anda update, semasa anda update dan selepas. Kemudian anda terangkan dalam buku jurnal anda apa yang anda telah lakukan pada website firma tersebut. Untuk hari seterusnya anda ceritakan sedikit demi sedikit event ataupun notis ataupun aktiviti yang anda update di dalam website.

  Masih blur nak siapkan jurnal harian anda?


Gambar atas kiri: Design Poster yang Hanis kena create, guna photoshop cs5
Gambar atas kanan: Update web firma
Gambar bawah kiri:  Surat perasmian Hari Integriti, Hanis dilantikkan untuk bertugas selama 3 hari berturut-turut. Tampal je kertas tu untuk jurnal 3 hari dah siap
Gambar bawah kanan: Database yang Hanis kena siapkan. Hanis guna mysql dan borang kaji selidik yang Hanis kena buat.


                      Catitkan bagi rumusan untuk seminggu sangat mudah, anda cuba summarize kana pa aktiviti yang anda lakukan selama seminggu dan tulis secara ringkas. Kalau politeknik tempat Hanis belajar dia minta senarai kesan dan impak kepada pelajar. Lepas tu kena minta pengesahan boss/ketua/pegawai kat firma tu untuk semak jurnal anda.

Wajib buat senarai ringkas kerja yang korang buat. Contohnya seperti
01/08/14- Update antivirus di pc office
02/09/14- faks surat kepada persatuan xyz
03/10/14- Pasang LCD monitor di bilik meeting
Tips terakhir yang Hanis nak kongsi dengan korang sebelum terlambat dan korang pergi melangkah jauh dan Hanis harap korang takkan menyesal di kemudian hari.  Kalau korang sibuk sangat seminggu minggu tu, just list out kat buku nota kecil(wajib sediakan notebook untuk catit apa-apa sahaja yang berlaku). List out simple je agar korang akan ingat apa yang korang buat hari sekian sekian. Kalau rajin, catit sikit langkah-langkah yang korang buat pada hari sekian sekian. Hujung minggu ataupun hari khamis atau jumaat sebelum cuti minggu korang mesti siapkan jurnal seminggu. Jangan dibawa ke minggu seterusnya tanpa di update apa-apa. Nanti korang akan rasa terbeban. 




Pengalaman Hanis sendiri tak update jurnal selama dua minggu sebab sibuk aktiviti luar. Masuk minggu ketiga Hanis rasa malas nak siapkan jurnal sehingga masuk sebulan Hanis tak siapkan jurnal. Bila dapat tahu pegawai LI nak datang buat penilaian waktu tu memang kalut habis. Nasib baik Hanis ada buat list out dengan pensel di setiap helaian jurnal Hanis. Walaupun tak perfect tetapi 30-40% membantu Hanis untuk mengimbau kembali aktiviti yang Hanis lakukan selama sebulan yang lalu.
Kalau banyak penerangan boleh buat poket cute macam Hanis buat ni.
Akhirnya segala usaha gigihku selama tu mendapat pujian daripada pegawai LI yang buku jurnal Hanis yang terbaik. Sentiasa updatedengan aktiviti harian dan disemak sentiasa oleh boss tempat Hanis LI. Walaupun dia tak tahu Hanis pernah sebulan tak update jurnal Hanis, gelabah puyoh kau nak siapakn jurnal yang sebulan tak update dalam tempoh seminggu. Fuhhhh menyesal den. Taubat tak nak buat dah.

GOOD JOB!!! happy ya amat time ini.


Last but not least, Hanis berjaya tamatkan latihan industri Hanis dengan jayanya. Alhamdulillah syukur. Bagi sesiapa yang inginkan contoh menulis laporan/report pratikal/latihan industri Hanis untuk panduan korang menulis report LI korang nanti bolehlah email ke [email protected] (Subject: Saya nak minta report LI Hanis untuk dijadikan panduan saya). 


LEPAS TU KENALKAN LAH DULU DIRI KORANG. JANGAN TERJAH TERUS EMEL NAK MINTA REPORT. HANIS TAK SUKA ORANG MACAM TU. TAK ADA BUDI BAHASA KIRANYA TU. 


Macam nak masuk rumah orang pun kena bagi salam kan. Minta izin dahulu. 
Cara itu lebih menyenangkan semua pihak.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan report Hanis selepas ini , Hanis akan bagi dengan beberapa syarat. Hanya yang betul-betul ada komitmen sahaja Hanis benarkan. Sila email Hanis untuk maklumat lanjut. Boleh email Hanis dulu, nanti kita chit chat.







Report Hanis Alhamdulillah terbaik. Tapi report Hanis tu dalam English ye disebabkan kos Hanis belajar mostly dalam English so kitaorang dinasihatkan untuk buat semua dalam English since my jurnal pun English y’alls. Nak contoh ke nak copy paste just email Hanis. 


Disini Hanis ada kongsikan pengalaman intern Hanis. Apa yang Hanis buat, semuanya Hanis kongsikan di entry di bawah ini.

(Nak baca just click tajuk sahaja)








 Selamat maju jaya kepada anda yang bakal menjalani latihan industri. Carilah pengalaman sebanyak yang mungkin. 


Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry.   

41 comments:

  1. info yang menarik...
    Follower #491

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih daun keladi,
      lain kali jemput singgah lagi

      Delete
  2. akak baru abis latihan industri sem lepas n siapkan juga report..hihi
    tapi akak 2 bulan setengah jew..hihi
    salam perkenalan smbil follow kat sini.
    jemput singgah blog sy..

    ReplyDelete
  3. salam, check your email. TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. done. Semoga ianya dapat membantu sis untuk menyiapkan report pratikal nanti

      Delete
  4. Replies
    1. done. Semoga ianya dapat membantu sis untuk menyiapkan report pratikal nanti

      Delete
    2. done. Semoga ianya dapat membantu sis untuk menyiapkan report pratikal nanti

      Delete
  5. assalamualaikum...hanis,nnt tolong check email awak ye?tq =)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..kindly check your mail =)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...check email awak ye?tq =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam nadhirah. rasanya dah reply kan email awak tu? kalau belum terima tolong resend sekali lagi l. Thanks dear :)

      Delete
  8. assalamualaikum cik hanis, saya dah email cik hanis.. harap cik hanis dapatlah email saya tu sebab saya pon tak berapa nak pandai sangat pakai email ni. kalau tak dapat cik hanis boleh lah email saya di ( [email protected] )

    ReplyDelete
  9. check your email. tq. as soon as possible :)

    ReplyDelete
  10. check your email. tq. as soon as possible

    ReplyDelete
  11. Tahniah Cik Hanis dah bagi tips penulisan jurnal dengan pembaca (especially student yang sedang/akan LI). Mr Joshua here...Pegawai UPLI PKS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG, mr joshua is here..tq for your tips before...

      Delete
  12. Assalam cik Hanis check email nanti ya..

    ReplyDelete
  13. Assalam cik Hanis check email nanti ya..

    ReplyDelete
  14. Gamba tu awak print biasa je ke, pakai kertas A4 and bercolor ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Print berwarna, saya guna kerta A4 Double A :)

      Delete
  15. Salam cik hanis check email nanti ya

    ReplyDelete
  16. sis nk mntk tunjuk ajar dr sis bole ke ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh emel segala pertanyaan di emel saya [email protected]

      insyaAllah segala keraguan sis akan terjawab nanti :)

      Delete
  17. sis check email ae :)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum. sis check email ea. terima kasih. info yang sangat menarik

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum. sis check email ea. terima kasih. info yang sangat menarik

    ReplyDelete
  20. Hai sis...check email yaa

    ReplyDelete
  21. sis check email :) thank you

    ReplyDelete
  22. sis check email :) thank you

    ReplyDelete
  23. salam.. check your email. tq :)

    ReplyDelete
  24. Salam cik hanis, mohon check email ye 😉

    ReplyDelete
  25. Salam cik, boleh cek e-mel saya di inbox?

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com