20 November 2014

Percutian Bajet: Waterfront Kuching, Sarawak

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Bercuti, travel ataupun holiday ke sesuatu tempat yang menarik pasti suatu yang mengembirakan. Siapa yang tak suka kan. Cuma apabila memikirkan bajet yang perlu dikeluarkan tu semua orang pening kepala. Baru-baru ini Hanis dan kawan-kawan ada pergi bercuti pendek lebih kepada percutian bajet. Tujuan percutian kali ini adalah bagi meraikan hari kami tamat latihan industri di tempat kerja masing-masing. Tempat yang menjadi pilihan kami kali ini pun area Kuching sahaja. Save budget! Kami sekumpulan 5 orang, datang dari 5 tempat yang berbeza dan bertemu di Kuching untuk bercuti bersama-sama. Sebenarnya Hanis pernah berkongsi pengalaman Hanis bercuti di Kuching pada tahun 2012 yang lalu. Dah lama sangat tu, boleh terjah entry Hanis di bahagian JOM BERCUTI

Baru lepas presentation, keletihan sehingga ada yang tertidur
Perjalanan Hanis bermula dari Sibu, Hanis pergi Kuching naik kereta bersama keluarga Dayang Farahin. Kawan Hanis dari Sibu, Shirley menggunakan flight tambang murah rm 58.00 ke Kuching dengan menggunakan Air Asia. Dengan tagline "Everyone Can Fly", percayalah anda mampu pergi ke destinasi yang diidamkan di mana sahaja jika ada duit lah. Malam selepas kami semua presentation hasil latihan industri di Politeknik masing-masing, Hanis terus pergi ke Airport untuk menjemput Shirley yang datang dari Sibu. Dia sampai Kuching dah malam sikit, sebab ambil tiket paling murah flight dapat malam.

Pada hari pertama percutian kami di Kuching, kami sekumpulan pergi makan di kawasan makan open air berdekatan Hotel Aref, dekat dengan masjid lama di Jalan India Street, Kuching. Pengangkutan kami bergerak ke sana sini adalah menggunakan kereta peribadi milik kawan Hanis, iaitu Dayang Farahin. Bermalam pun kami semua menumpang di rumah dia.

Dari kanan anda memperkenalkan Dayang Farahin, Sharifah Soffea, Amanda Junn
dan Saya penulis blog ini, Hanis Zulaikha.

Photographer: Shirley
Sambil berbual dan berbincang tentang tempat yang bakal kami lawati seterusnya, kami menjamu selera di kedai makan dan memilih Nasi Ayam Penyet. Sedap juga sambal ayam penyet kali ini.


Bermulalah percutian kami berlima.

Walaupun ayam tu terlalu garing tapi sambal dia cukup rasa. Kecur pula apabila mengimbau kembali. Kos untuk seorang makan di sini hanya RM7 untuk Nasi Ayam Penyet, dan segelas air ais lemon tea RM1.50



Selepas makan malam, Hanis bawa Shirley and the gang pergi ke Kuching Waterfront untuk menikmati permandangan di waktu malam. Seriously time ini Hanis lupa sangat nak ambil gambar panorama Waterfront di waktu malam sebab terlalu excited.



Sambil berjalan di tebingan sungai rajang ini Hanis bawa Shirley dan Amanda pergi membeli sedikit hasil kraf tangan buatan orang Sarawak untuk dijadikan kenangan semasa kami bercuti di Kuching kali ini. Hampir RM 60.00 kami membeli barang. Tak sangka banyak juga yang kami beli walaupun kecil-kecil je rupanya. Hanis beli ni kongsi dengan Shirley. Bayar sekali boleh minta murah sikit. Harga asal hampir mencecah RM 70++




Hanis lebih suka membeli kicen dan fridge madget untuk dijadikan kenangan.
Bracelet tu untuk diberikan kepada adik-adik


Sebenarnya, sehari sebelum Shirley datang ke Kuching Hanis dan kawan-kawan yang lain dah pusing melawat satu Kuching Waterfront ni. Kami berjalan dari tempat parking kereta sehingga penghujung waterfront. Lenguh kaki jugalah. Tapi yang penting semua bersuka ria bagi meraikan hari kemenangan selepas menamatkan latihan industri dengan jayanya. Alhamdulillah.

Kenangan kami berempat without Shirley. Sorry ya amoi.


Kenangan berhadapan DUN Kuching.
Jika mahu bermalam di Bandar Kuching tapi mahukan kos yang murah boleh bermalam di Hotel Aref berdekatan tempat makan yang Hanis pergi makan tapi. Memang bersebelahan. Semalam tidur kat situ baru RM 70++. Ada aircond, katil king dan boleh tidur dengan nyeyak cuma tapi se-GAH hotel terkemuka yang lain.  Nak murah lagi boleh sewa homestay jika ramai orang. Homestay murah di kawasan Kuching boleh sewa di Homestay Murah

Kos Percutian Bajet kali ini
Tiket Penerbangan dari Sibu ke Kuching pergi balik = RM 116.00
Makan Malam untuk seorang = RM 8.50
Beli Cenderahati = RM 60.00 (kongsi bersama rakan lain)
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama adalah RM 130.50

Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha.  https://www.instagram.com/haniszula1kha/

Percutian Hanis bersambung di Part 2: Percutian Bajet: City One, Kuching

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J 

5 comments:

  1. best nye weyh along.. dapat berjalan-jalan..
    teringin nak tgok waterfront kat sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah kumpul duit datang sini. Nanti along guide yong...hehe

      Delete
  2. Banyak info menarik pasal Kuching ! Kipidap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur. Kalau berminat nak datang melawat Kuching bolehlah jadikan info di sini sebagai panduan

      Delete
  3. untuk promosi 2017..jom gi kuching..

    layari laman kami
    https://cutibajetkuching.wixsite.com/cutibajetkuching

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com