22 October 2014

Resepi Overnight Oat yang mudah dan sedap

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Semenjak Hanis dah masuk dunia pekerjaan ini, Hanis merasakan orang di sekeliling Hanis ramai yang sukakan ke arah kecantikkan tetapi malas bersenam termasuk diriku ini.  Dunia kita di laman sosial sekarang pun banyak dilambakkan dengan jualan produk-produk kesihatan yang mencantikkan kulit muka, menglowingkan(wujud kah perkataan ini??) muka, mencerahkan muka, melangsingkan tubuh badan dan membesarkan $^*^&*, mengecilkan @#$%. Macam-macam lagi lah, pokok pangkalnya kaum hawa seperti Hanis ini memang mudah terjebak dan terpengaruh dengan iklan-iklan yang mengayikkan pandangan mata dengan hasil yang diperolehi walaupun ada kesan sampingan nya. Tak mustahil lah kenapa dan mengapa produk berkaitan wanita/perempuan banyak dihasilkan di pasaran disebabkan kaum hawa senang dipengaruhi. Dari banyak-banyak produk yang ditawarkan di pasaran sekarang Hanis lebih mudah terjebak dengan produk untuk menguruskan badan.

 Diet selalunya dikaitkan dengan kaum wanita. Nak kurus tapi suka makan? macam mana tu? telan ubat kurus makan figure up, makan ubat itu makan ubat ini. Hanis sendiri pernah cuba makan figure up. Sebotol habis, kesannya memang awesome. Tak perlu berdiet ketat dan senaman. Tapi kena jaga makan sahaja. Hampir 5kg berat Hanis turun semasa consume dengan figure up. Bila dah stop, pehhhh beratku terus naik lagi. Bila nak stop? 

Hanis yang dulu

Pertengahan tahun, Jun 2014 berat Hanis 65kg. Jumlah yang terbanyak Hanis pernah capai. Target nak kurus sebelum pratikal nak turunkan berat hingga 60kg. Tapi bila dah masuk dunia pekerjaan, berat 63kg sahaja sehinggalah bermulanya bulan puasa Hanis tak jarang makan nasi. Hanis makan nasi seminggu dua kali sahaja iaitu hari rabu dan ahad. Hari ahad hari cheat day. Hari lain semuanya makan yang berunsurkan kesihatan. Setiap minggu mesti 2-3 akan treadmill sehingga 40-60 minit. Hasilnya memberangsangkan bila berat Hanis turun sehingga 58kg pada sehari sebelum hari raya aidilfitri yang lepas.
  
Selepas memcuba resepi diet selama sebulan. Makan nasi seminggu 1-2 sahaja. Total sebulan Hanis makan nasi 7x sahaja. Hari lain makan sayur, isi ayam, isi ikan dan buah-buahan.
 Untuk tengok resepi yang Hanis pernah cuba sebelum ini boleh refer di CARA HANIS BERDIET 


Lepas hari raya berat Hanis naik ke 60kg semula. Oklah sebab hari raya dulu makan gila-gila punya. Kesannya naik sikit 2kg. Sekarang Hanis rasa pipi dah berat sikit, mata mula sepet bila senyum nampak gigi. Kawan pun ada tegur sikit yang Hanis nampak chubby sikit. Sikit macam mana tu tak tahulah? Yang pasti Hanis baru nak bermula semula diet Hanis selepas berhenti diet lepas raya hari tu. Bila kita dah consume nak diet dan stop tiba-tiba dan nak mula semula memang agak perit.

Setiap bulan Hanis akan join program Walk A Mile yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan di sekitar Sibu. Time ini berat Hanis dalam 60-61kg.



Selepas sebulan kita semua berhari raya Hanis baru nak start semula dunia diet Hanis. Agak sukar nak mula semula sebab dah selalu mengunyah makanan yang bukan-bukan macam keropok atau jajan yang sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. 

Hanis mengimpikan berat ideal macam ini, berat time gambar ni dirakamkan hujung tahun 2013 iaitu 56kg. Berat ideal sebenar adalah 55kg.

Nak kembali kurus punya hal, hari selasa lepas Hanis mencuba satu lagi resepi baru yang tengah hot sekarang nie lepas detox water. Lepas kerja terus pergi beli barang, semangat nak buat membara-bara ni. Menu yang dimasukkan adalah Overnight Oat, oat yang dibiarkan semalam bercampur dengan bahan yang low fat dan dibiarkan semalaman di dalam bekas kaca yang bertutup. 

Antara bahan yang diperlukan adalah seperti di dalam gambar Hanis ni.
Bahan Utama:
Glass Jar agak-agak size besar tapak tangan
(Hanis guna bekas kaca sos prego, nak buang sayang. 
Cuci bersih-bersih simpan untuk buat benda lain)
1 bekas Yogurt 
(boleh pilih perisa kesukaan, Hanis pilih blueberry, 
yang strawberry tu nak buat esok pula )
1/2 biji epal hijau dipotong dadu
(Epal di potong sebelum nak makan baru fresh, 
jangan campur sekali dalam bekas jar tu nanti warna dia bertukar. 
Tak sedap pula nanti)
1 cup oat plain 
(Hanis guna yang plastik merah)
3 sachet brown sugar 
(Hanis guna yang gula kat Hotel tu ja, jimat)
1 cup susu low fat 
(Hanis lebih prefer brand dutch lady)

Bahan Hiasan lain:
Boleh campur Raisin, brown sugar boleh digantikan dengan honey, buah epal tu boleh ditukar juga dengan buah strawberry, blueberry etc. Masukkan buah bila kita nak makan. Baru fresh dan yummy.

Cara-caranya:
1) Masukkan oat didalam glass jar, Hanis buat layer. Oat diselang-selikan dengan yogurt. (refer gambar Hanis)
2) Pastikan layer bawah dan atas sekali adalah oat. Masukkan brown sugar/honey

3) Hiaskan dengan raisin dan bahan hiasan kesukaan anda kecuali buah-buahan.

4) Masukkan susu low fat perlahan-lahan. Jangan dikacau. 
5) Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Disarankan buat malam, keesokkan harinya boleh bawa pergi office makan pagi di office. Nanti kawan tanya makan apa bolehlah ajak mereka cuba bersama.

Size ini Hanis makan dua kali baru habis. Makan pagi dan lunch. Sedap dimakan ketika sejuk.

Siapa ada instagram bolehlah follow gambar dan juga menu sihat Hanis di @haniszula1kha untuk tengok tips yang Hanis kongsikan setiap hari.  InsyaAllah


Selamat mencuba, dah cuba bolehlah share pengalaman bersama Hanis. 
muahhhhhhh xoxo!

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

34 comments:

  1. Nanti kite nak cuba jugak lah!
    Macam sedap je.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wajib mencuba resepi ini sebab boleh kurangkan kolestrol dalam badan.

      Delete
  2. Salam kenal..hi hanis
    Baru teruja nk cuba oats ni..
    Blogwalking here..thanks share recipe

    ReplyDelete
  3. salam kenal juga dari saya.
    Hi Zayyani.
    Bolehlah cuba resepi oat tu. sure awak akan happy dengan hasilnya nanti

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak , buat oat nie boleh kuruskan badan tak ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dear hidayah, boleh kurangkan berat badan saja. Kalau nak kurus tu kena buat senaman dan kurangkan pengambilan karbo. That why akak kurang makan nasi time diet nie

      Delete
  5. As salam..Bagus juga oat ni..Breakfast yg sangat bagus.

    ReplyDelete
  6. nyummeh..dah lama cari cmna nak buat overnite oat..bru jpa..hihi..im really gonna try diz..

    ReplyDelete
  7. your ig apa ye hanis?hz_zulaikha?xjumpa pun i nak follow,:) , i punye @hidayah244

    ReplyDelete
  8. Oat ni kene masak dlu x sebelum buh dalam bekas kaca tu?

    ReplyDelete
  9. Jalan jalan terjumpa resipi ni,yay! Mekaseh sudi share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan lupa try tau. InsyaAllah akan sedap

      Delete
  10. nak try laa nanti.. so sedap ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAJIB try.. u should try it...pasti jatuh hati

      Delete
  11. Nak tny, oat ni ada 2 kan,yg mana 1 Nak pilih ya.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pilih yang mana2 awak suka. saya guna yang packaging merah je...:)

      Delete
  12. Tq Hanis 4 ur recipe...
    http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=Niniqaisara

    ReplyDelete
  13. kalau nak mkn msti gaul smua ke sis? gaul smpai bwh pas tu mkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye awak. mesti gaul bagi rata dan baru enak untuk menikmatinya

      Delete
  14. Nak tanya dia kalau makan pagi agak agak tahan perut sampai bila ek.. Nak buat cadangan sahurrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada kuantiti dan buah2an yang sis gunakan.

      Delete
  15. sy br nk try resepi ni..mudah-mudahan sy Berjaya capai target berat yg sy impikan...

    ReplyDelete
  16. sy pun nak cubalah resepi sis..mudah-mudahan sy dpt capai berat yg sy impikan..

    ReplyDelete
  17. Klu nak sihat lg. X payah letak gula tu. Buah2an dah cukup manis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga tu sis, ikut citarasa masing2 ;)

      Delete
  18. N oat tu.. Tuang air panas kasi masak dlu bru senang telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu guna air panas sebab oat tu dah memang sedia untuk dimakan. :)

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.