13 October 2014

Pengalaman Bercuti di Palm Beach Resort,Sematan

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Sarawak? Negeri yang terbesar sekali di Malaysia. Ramai pengunjung luar selalu datang melawat Sarawak kerana keunikkannya yang tersendiri. Bagi Hanis negeri Sarawak nie best kalau nak melancong pergi tengok tempat-tempat yang menarik dan mencuba makanan yang lain daripada lain. 

              Tetapi jarak antara tempat yang menarik tu terlalu jauh. Contohnya tempat menarik di Kuching seperti Jong Crocodile, Kampung Budaya etc. Di Miri seperti Gua Niah, Di Bau seperti Tasik Biru, Gua Angin etc. Walaupun Kuching, Sibu, Miri, Bau, Bintulu tu dalam satu negeri tetapi jarak antara satu sangatlah jauh. Jarak Kuching dengan Sibu pun dah hampir 6 jam kalau naik kereta. Kuching-Miri 12 jam naik kereta. Nak cepat naik flight adalah yang terbaik.

                  Hanis pun nak kongsikan pengalaman Hanis pergi bercuti di Semantan, Lundu. 3 jam dari Kuching. Kami pergi naik kereta dari Sibu. Perjalanan Sibu-Kuching memakan masa hampir 6 jam. Sebelum ke Semantan, Hanis sekeluarga bermalam semalaman di Kuching. Di Kuching, Hanis bermalam di Merdeka Palace Hotel. Antara hotel yang terbaik di Kuching. Nanti Hanis kongsikan di entry yang lain. Keesokkan harinya barulah kami sekeluarga bertolak dari Kuching untuk pergi bercuti di Semantan.


                   Perjalanan nak ke Semantan tersangatlah boring. Lepas tengok movie, makan jajan. Lepas tu tidur, bangun tidur tengok luar belum lagi sampai. Masih bergerak di atas jalan yang kadang-kadang terasa macam naik kuda. Keadaan jalan raya kat sini memang tak tiptop seperti jalan lebuhraya plus utara selatan tu. 

                   
Selepas 3 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di kawasan yang tersangatlah awesome bagi Hanis.


Jauh bebenor tempat awak nie, nasiblah cantik.
Kawasan tempat letak kereta.
Pemandangan yang sangat cantik
Bilik resort nie pun cantik juga. Selesa kita tidur

Resort ini ada kolam untuk berendam-rendam tapi air masin. Barangkali sedut air laut tu kot
Selepas check-in tengok bilik semua, Ayahanda Hanis ajak makan. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Makan siapa tak suka memang rugi.

 Dengar makan saja terus semua keluar cepat nak gi cafe makan. Mengalahkan drebar yang bawa kereta je.
Muka kelaparan sangat tu kak ngah, moonrobi

View dari belakang cafe. Menghala ke pantai. Cantik kan??

View cafe dari depan. 

Makanan lunch untuk first day kami di Semantan Resort.
Lepas lunch masuk bilik beradu seketika sementara menanti waktu asar masuk. Tak sabar nak tunggu petang menjelma sebab Hanis nak berendam sepuas-puasnya dekat swimming pool. Nak mandi laut tak berani sangat sebab air tengah pasang. Ombak pun bergelora dengan ganas. Keselamatan haruslah dijaga.

Terlajak tidur, bangun asar tengok dah pukul 5.30pm. Lepas solat terus tukar baju nak pergi bergambar sampai kecut jari.

Secara keseluruhan hari pertama ini tersangatlah happening dan best. Next entry untuk hari kedua di Sematan Resort akan menyusul kemudian.

Gambar kenangan di Semantan Resort.



1 comment:

  1. Wah..bestnyer..klo g srwak leh la jln2 kt sni..

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.