29 August 2014

JUBAH MURAH ada lagi ke orang jual.


♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Sudah lama Hanis tak update blog kesayangan Hanis nie. Sekarang Hanis sedang menjalani pratikal di Sarawak. Tak sabar nak tunggu tamat pratikal pada 5 december nanti. Rasa penat pula bekerja sebab hari-hari kena bertukar-tukar baju, shawl, skirt, seluar, kasut, beg dan kena hadap trafik jammed kalau bawa kereta. Ya Allah, betul-betul membuatkan diriku ini semakin stress. 

             Dalam seminggu, ramai yang tak suka hari isnin sebab kena bangun awal siapkan diri pergi kerja, sekolah dan sebagainya. Tapi bagi Hanis, Hanis paling tak suka hari Ahad sebab hari Ahad Hanis kena sediakan baju untuk pergi kerja selama 5 hari kalau ada program ataupun aktiviti tambahan selalunya hari Sabtu kena tambah lagi satu hari kena fikir baju apa yang nak dipakai. 


Macam inilah keadaannya

                Bila dah pratikal ini baru terfikir nak masuk belajar semula, sebab time belajar boleh pakai baju t-shirt dan skirt rembat tudung sarung terus turun pergi kelas. Simple. Tapi bila time rajin baru pakai baju kurung, dress ataupun belit-belit shawl. Walaupun banyak pakaian di dalam almari tu, tapi Hanis tetap rasa tiada baju yang sesuai dipakai. Sanggup duduk di depan almari fikir baju apa yang nak dipakai.




                   Sebulan nak pratikal Hanis dah start cari dress baru, dah nama pun perempuan tak sah kalau tak shopping baju atau tudung . Walaupun tidak kerap tapi sebulan sekali mesti ada barang baru yang dibeli untuk dipenuhkan didalam bilik. 


Di Sibu, Sarawak ini tempat untuk  shopping pakaian wanita sangatlah susah nak jumpa. Butik pakaian wanita ada tapi harga yang ditawarkan sangat membuatkan hati Hanis rasa terus taknak beli sebab terlalu mahal. Maklumlah Hanis masih lagi belajar dan mengharapkan duit dari pemberian ibubapa walaupun dah buat side income yang lain. Tetapi masa depan Hanis masih panjang, duit yang ada perlu berjimat dan simpan sedikit untuk perbelanjaan dewasa nanti. Pilihan terakhir Hanis selalunya adalah online shopping. Secara jujurnya online shopping lagi menjimatkan dari segi kos jimat, masa, air, bil etc. Buat bajet baju yang nak dibeli, search google cari baju yang dikehendaki, kemudian deal dengan peniaga. Hanya 3 cara mudah tu je baju kita akan sampai di depan rumah dalam tempoh tidak melebihi seminggu. 

Jika dibandingkan membeli pakaian secara online sangat menjimatkan berbanding pergi keluar membeli di kedai-kedai pakaian ataupun butik pakaian yang memerlukan kita untuk mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Tak percaya? 

 Kos pertama mestilah minyak kereta, masa nak bersiap pakai baju, lilit shawl, pakai mekaup lagi.
Kos seterusnya kalau keluar beli baju mesti singgah kedai makan, isi perut yang lapar supaya dapat shopping dengan senang hati.
Kemudian bertambah lagi kos kalau sepanjang perjalanan kita tu ada terjumpa kedai barangan cenderahati yang cute miut lawa macam hello kitty ke rilakuma ke mesti grab satu atau dua. Secara keseluruhan bajet nak beli baju dari RM100 bertambah kepada RM150++


Helloooo!!! sekarang pergi masuk instagram cari #bajumurah ke #dressmurah ke #dressbelowrm50 ke...Mengucap panjang tau tengok ramai yang jual baju murah-murah belaka. Hanis pun dah terjebak dengan membeli belah di Instagram. Murah dan jimat.

Setiap kali online Hanis selalu terjah akaun instagram yang jual dress murah-murah sehinggalah wujudnya akaun instashop Hanis sendiri.




Bagi yang tiada akaun instagram boleh klik http://instagram.com/dressbelowrm50


Semua baju, dress, skirts, jubah, kameja yang dijual di http://instagram.com/dressbelowrm50 dijual dengan harga bawah RM50.00 without postage. Setakat ini Hanis jual secara online sebab masih belajar dan ambil order customers pun bila free.

Disebabkan Hanis yang jual semua pakaian wanita tu Hanis perlu laburkan sedikit wang untuk kegunaan Hanis untuk dijadikan testimoni dan juga contoh untuk orang lain melihat betapa gembira Hanis bila dapat memiliki dress yang cantik pada harga yang murah.

Tak percaya???

3 Long dress, 2 top dan 1 kameja strip. Nak tahu harga semua baju tu baru RM 200
 Harga Long dress sehelai baru RM50.00
Top berbunga tu baru RM20 dan RM25 sehelai
Harga kameja strip tu RM28
Jumlah keseluruhan menjadi RM 223. Postage RM 30.
Sebab beli banyak total baru RM250. Murah kan.


Minggu pertama masuk terus bergaya dengan baju baru.


Hari Jumaat kena pakai sopan dari biasa, Jubah menjadi pilihan Hanis. Simple but nice.

Jubah pink menjadi pilihan hati.

Top RM20 menjadi pilihan hati pada hari Khamis lepas.

Collage untuk koleksi pakaian sendiri.

Dress 3 layer menjadi pilihan utama Hanis untuk menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran staff di office Hanis menjalani pratikal.


Kalau ada sesiapa yang berminat  jangan lupa 

whatssap Hanis di no 011 3928 9974
no call ye sayang-sayang sekalian.
WHATSSAP only

untuk sesiapa yang ada Facebook boleh inbox/pm Hanis di 
page GUDANG TUDUNG MURAH ok.

Siapa ada WECHAT bolehlah add akaun dressbelowrm50

Bagi sesiapa yang takde akaun instagram, gambar-gambar Hanis akan sent melalui Whatssap nanti.

Marilah lihat koleksi dress yang Hanis jual.
:)



Sesiapa yang berminat tapi takde akaun instagram bolehlah klik


-HAPPY SHOPPING HERE-

Siapa ada instagram bolehlah follow @hz_zulaikha.  http://instagram.com/hz_zulaikha 

2 comments:

  1. cari info ke bintulu..jumpa blog kamu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah pergi bintulu dulu, Selamat berkunjung ke blog saya kak ina

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com