8 July 2014

Cara nak kurus di bulan puasa

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Dah masuk minggu kedua, umat Islam menyambut ramadhan al-mubarak. Sejak minggu pertama lagi Hanis mula take clean food dan berazam puasa kali ini dapat turun berat 6-10kg. Kalau puasa sebelum nie Hanis selalu dapat turun 5kg je, itupun menurut uncle Hanis bukannya berat sepatutnya dibuang, tapi air yang berkurang. Bermula 1 ramadhan Hanis mula search google tentang cara-cara nak kurus dengan sihat. Kesimpulannya muncullah entry kali ini. Seminggu yang lalu Hanis dah berjaya turunkan 2.6kg daripada berat asal.

Start 1 ramadhan juga Hanis tak sentuh nasi hanya hari Rabu, manakala hari Sabtu hari Cheat Day. Exercise 3 kali seminggu, Hanis buat just buat senaman ringkas. Selepas terawih Hanis treadmill selama 35 minit pada 2 ramadhan (Isnin) selepas terawih, habis jogging rehatkan badan kejap sambil minum teh hijau dan makan buah kiwi kemudian terus mandi dan tidur. Bangun esok pagi rasa segar sikit. Hari Rabu Hanis buat treadmill lagi 45 minit gara-gara termakan nasi beriani ayam madu 1 cawan, naik 0.6kg. Nafsu tertawan sebab pergi bazaar dan terbeli nasi beriani. Menyesal pun dah tak guna. Bila Hanis check kalori nasi beriani tu ada 455 kalori. Ohh makkk pengsan sekejap.

Hari Khamis(5 ramadhan) Hanis start semula clean food, resepi Hanis akan kongsi dibawah nanti. Hari Sabtu(7 ramadhan) yang dinanti-nantikan oleh Hanis, cheat day kali nie Hanis buat pai ayam and my housemate buat pai epal. Kesannya berat naik 0.4kg. Maka malam tu lepas terawih Hanis treadmill hampir 60 minit. Kejap lari laju kejap jalan laju, jalan sederhana hinggalah penat. Hari Ahad Hanis relax sikit sambil buat squat 20-30 minit sambil tengok Nona. Begitulah rutin Hanis untuk seminggu pertama untuk kekal langsing dan sihat. Hasilnya Hanis berjaya turunkan berat 2.6kg.
 
Mesti lari perlahan-lahan selama 30 minit ke atas, kalori mesti kena
buang 100 cal baru lemak tepu akan mula dibuang.


            Untuk menu sihat Hanis kali ini banyak ikut jari jemari sendiri sebab nak rasa tak boleh sebab puasa jadi main ikut rasa hati je dan bau hidu sikit makanan tu time masak. Rasa dah wangi kira sedap lah tu. Alhamdulillah memang sedap pun. Hanis juga selalu pesan kat diri yang nasi kena makan hari Rabu sahaja. Hari Isnin-Ahad hanya boleh makan menu yang terdiri daripada sayur-sayuran macam carrot, tomato, brokoli, kacang peas, kentang, dan juga isi ayam. Untuk minuman Hanis lebih prefer pada jus buah-buahan seperti kiwi, sunquick, tembikai dan juga carrot dicampur dengan susu low fat dan kurma.
  

Menu 1 Ramadhan gambar cari tak jumpa.

Menu 2 Ramadhan

Untuk menu berbuka pada 2 ramadhan Hanis masak simple-simple je, Nama resepi Hanis tak tahu sangat sebab bahan main campak-campak je.

::Resepi Diet pertama Hanis::
Bahan-bahan
2ketul ayam dibuang lemak dan kulit
4biji buah tomato
5pcs kacang peas
daun saderi
sedikit garam, kunyit dan lada hitam

Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam, kunyit dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dalam pemanggang ajaib hingga masak.
3. Grill sekejap sayur-sayuran yang ditabur sedikit lada hitam.
4. Hidangkan. 

::Resepi Air Diet pertama Hanis::
Bahan-bahan
1 batang Carrot
1 cawan susu cair/1 cawan susu low fat
3pcs kurma

Cara-caranya:
Blend semua sekali kecuali kurma.
Carikkan kurma dan masukkan dalam air jus tadi.
Hidangkan bersama ais ketul.


Menu 3 Ramadhan





Untuk menu berbuka pada 3 ramadhan Hanis pelbagaikan masakan kali ini. 

::Resepi Diet Kedua Hanis::
Bahan-bahan
5pcs kacang peas
1/2 carrot
2 biji telur ayam
2 pcs tomato
3/4 bawang holland
sedikit black pepper dan garam
sedikit butter

Cara-caranya:
1.Panaskan kuali bersama butter. Goreng telur ayam bersama black pepper dan garam. Ketepikan
2. Tumiskan bawang holland hingga layu.
3. Masukkan semua sayuran dan campurkan sedikit black pepper.
4. Hidangkan.

Menu kedua yang bulat-bulat hijau putih tu adalah buah melaka bersalut oat. Untuk Hanis bonda asingkan dan Hanis salutkan buah kelapa tu dengan oat dan untuk ahli keluarga yang lain bonda salutkan dengan kelapa+garam. Simple but delicious. Alhamdulillah.

::Resepi Air Diet Kedua Hanis::
Bahan-bahan
1pcs buah kiwi dibuang pulur di tengahnya.
1/2  cawan susu cair/1 cawan susu low fat
3pcs kurma

Cara-caranya:
Blend semua sekali kecuali kurma.
Carikkan kurma dan masukkan dalam air jus tadi.
Hidangkan bersama ais ketul.


Menu 4 Ramadhan


Menu ayam sudah menu telur ayam pun sudah, masuk hari ke 4 kita berpuasa Hanis cuba menu Ikan pula. Not bad dan jus carrot sekali lagi

::Resepi Diet Ketiga Hanis::
Bahan-bahan
5pcs kacang peas
1 pcs tomato
2 ketul isi ikan tenggiri
sedikit black pepper dan garam
sedikit butter

Cara-caranya:
1.Gaulkan ikan tenggiri bersama black pepper dan sedikit garam
2. Griskan pemanggang ajaib dengan sedikit butter dan masukkan ikan tenggiri. Panggang hingga masak. Tak lama pun isi ikan nie nak masak. Lebih kurang 5 minit je.
3. Masukkan semua sayuran dan campurkan sedikit black pepper.
4. Hidangkan.

::Resepi Air Diet Ketiga Hanis::
Bahan-bahan
1 batang Carrot
1 sudu besar brown sugar
1  cawan susu low fat

Cara-caranya:
Blend semua.
Tambah beberapa ais ketul  dalam air jus tadi.
Hidangkan ketika sejuk.

Menu 5 Ramadhan
Untuk menu berbuka pada 5 ramadhan Hanis agak mewah sikit dengan sayur-sayuran sebab bonda baru beli stok dapur, alang-alang parents Hanis dah tahu yang anaknya ini sedang dalam mood untuk kuruskan berat badan maka Hanis bagilah list bahan mentah yang Hanis perlukan sebab menu semua ini Hanis kena masak sendiri. Kuantiti kali ini untuk sekeluarga makan(3-4 orang makan)

::Resepi Diet Keempat Hanis::
Bahan-bahan
10pcs kacang peas
4 pcs tomato
2 tongkol jagung
1pcs carrot
4 ketul isi ayam
1 sudu besar sos lada hitam
sedikit black pepper 

Cara-caranya:
1.Gaulkan ayam bersama black pepper dan sos tiram
2. Masukkan ayam didalam loyang kecil untuk dikukus nanti.
3. Masukkan semua sayuran dan kukus dalam air mendidih selama 10-15 minit.
4. Hidangkan.

::Resepi Air Diet Keempat Hanis::
Bahan-bahan
1 uncang teh hijau
1 cawan air panas
1/2 jus limau kasturi

Cara-caranya:
1.Campurkan semua sekali. 
2. Lepas 2 minit buang uncang teh tersebut.

Menu 6 Ramadhan


Untuk menu ke 6 ramadhan lebih kurang macam menu 5 ramadhan juga cuma untuk minuman Hanis buat jus kiwi dengan susu cair.

::Resepi Air Diet Kelima Hanis::
Bahan-bahan
1pcs buah kiwi dibuang pulur di tengahnya.
1/2  cawan susu cair

Cara-caranya:
Blend semua sekali kecuali kurma.
Carikkan kurma dan masukkan dalam air jus tadi.
Hidangkan bersama ais ketul.


Menu 7 Ramadhan

Seperti Hanis beritahu kat awal entry tadi, Setiap minggu hari sabtu merupakan cheat day bagi Hanis, kira macam reward sikitlah untuk diri Hanis setelah 5 hari lain berjaya melepasi cabaran untuk tidak menyentuh nasi kecuali hari Rabu, itu pun kalau nak makan nasi kena makan hari Rabu if not makan jelah roti ke kek ke tapi masih dalam kuantiti setengah dari kuantiti yang selalu diambil sebelum ini. Menu untuk cheat day nie Hanis akan kongsikan pada entry yang lain sebab banyak gambar yang Hanis nak paparkan untuk resepi Pai Ayam dan juga Pai Epal tu. First time Hanis buat pai tu..rasanya sangat mengembirakan my tummy. Boleh buat lagi next time tapi kena tunggu capai berat ideal dulu baru boleh buat lagi kot. Selain dari pai tu Hanis buat menu diet Hanis juga untuk santapan ketika berbuka. Resepinya boleh rujuk resepi pada 4 ramadhan kalau tak silap. Resepi diet Hanis nie main kitar semula balik, kalau semalam buat sedap lusa atau tulat Hanis akan buat lagi hinggalah Hanis rasa bosan baru cuba resepi baru yang lain pula.

           
 Menu 8 Ramadhan
Penghujung minggu lalu Hanis cuba buat stew ayam, rupanya cara nak buat stew ayam nie macam buat sup ayam je.

::Resepi Diet Keenam Hanis::
Bahan-bahan
4pcs bawang putih
2pcs bawang merah
1cm halia
1pcs carrot dipotong besar ibu jari
1 cawan  isi ayam dipotong dadu
1 pcs kentang dipotong 6
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
1pcs sup bunjut
2 cawan air
sedikit garam
1sudu kecil tepung jagung dicampur dengan sedikit air.

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang dan halia hingga halus.
2. Tumiskan dalam periuk sederhana besar. Masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam, gaulkan hingga separuh masak.
4. Masukkan carrot dan kentang. Masukkan air. Masak hingga kuah mendidih.
5. Masukkan tepung jagung.
6. Masak dalam lebih kurang 10-15minit.
7. Siap untuk dihidangkan.

Minuman untuk berbuka Hanis minum air teh hijau campur dengan sedikit halia yang dicincang halus untuk buang angin.

Selamat mencuba resepi yang Hanis dah cuba nie, make sure makan sekali sehari je tau. Kalau lapar sangat tu makan oat yang dicampur susu ataupun makan buah tembikai banyak-banyak. Malas sangat minum je air kosong banyak-banyak. InsyaAllah kalau ikut apa yang Hanis dah cuba nie berat badan anda akan berkurang dalam 2-3kg seminggu dengan sedikit workout. Hanis akan buat workout selepas balik dari terawih sambil tengok drama ataupun dengar lagu yang rancak. 


Belum ada baju raya boleh singgah di facebook page Kain Batik Songket Sarawak bawah RM20 ataupun akaun intagram Kain Songket Sarawak Murah

Siapa ada instagram bolehlah follow gambar dan juga menu sihat Hanis di @haniszula1kha untuk tengok tips yang Hanis kongsikan setiap hari. Kalau di blog nie Hanis akan update seminggu  konbo semua resepi sekali. Nanti minggu depan Hanis akan kongsikan resepi baru, harap-harap berat akan turun lagi 3-4kg. InsyaAllah

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J

3 comments:

  1. saja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-) kurang makan time bukak posa bleh bagi kuruih gak

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan resepi ni..mau cuba juga la

    ReplyDelete

  3. Masa paling baik dan pantas untunk mengurukan badan adalah semasa bulan puasa.Ini adalah kerana badan kita akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan ,untuk memenuhi keperluan enerji harian kita.Di saat yang sama juga prosess ini dapat melepaskan bahan-bahan kimia yang diikat bersama dengan lemak itu .Seterusnya,bahan-bahan kimia ini akan dibuang oleh organ-organ yang bertugas untuk detoksikasi.
    EDISI KHAS:Cara Kurus Dengan Cepat Sempena Bulan Puasa Ramadhan

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com