11 June 2014

Resepi Lepat Pisang Mudah dan Sedap

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Siapa yang suka makan kuih tradisional macam Hanis bolehlah cuba Resepi Lepat Pisang Mudah dan Sedap ini. Resepi ni Hanis dapatkan dari nenda di kampung, sebelum buat call nenda di kampung gara-gara nak tanya cara buat Lepat Pisang ini. Nenda pun hairan tiba-tiba rajin nak buat. Camno lah dah teringin sangat nak makan, nak beli kat area sini tak yakin akan tahap kebersihan yang diorang buat. Lebih baik buat sendiri dijamin rasanya. Betul tak?


               Tahap kemanisan dan tahap kelembikkan adunan tu korang boleh ikut kehendak sendiri.


Bahan-bahan ( satu keluarga boleh makan )

  • 30 keping daun pisang dipotong segiempat sama (lap dengan kain bersih dan layurkan di atas api)
  • 15 biji pisang yang dilenyek (Hanis guna pisang makan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 kelapa putih
  • 1/2 sudu besar garam

Cara-cara membuatnya:
Lepat_007
  1.   Layurkan daun pisang atas dapur.
  2.   Pisang yang sudah dilenyek,dicampur dengan tepung gandum,tepungtpg jagung,gula,garam dan kelapa.
  3. Kalau adunan lembut tambah tepung gandum sikit.sebaliknya.
  4.  Adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  5.   Daun dilipat menindih dan lipat kedua-dua hujung untuk membungkus.
  6.   Letak air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat pisang tu. Kukus dalam 20-30 minit, atau sehingga masak


--SELAMAT MENCUBA--


Siapa ada instagram bolehlah follow @hz_zulaikha.  http://instagram.com/hz_zulaikha 

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J 

13 comments:

  1. sedapnye lepat pisang... teringat lepat pisang yg mak mertua buat haritu.. hehehe

    anyway, salam perkenalan.. saya singgah dr segmen kak mialiana.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba buat sendiri pula lepas ini. Salam perkenalan dari saya juga, Hanis Zulaikha

      Delete
  2. dan2 rasa lapaq aihh..mai skit hantaq mai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdan nak hantaq p habis licin dah nie..

      Delete
  3. Alamak..kena letak kelapa ke? Nak try tak letak kelapa la....nak try buat harini.. utk tips kesihatan blh singgah sini www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak letak kelapa pun boleh, lagi rasa lebih pisang...boleh try. Pasti sis akan ketagih nanti..hehe

      Delete
  4. bleh jdi ke nie..anyway nk cuba buat

    ReplyDelete
  5. wah.. kuih fav saya.. lama dah saya cari resipi ni.. tapi tak tau apa nama kuih ni.. akhirnya jumpa juga..ada juga pisang yang dah masak di rumah.. malam ni nak cuba la. Tq <3
    Kalau ada masa boleh singgah di blog saya...
    http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih ni pun fav saya juga. Tapi lagi sedap tanpa letak kelapa

      Delete
  6. Biase mak sy buat x letak kelapa kate nye takut basi btl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis. Kalau letak kelapa ni kena simpan di dalam peti sejuk. Kalau tak cepat basi

      Delete
  7. Hai disana ......kena letak tepung jagung jugak ke? saya ada nampak satu resipe ada letak tepung beras ada yang letak tepung jagung....apa bezanya?

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.