30 June 2014

Puding Jagung mudah dan lazat

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Salam 2 ramadhan, semoga amalan kita diberkati hendakNya.  Hari ini masuk minggu kedua Hanis pratikal di Resident Office dan hari pertama berpuasa disini sambil tu taip entry sekali. Sudah lama agaknya Hanis tak kongsi resepi yang mudah dan simple untuk  memasak, makan dan happy our tummy. Untuk menu berbuka semalam,



Hanis masak simple-simple je. Sambal udang, tomyam seafood, sayur campur, ayam black pepper, dan untuk menu pencuci mulut Hanis buat pudding jagung. Bonda Hanis buat cucur jagung+udang. Baki dari jagung segar yang bonda nak buat cucur tu Hanis gunakan untuk buat puding jagung. Sedap juga. Alhamdulillah.

Tapi entry kali ini Hanis nak kongsi resepi Puding Jagung 30 minit je siap untuk dinikmati. 15minit diperlukan untuk memasak, 15 minit lagi diperlukan untuk disejukkan sebentar didalam peti sejuk. Kemudian sedia untuk dinikmati. Yum..yum..yummy.
Resepi : Puding Jagung

Bahan-bahan:
Secawan Jagung segar (boleh juga guna jagung tin)
½ cawan tepung kastard
½ cawan susu cair
1 cawan air
½ cawan gula pasir

Cara-caranya:
Gaul semua bahan hingga sebati

Masakkan di atas api sederhana hingga pekat dan likat.
Tepung yang masak akan berkilat.


Cedukkan puding tersebut dan masukkan dalam acuan kegemaran anda.


Sejukkan didalam peti sejuk sebentar
Sedia untuk dinikmati.




            Menu untuk bersahur Hanis sangatlah simple tapi tetap berkhasiat. Demi menyahut cabaran untuk kurus bersama Nestle Challenge, Hanis sanggup tak makan nasi bermula semalam. Bila berbuka semalam hanya makan lauk-pauk je bersama air teh. Selepas terawih lari kejap atas treadmill selama 20-30min hingga buang 100cal. Kemudian minum air the hijau setengah mug sederhana besar bersama sebiji buah kiwi. Nak elak makan nasi punya pasal. Sebelum ini pernah juga tak  makan nasi tapi tahan 2 hari setengah je. Kalau tak sihat baru boleh tahan hingga 5 hari tak makan nasi pun tak apa. Kadang-kadang terfikir juga macam mana lah orang boleh tahan sampai 5-6 bulan tak makan nasi.



            Menu sahur kali ini Hanis cuba campur 2 biji kurma tapi bercampur dengan cereal dari kellogs, campur hirisan epal hijau yang dipotong dadu, kismis 2 sudu dan air susu kotak satu cawan. 


Makanlah dengan bismillah dan senang hati. Semoga tahan sepanjang hari. Sekarang baru rasa krooo…krooo sikit. Sahur esok hari kena tambah lagi kuantiti kurma. Khasiat kurma ini dapat menahan diri dari lapar dan bertenaga sepanjang hari.


Harap-harap selepas berpuasa sebulan nanti bolehlah kembali kurus seperti dulu-dulu semula..ehehhh

1 comment:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com