11 June 2014

Keperluan Asas untuk Masuk Universiti/Politeknik

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Sekarang dah  masuk Jun, tak lama lagi adik-adik lepasan SPM pasti akan menyambungkan pelajaran ke bidang masing-masing, bermula hari ini akak Hanis(hakak lah sangat)akan menceritakan pengalamanku sepanjang belajar di Politeknik Kuching, Sarawak. Secara jujurnya, pertama kali dapat tahu bakal masuk Politeknik nie, down giler perasaan Hanis time tu. Sebab Hanis tak expect akan belajar kat poli, sebab dok target nak masuk bidang kulinari kat UITM area semenanjung je, sekali dapat sms

TAHNIAH, anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran di POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK. Sila layari laman web untuk keterangan lanjut.

Panorama di Politeknik Kuching, Sarawak (POLIKU)


Lebih kurang macam tu lah, sms yang Hanis terima. Sehari sebelum dapat sms ni Hanis dapat emel yang permohonan masuk UITM tak berjaya tapi boleh buat rayuan lagi. Hati dah down habis, rayuan pun ntah ke mana. Hanis pula baru lepasan STPM, ye ramai yang kata Hanis buang masa sebab sambung diploma. Sepatutnya lepasan STPM kena sambung degree terus. Tapi dah minta tak dapat takkan kita nak tunggu saja kan, kalau tunggu makan tidoq melengkaq aje lagi buang masa namanya. Kerja??? 


Sebelum daftar keluar kolej, bilik kena kemaskan dan kosongkan seperti di dalam gambar Hanis nie.



Kalau ada peluang belajar lebih baik rebut peluang tersebut walaupun kena mula dari bawah semula. Jangan sesekali menyesal dengan apa yang dah berlaku. Fikir masa depan, 5 tahun lagi apa yang akan korang jadi. Jadi orang atau jadi Beruang...oppsss, janganlah marah.


Time ini Hanis baru habis last paper dan otw nak pergi airport Kuching.
Hanis suka teksi pakcik nie.
Alhamdulillah selepas setahun setengah belajar di politeknik sekarang baru nampak sikit pengaturan hidup penjalanan Hanis.  Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hambanya, terima kasih Ya Allah. Malam tu berangan-angan, apa aku nak jadi bila besar nanti. Aku nak kerja apa kalau masuk politeknik, dah lah dapat bidang networking system. Network yang Hanis tahu hanya laman social je time tu, memang bongok giler lah. Dah lah time dapat tahu tu Hanis masih kat kampung, Kedah nun di utara. Kalau diikutkan time tu juga Hanis sekeluarga baru pindah ke Sibu, dalam bulan februari tahun 2012. Sekarang Hanis dah masuk semester ketiga dan bakal menjalankan pratikal pada semester hadapan yang bakal bermula pada 23jun akan datang, dupdapdupdap(menghitung hari je sekarang, rasa macam orang nak nikah pun ada..hehe)

Di Airport Kuching, sambil tunggu flight delay ke Sibu.
Segala persiapan untuk masuk ke politeknik semuanya Hanis sediakan semasa ada kat kampung, seharian Hanis keluar dengan Kak Nisah(sepupu) pergi bandar Alor Setar untuk beli barang keperluan diri yang penting macam seluar slack, tshirt putih lengan putih, seluar track, singlet etc. Kami pergi berdua je, Hanis drive and Kak Nisah penunjuk jalan. First time Hanis keluar beli barang keperluan diri tanpa ditemani ibubapa. Bonda time nie ikut sedara mara pergi makan kenduri, ayahanda bekerja kat Sibu tak dapat cuti. So main guna telefon jelah, setiap hampir dua jam ayahanda akan call Hanis tanya barang apa dah beli. Duit cukup ke tidak, bla..bla..bla..bla..terharu pula bila fikirkan semula.


Boring tunggu sorang-sorang di Airport.

Secara hakikatnya, sesiapa yang dapat masuk Politeknik janganlah rasa down atau fikir politeknik nie hanya orang yang bongok-bongok aje, hello ramai tau graduate dari politeknik yang berjaya. Kat mana kita belajar kalau buat betul-betul pasti akan berjaya walaupun kadang-kadang rasa malas nak turun kelas. (aisehhh..hehehe)


Lapar tunggu flight delay lama sangat.
          Mesti ramai adik-adik yang dapat sambung belajar nie tengah confius dan gusar hati tentang barang yang perlu dibawa pergi semasa pendaftaran kan. Baca sini akak Hanis nak tolong bagitau serba sedikit berdasarkan pengalamanku setahun setengah yang lalu. Seperti biasa kalau dapat politeknik semua pelajar semester satu akan ditawarkan tinggal di Kolej Kediaman(asrama lah). Hanis beritahu secara umum mungkin ada yang tak penting bagi korang tapi barang nielah yang Hanis bawa dulu pada hari pendaftara, korang tambahlah apa yang patut. Kalau rasa penting dan susah nak dapat kat tempat belajar nanti bawa je.

Alhamdulillah dah selamat sampai ke Sibu.
Barang Keperluan Asas:
4-5pasang baju kurung/dress/etc(makesure sopan)
Tudung/shawl/inner shawl/scarf(bawalah ikut keperluan anda
7pcs Singlet, pakaian dalam, etc (sehari sehelai)
3pcs Seluar Track
2pcs Seluar Slack
2pcs skirt hitam(wajib bawa skirt hitam untuk minggu orientasi)
5pcs Tshirt Lengan panjang/tshirt muslimah
4pcs Tshirt Lengan pendek
4pcs seluar harian biasa
2pcs Baju tidur
2pcs Telekung dan sejadah
2pcs towel mandi
2pcs towel muka
3pcs handkerchief 
5pcs stoking hitam
5pcs handsock
2pcs stoking sukan colorfull
2set sarung bantal tidur
2set cadar tilam
1 Bantal tidur,1 Pillow(asrama POLIKU hanya sediakan tilam,katil,kerusi meja,almari-rujuk gambar kat atas)
Selimut
Toiletries(ubat gigi, berus gigi, shampoo, perapi rambut, pencuci muka, sabun mandi etc)
Baldi, berus kain, sabun kain, softlan, harger, pengepit baju
Peralatan Mekap(bedak,eye liner, lips balm,losyen etc)
Makanan(nestum,susu,oat,jajan,gula)
Pinggan,sudu,gelas,bekas air
Heater, Iron, Extension,
Kain buruk,penyapu,mop,
Tikar getah atau tikar plastic
Buku nota, kertas A4, kotak pensel
Laptop, printer (bawa kemudian pun ok, Hanis bawa selepas sebulan belajar kat sana)

Suasana apabila cuti semester bakal bermula, barang-barang student kamsis
mula disusun ditepi-tepi lorong. Senang nak ambil lepas habis last paper.

Banyak kan, Hanis rasa tu je kot barang yang perlu dibawa. Memang banyak barang yang Hanis bawa, bonet kereta memang penuh dengan barang nie semua. Beg baju tu semua pun hampir 2 beg setengah Hanis bawa, satu kotak letak barang letrik etc. Hanis rasa kalau lelaki tak banyak sangat barang yang diorang bawa, kawan Hanis yang lelaki paling banyak bawa beg pun 3 beg je. Kita yang perempuan nie hampir 5 beg lebih kot. Semasa nak balik cuti semester barang-barang tu semua lagi banyak, pandai betoi barang tu beranak kan. Mungkin setiap kali cuti Hanis bawa lagi barang ke kolej.hehehe. Reason Hanis bawa semua barang keperluan yang Hanis list out kat atas tu sebab Politeknik Kuching nie hujung pelosok dunia, Nak keluar ke bandar memang susah sikit, lagipun student baru macam Hanis nie mana tahu selok belok Kuching tu sangat walaupun Hanis pernah tinggal di Kuching 5 tahun lepas. Antara percaya ataupun tidak sepanjang Hanis ada kat Politeknik Kuching nie sekali pun Hanis tak keluar politeknik pergi bandar ke pergi berlibur ke. Masuk semester 2 baru Hanis keluar sekali pergi tempat reakrasi. Masuk semester 3 baru 3 kali keluar pergi bandar. Baik kan saya.

Sediakan semua dokumen diperlukan dalam file yang berasingan.
 Overall, kalau rasa tak penting tu janganlah keluar walaupun ada duit. Simpanlah duit yang ada untuk kegunaan hari-hari lain. Lagi satu Hanis tengok pelajar ipta nie kalau dapat duit ptptn je terus joli sakan, tukar hp baru lah, beli beg baru lah, beli itulah beli inilah mostly perkara yang tak penting. Korang jangan lupa duit ptptn tu korang kena bayar balik kemudian hari. Hutang WAJIB dibayar semula agar adik-adik kita yang lain pula dapat meminjamnya pada masa hadapan.

            Fuhhh, panjang lebar celoteh Hanis kali ini, ku mengharapkan entry kali ini dapat membantu anda semua untuk melangkah masuk ke alam university. Selamat Maju Jaya.

Good Luck adik-adik sayang semua. Nantikan pengalaman akak Hanis yang seterusnya.




Siapa ada instagram bolehlah follow @haniszula1kha  
https://www.instagram.com/haniszula1kha/

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J 



21 comments:

  1. eda dtg dri segmen kak mia liana.salam ukhuwah:)

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/06/tentang-diri-saya.html

    ReplyDelete
  2. menarik article hanis ni.. nak maklumat lanjut la tentang keperluan ni.. boleh sms saya? kat 0146931714

    ReplyDelete
  3. menarik article hanis ni.. saya nak maklumat lanjut la tentang keperluan ni.. boleh sms saya?/ kat 0146931714

    ReplyDelete
  4. thanks for info.. banyak membantu sy yg baru melangkah ke alam universiti.. doakan sy ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. selamat memasuki alam universiti. Tahniah.

      Delete
  5. Assalamualaikum, kak hanis boleh saya mintak tolong untuk buat entry pasal target spm yang kita perlu dapat untuk setiap course di uitm. Kalau boleh lebih lanjut pasal art culinary. Harap boleh bantu. Terim kasih 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam irina. masyaAllah dik. Permintaan awak sangat mengharukan akak. InsyaAllah akak akan cuba memenuhi permintaan awak tu satu hari nanti(sekarang tak dapat lagi sebab akak bz dengan fyp). Nanti akak akan sediakan special entry for u.

      Delete
  6. assalamu'alaikum.

    hakak hanis :)

    22 november ni pendaftaran sy di politeknik sandakan (PSS), dpt kos diploma akuakultur. rasa agak tertekan juga sbb tak tahu persediaan sy mcm mana. maklumlah, first tym melangkah kaki masuk ke alam politeknik ni hehe.

    klu ada any tips, boleh share :)

    ReplyDelete
  7. Assalamulaikum kak hanis.. kain hitam tu mmg ade kene pakai ke selain minggu oreintasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kain hitam tu guna semasa acara penutup untuk oreintasi je. selepas program tamat ermy boleh guna pergi kelas je. beli skirt lycra yang rm20 tu pun boleh. Nanti hari2 biasa boleh guna dengan blouse

      Delete
  8. Assalamualaikum kak hanis.. kain hitam tu mmg af gune ke selain pakai waktu minggu orentasi..?

    ReplyDelete
  9. i dpt poli kat johor....td baru tau 12/6 ni daa kene lapor diri... kelarm karboot sikit la enn..sumua x sedia lagi.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak sedia lagi? Tak ready nak sambung belajar lagi ke??hehe

      Delete
  10. one more politek kene buat pnjaman ptptn jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada status kewangan individu tersebut.

      Delete
  11. amirul syamiil8/11/16 9:24 am

    Minggu depan dah nak daftar poli intake ke dua. Saya ditawarkan di poli jeli. Alhamdullilah. Article akak di atas bnyk membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga bejaya ya dik.

      Delete
  12. Status pembayaran yuran pelbagai di poli belum selesai sebab perlu melalui kaunter tetapi yuran pengajian saya sudah selesai sebab ianya guna mesin , adakah pada hari pendaftaran esok ( 21/11) Saya akan terus ditolak v_v Saya risau sebab kewangan baru ada . Boleh dop jika pembayaran itu dibuat pada hari pendaftaran ja kak? Jika akak tahu atau ada pengalaman kawan kawan akak ka.. beritahu saya ya kak.. Allahu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengalaman akak, segala pembayaran kena bayar terus ke akaun politeknik. Kalau tak pasti boleh refer dengan pihak poli yg adik masuk tu. InsyaAllah diorang akan bantu nanti

      Delete
  13. assalamualaikum kak hanis :) now saya baru isi borang permohonan . omg !!!!! saya takut sangatt . everytime saya fikir how about my life if tetiba dapat u/poli yang jauh2 . macam mana kehiduapan dekat sana . emm kak hanis boleh tak terangkan mcm mana life dekat sana . ???

    ReplyDelete
  14. Kak,kain hitam tu kain yang mcm mne erk?Pening la nk beli.Nanti beli tak boleh pakai pulak kat sne nanti

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.