1 June 2014

Pengalaman pergi ke PESTA BELAWAI, Sarawak.

 ♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Bermula hari ini hingga hari isnin , negeri Sarawak dan Sabah cuti umum bersempena Hari Gawai Kedamatan. Di kesempatan ini Hanis nak ucapkan Gayu guru gerai nyamai kepada rakan-rakan dayak Hanis yang berada di sarawak dan sabah. Happy Gawai to all dayakians on the earth... Cuti kan??


Jadi ayahanda Hanis ajaklah kitaorang pergi Belawai pada hari ini. Katanya ada Pesta Belawai yang berlangsung pada hari jumaat hingga ahad (harini). "Tidur awal malam nie(semalam), esok(hari ini) lepas subuh kita pergi"arahan ayahanda. Punyalah semangat kitaorang bangun awal pagi tadi, pukul 5am Hanis bangun. Lepas subuh, sms cik moon ajak dia buat sandwich sardin sebagai bekalan sepanjang perjalanan kami ke Belawai nanti. Belawai terletak di Bahagian Sarikei, Sarawak.


Kami bertolak dari Sibu pukul 6.30am, perjalanan nak ke Pesta Belawai memakan masa hampir 2jam. Tolak awal-awal nak elak panas, Sarawak terang awal. Pukul 9--10 dah panas terik macam pukul 12 tengahari kalau di Semananjung. Pesta Belawai baru mula dibuka ketika ini, peniaga-peniaga sibuk mengemas barang jualan. Kami sampai di Pantai Belawai pukul 8.20am, awal sangat lah juga masa sampai nie, orang pun tak buka gerai habis lagi. Kami bergerak ke kawasan yang pengunjung selalu mandi manda(kurang 500m dari tapak pesta berlangsung).


Disebabkan kami ini duduk jauh dari kawasan pantai macam nie, jadi bila datang sekali sekala tu rasa woarghhh peqak sat la jadinya. Apa lagi kau tunggu?? cepatlah keluarkan segala handphone, kamera untuk tangkap gambar bagi merakamkan kenangan di Pantai Belawai ni walaupun tujuan asal nak datang PESTA BELAWAI.


Hampir satu jam juga kami menghabiskan masa di kawasan mandi manda nie, secara kasar kawasan nie ada tempat waterfall(buatan punya macam pool kecil tu) kecil untuk kanak-kanak dibawah 5 tahun. Kena bayar RM2 untuk mandi di kawasan tu. Kalau yang umur lebih dari 5 tahun dipersilakan mandi laut, ada tandas awam disediakan. (Bersih tandas nie).

Nak masuk tandas awam untuk mandi bersihkan diri dari mandi laut dikenakan bayaran
RM 1.00 – Dewasa
RM 0.50 – Kanak-Kanak
Nak masuk tandas kena bayar RM 0.30 je.

Photo: Gayu guru gerai nyamai to all dayakians friends. Kepenatan pergi #PestaBelawai,  kitaorang berselfie je di Pantai Belawai nie.

#bestoftheday #cute #dad #family #familytime  #fun #funny #happy #igers #instagood #life #love #mom  #photoofthday #picoftheday #related #sis #sister #smile General #vscogrid
#vscotempatan #vscoexpo

Kalau lapar bolehlah order makanan di kedai makan yang berdekatan waterfall buatan.
Kalau ada yang berminat nak buat BBQ pun dialu-alukan datang sini.

Kena bayar RM 5.00 untuk sewa meja. Bagi Hanis Pantai Belawai ni sesuai untuk keluarga berkelah bawa bekal dari rumah lepas tu pergi lepak kat meja-meja yang disediakan. 


Makan..makan..makan lah..

Ohh indahnya hidup. Syukurlah Negara kita masih aman sentiasa. Oh ya, kalau korang yang datang jauh tu bolehlah sewa CHALET kat sini, ada dua jenis bilik. RM30 dan RM60.

RM30-ada 3 bilik ditawarkan, tetapi tandas di luar. Kena berkongsi antara 3 bilik tu
RM60 - Tandas didalam. 

Tak sure plak bilik nie ada aircond ke tak. Tapi tempat nie memang best kalau buat camping. Teringat plak dulu-dulu semasa sekolah rendah dan menengah selalu join orang camping.


Dalam pukul 9.15am, kami bertolak semula ke kawasan Pesta Belawai diadakan. Woarghhh ramainya orang time nie, ada pertandingan jetski, ramai makcik-makcik adik-adik berkerumun di tepi pantai tu. Korang tengoklah gambar yang Hanis sempat tangkap nie.

Kalau tengok kat kawasan pentas utama tu ada pertandingan Kilauan Emas.
(Fuhyoo kelas you makcik pakcik sini) 

Hampir 35 peserta yang masuk bertanding, sambil Hanis berjalan tengok gerai-gerai jualan kat Pesta Belawai nie, dengar jugalah makcik pakcik yang bertanding tu menyanyi bawa lagu taruhan masing-masing. Ada yang suara sedap betul. Hebat..hebat..hebat..


Dalam pukul 10am, kami sekeluarga bertolak balik ke Sibu kembali. Overall, pesta nie bolehlah dikatakan meriah bagi penduduk setempat. Sekali sekala berkumpul anjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat. Orang ramai yang datang pun boleh tengok ohh macam nie Pesta Belawai yang disebut-sebut sebelum ini.

Lebih kurang 11.30 kitaorang dah sampai bandar Sibu, disebabkan awal lagi dan hampir tengahari. Perut pun masing-masing dah lapar, ayahanda bawa pergi kedai makan favourite kitaorang sekeluarga. Sandwich bekal pagi tadi semua dah habis dalam kereta. Balik rumah lepas zohor semua terlentok lena hingga Asar. Penat naik kereta. 2 jam perjalanan tu pun meletihkan badan sebab struktur jalan ke Belawai tu tidak seperti jalan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur. Rasa nak naik kuda bolehlah cuba datang sini. 

Siapa ada instagram bolehlah follow @hz_zulaikha.  http://instagram.com/hz_zulaikha 

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J 

10 comments:

  1. Salam Khamis, .jln2 blogwalking dan follow blog rkn yg blum sya follow ..:)

    follwr 925
    http://ssurianahyana.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahad sis SSurianah Yana, terima kasih sudi follow blog tercinta saya nie :)

      Delete
  2. Datang dari segmen kak Mia. Nice blog :)
    official blog --> http://fiqansz.blogspot.com
    Dan jemput join giveaway fiqa dengan hanya melengkapkan 3 syarat mudah ^^

    1). Infinite Last Romeo Giveaway

    GRAND PRIZE / TOP REFERRAL (1 winner):
    1x Infinite Last Romeo Official Album

    LUCKY DRAW (16 Winners):
    1x MP3 shuffle + 2GB Memory Card (All copy of Infinite Album in it)
    1x INFINITE Replica Jersey (all members available)
    2x INFINITE Special Limited Edition Button Badges
    1x Infinite Key Holder
    1x INFINITE Button Badge
    2x Notebook
    8x Topup RM5

    Giveaway end: 15 Jun 2014


    *Click on the link below to enter:
    INFINITE LAST ROMEO GIVEAWAY BY FIQA NSZ


    2). Segmen Saya Nak Doodle 48 Jam by Fiqa Nsz

    Hadiahnya:
    Peserta terawal x5 - Doodle
    Peserta Random x5 - Doodle

    Segmen Tamat pada 7hb Jun tepat pukul 1 AM.

    *Klik pada link dibawah untuk menyertai:
    SEGMEN SAYA NAK DOODLE 48 JAM BY FIQA NSZ

    ReplyDelete
  3. Singgah sini BW dari blog kak mia
    Will follow this blog.
    Selamat berkenalan
    www.arzmoha.com

    ReplyDelete
  4. Hi,boleh dptkan nombor telefon tuan punya chalet di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi irene , sorry saya tak ada number owner chalet tu.

      Delete
    2. kalau mau cuba chalet yg satu lagi, Iftitah Restaurant & Resort...boleh contact owner dia...0138390202

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com