20 June 2014

Pengalaman bercuti di Kuching, Sarawak

♥♥..ASSALAMUALAIKUM..♥♥
Salam 1 Malaysia y'all

Minggu terakhir cuti persekolahan yang lepas Hanis sekeluarga sekali lagi turun ke Kuching untuk menghantar cik moon untuk mendaftar masuk kolej di UITM Samarahan pada hari Jumaat dan meneruskan cuti kami untuk menghadiri Family Day di Samarahan pada keesokkan harinya. Kami sampai di Kuching dalam pukul 12.15, kemudian kami sekeluarga bermalam di Hotel Merdeka Palace berhadapan dengan Padang Merdeka. 

Pokok kekabu yang berusia 88thn.

Kononnya nak lihat salji yang memenuhi padang merdeka seperti yang diwar-warkan di dalam berita nasional pada hari khamis sebelumnya tersebut. Salji yang dimaksudkan adalah kekabu yang telah berterbangan dibawa angin.

            Seperti biasa bila nak turun ke Kuching nie mesti Hanis sekeluarga akan bertolak awal pagi sesudah Subuh dari Sibu dan akan sampai di Kuching dalam pukul 12 tengahari. Sampai je Kuching kami ke Dayang Salhah KekLapis untuk membeli kek lapis Sarawak yang customers Hanis tempah untuk diposkan ke semenanjung. 



Ramai betul orang time nie, mungkin waktu tengahari dan ramai pelancong dari sememananjung. Disebabkan Hanis dah biasa beli kek dari Dayang Salhah nie jadi Hanis terus ambil bakul dan cari kek lapis yang sedap.



Nak tahu yang mana kek sedap korang boleh rasa dulu sebab mereka ada buat tester pelbagai jenis kek. Boleh kenyang kalau makan kek tester tu. Ada hampir 20jenis kek tester yang dihidangkan kepada pembeli sebelum membeli kek untuk dibawa pulang. 

Artis pun ramai dah yang datang ke kedai Dayang Salhah nie,
Boleh rujuk entry Hanis yang lepas di
 http://www.wadahberbicara.my/2012/10/travel-to-kuching-kek-lapis-sarawak.html

Kek yang selalu Hanis beli coklat cheese, masam manis, lapis susu, Arabian, blueberry cheese. Itu antara kek yang sedap bagi anak tekak Hanis. Semua kek tu harga range dia dalam RM15-20. Beli lebih dari 6 dapat free 1 kek. Hampir 40 minit juga kami disini.


Kemudian kami terus ke Kubah Ria untuk membeli Ikan Terubuk Masin. Kalau korang nak beli Ikan Terubuk Masin yang sedap dan tak banyak tulang belilah yang saiznya besar. Harga selalunya dalam rm15-rm25 seekor. Besar macam nie baru puas makan, kalau goring letak bawang besar sikit..umphhh sedapnya. Garing dan tulang pun ranggup. Kalau korang beli yang seekor RM10 tu, seksanya ya rabbi bila goring nanti tulang ikan tu berceretek nak kena perisi satu persatu. Nak makan pun terbantut. Pergi je gerai mak cik nie(rujuk gambar), harga dia boleh runding. Selalu dah ayahanda Hanis beli kat sini. Time kami beli haritu dia siap bagi free gift kek lapis hati parek lagi. Sedap juga kek tu.

Dah settle beli barang yang orang tempah, kami sekeluarga pergi lunch di KOPI O’CORNER, overall kedai nie sangatlah cantik. Tandas pun dah macam tandas hotel. Cuma masalah salah ambil order makanan tu kerap berlaku kat sini. Bila dah habis order tu korang kena makesure minta waiter tu repeat semula order yang dia ambil.


Lepas makan dalam pukul 3.00pm Hanis gerak balik ke Hotel Merdeka Palace untuk berehat. Sampai hotel je terus mandi dan jamak solat. Cepat-cepat buka tv nak tengok Tempatation of Wife. Kemudian malam pula lepas tengok drama Kerana Rela Ku Terpaksa baru keluar dinner kat tepi Arief Hotel. Dalam pukul 9.00pm balik hotel semula dan berehat untuk sambung perjalanan ke Sematan pada esok pagi. Pantai kat Sematan cantik banget seh. Tunggu next entry ok.

Siapa ada instagram bolehlah follow @hz_zulaikha.  http://instagram.com/hz_zulaikha 

Itulah ceritanya setakat ini. Thank you for reading this entry. J 

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com