4 August 2013

TEMPAT MAKAN 6: MAKAN DI NEW NUR ISLAMIC CAFE, SIBU

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Nak bertukar selera ataupun tukar angin dengan mencuba masakan orang lain. Jom lah ikut #Food Review  Hanis nie. Untuk santapan berbuka kali ini, den teringin nak makan Nasi Beriani. Rempah beriani sebenarnya dah setahun ku beli, dan masih tersimpan rapi di dalam almari kat rumah tu. Tak tahu bila nak buat nasi beriani versi Hanis nie.  Silap hari bulan kena buang terus rempah tu. Membazir je kan.


Nama Restoran/Kedai Makan: NEW NUR ISLAMIC CAFE


Tempat: Berhadapan dengan RH Hotel.
Jumlah Harga Makanan kami makan disini: RM30++(untuk 4 orang makan)
Kelebihan: Line internet laju, kauntiti sikit tapi sedap. Kalau selalu pergi makan kat sini boleh dapat makanan tambahan contohnya makan nasi beriani, ayam dah habis. Nak minta ayam lagi. Nanti uncle nie kasi free je.

Zoom ++++

Nasi Beriani kat sini kalau makan memang tak puas. Kena ambil 2 pinggan baru puas dan kenyang. Kualiti makanan kat café nie memang sedap, tapiiii kuantiti makanan tu agak sikit. Uncle yang merangkap tokei café nie memang baik. Roti canai dia memang umphhh, kuah kari dia memang pekat. Kiranya boleh taraf 4 bintang lah. Cuma surrounding café nie agak suram sikit kalau malam.


Yummy..layannnnnnnnnnnnn
            Disebabkan ayahanda dan bonda selalu pergi ngeteh di café nie, secara tak lansung dah jadi pelanggan tetap café nie. Kalau makan kat sini malam-malam, kalau langkah kanan mesti akan dapat tapau free untuk santapan sahur keesokkan harinya. Uncle nie memang baik betullah. Tak hairanlah kalau persekitaran café dia suram dan sederhana tetapi pelanggan mesti sentiasa ramai.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.