5 August 2013

RESEPI KUIH KAPAL TERBANG

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Salam 23 ramadhan, hi y’all..sekarang Hanis  makin terasa excited sebab tinggal lagi beberapa jam je lagi akan berjumpa dengan sanak saudara yang tersayang. Baru tadi berjumpa dengan family tersayang. Orang lain berbuka di rumah, kitaorang terpaksa berjumpa dan berkumpul di Airport dan seterusnya pulang ke kampung halaman sama-sama. Hal ini semuanya gara-gara kesuntukkan masa akibat den dan cik moon baru berpeluang cuti berhari hari raya pada Jumaat yang lepas.


            Disebabkan entry kali ini disiarkan semasa Hanisberada di Airport a.k.a nama kampungnya Lapangan Kapal Terbang maka, resepi under “Label-Kuih Raya” juga bernama “Kuih Kapal Terbang”. Sebilangannya juga ada yang memanggil kuih nie sebagai Kuih Lidah Boya dan juga Kuih Tiram. Pelik juga bila nama kuih Kapai Terbang(orang kedah panggillah) ini ada macam-macam nama??


Di tempat korang panggil apa plak ye???


Kuih ini lebih serasi dengan orang lama, selalunya kita boleh jumpa di rumah kenduri. Kalau sekarang dah makin jarang nak jumpa kuih tradisional sebegini di rumah kenduri. Semuanya dah modennnnnn…silap hari bulan 6 tahun lagi bunga telur pun dah tak ada lagi.

            Orait, jom kita tengok cara nak buat Kuih Kapal Terbang nie.

Resepi : Kuih Kapal Terbang
Sumber: Resepi Nenda

Bahan-bahan: 
3 cawan tepung gandum
1 ½  cawan air
secubit garam
1 biji telur
Gula icing (untuk salutkan pada kuih selepas digoreng nanti)
*Boleh juga guna guna pasir yang dikisar halus

Bahan untuk Pes:
5 sb tepung jagung
4sudu minyak masak(satukan hingga sebati)


Cara-cara:
1-      Uli semua bahan (kecuali pes) hingga sebati dan jadikan sebagai doh  yang tak melekat di tangan. Boleh rujuk gamabr di Resepi Pizza Homemade. Semasa membancuh adunan nie, air hendaklah dituang secara sedikit demi sedikit. Bulatkan doh dalam beberapa bahagian. (5-6 ketul)
2-      Kemudian, canaikan setiap doh yang telah dibulatkan tadi tu dan sapukan sedikit pes ke atas nya. Kemudian gulung kemas-kemas.
3-      Selepas gulung, boleh trik sedikit.
4-      Kemudian gunting/potong secara menyerong. Kepanjangan agak-agak kemahuan andalah.
5-      Selepas potong secara menyerong tadi tu, kemudian kenalah gelek di atas susunan. Boleh rujuk gambar kalau tak faham.
6-      Kemudian, boelhlah sediakan kuali untuk menggoreng kuih nie. Sediakan minyak panas yang mencukupi untuk menggorengnya. Semasa menggoreng api dapur hendaklah sederhana perlahan. Waktu goreng kuih nie kena guna garfu ataupun lidi bulu untuk godek-godek kelopak kuih nie bagi terbuka.(Sangat leceh, tapi bila dah siap..umphh sedapnya.)gelek
7-      Dah siap, sejukkan sebentar. Kemudian barulah satukan bersama gula.

NOTA TAMBAHAN:
Nak buat kuih ni tak susah mana, tapi kena mood rajin baru boleh buat. Sebab step dia agak leceh sikit bagi sesiapa yang kurang kesabaran. Cara nak buat kuih nie lebih kurang macam kita buat karipap pusing sebenarnya.


Hanis : Alhamdulillah..already arrived at KLIA...waiting for the counter open on 2.00am and then check in to Kedah...yehzaa Kedah I am coming..diharapkan semoganya berjalan dengan lancar.



0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com