4 August 2013

TEMPAT MAKAN 5: MAKAN DI KEDAI SELERA MALAM, SIBU

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Disebabkan minggu ini minggu terakhir ramadhan, para ibu pun makin sibuk menCookies di dapur bagi santapan para tetamu yang bakal datang mengunjungi bila tiba Hari Raya nanti. Manakala para bapa binggung memikirkan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan, disebabkan setahun sekali kita menyambutnya. Para Bapa beralah bagi melihat kegembiraan isteri dan juga anak-anak.

            Bila semuanya sibuk dengan persiapan Hari Raya ini, bila berbuka mesti simple sahaja. Waktu nie kadang-kadang anak-anak mesti tarik muka monyok 14 or etc.

How you know??

I know lah, sebab ku dulu pun macam tu juga…hewhewhew


            Maka, pada saat ini lah para Bapa/Ibu boleh memutuskan untuk berbuka puasa di luar. Mesti kadang-kadang bingung dan risau nak ilih restoran yang terbaik untuk hidangan berbuka. Meh baca sini, saya boleh tolong selesaikan masalah anda.

Untuk segmen #FoodReview nie, den tak tahu yang keberapa kali dah den makan diluar. Diri ini cuma mengharapkan agar sedikit review nie dapat bantu anda memilih kedai makan/restoran yang terbaik untuk santapan anda sekeluarga.

Nama Restoran/Kedai Makan: SELERA MALAM


Tempat: TAMAN HARMONI
Jumlah Harga Makanan kami makan disini: RM60++(untuk 5 orang makan)
Kelebihan: Dekat dengan Masjid Jamek


Untuk hidangan berbuka kami kali ini, ayahanda Hanis decide kitaorang akan makan Nasi Ayam Penyet. Biasalah kalau di Sarawak nie, Nasi Ayam Penyet yang famous amos. Tapi den belum jumpa Nasi Ayam Penyet yang betul-betul umphh dan tak terangkat lagi. Dari mana nasi ini dapat nama, wallahuallam. Ada juga yang kata Ayam pada nasi ini kena langgar lori, jadi mati kena lenyek aka penyet..maka terhasillah Nasi Ayam Penyet..hahaha. Hebat betul mitos orang tu.

Secara totalnya, Nasi Ayam Penyet nie Hanis  boleh kasi 2 ½ bintang daripada 5 bintang sahaja.

  1. Sebab pertama, services di sini memang lambat. Orang Kedah kata, dah kebuloq dah makanan tak sampai-sampai lagi. Sedangka masa nie, kitaorang sampai 35 minit sebelum berbuka puasa. Orang pun tak ramai  lagi. Takkanlah order boleh sampai lambat sangat kan. Melainkan diaorang amalkan prinsip “Biar Lambat, Asalkan Selamat”, tapi jika diorang amalkan “Biar Lambat, Janji makanan Sedap” taka pa juga.

  1. Kedua, lain order yang customer pesan lain pesanan yang dihantar, maksudnya (Makanan lain aku minta, makanan lain kau bagi).

  1. Yang yang ketiganya, harga untuk makanan yang salah tadi tu diaorang cas juga dalam bil makanan kita order, sedangkan hakikatnya makanan yang salah dihantar tu kita tak jamah pun , sebab dah salah buat apa nak makan and then diorang plak akan ambil semula makanan salah tu. Kalau tinggalkan kat situ maybe lah kitaorang akan makan. Then bolehlah kalau nak cas pun, tak kisah sangat.


Last but not least, inilah kali pertama dan terakhir ku jejak kaki untuk jamah di sini.

1 comment:

  1. Dah kebiasaan kat situ memng lmbt saya org sini pun kadng2 tak selesa..

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.