26 July 2013

TEMPAT MAKAN 4:Jom Berbuka di Domani Hotel


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Salam 17 ramadhan y’alls. Tinggal lagi beberapa hari je lagi untuk kita semua merebut pahala sebanyak yang mungkin didalam bulan yang penuh mulia ini. Di kesempatan ini marilah kita mengejar malam lailatul qadar.

Sate daging menjadi pilihannya, berkali-kali ulang alik ambil sate tu.
           Walaupun sudah 17 ramadhan, belum sehari lagi  Hanis  berpeluang untuk berbuka bersama semua ahli keluarga tercinta. Dikesempatan yang ada, pada 7 ramadhan yang lalu, Alhamdulillah berkesempatan berbuka bersama dengan ayahanda tercinta dan juga adinda moon_robi tersayang di Domino Hotel, Kuching.

More info boleh rujuk di FB DORMANI HOTEL
            Hah bab nie yang best, walaupun sebenar ini cerita lama dan 10 hari sudah berlalu tapi rasa macam semalam je menikmatinya. Sebelum ayahanda jemput den kat kolej kediaman pada mulanya tak nak pun join, sebab keesokkannya ada jadual pax. Hari selasa bersamaan 7 ramadhan tu pun jadual pax juga. Assingment toksah dok habaq lah memang berlambak kena siapkan sebelum cuti raya nanti. Tapi dah over excited nak berbuka di luar dengan orang tersayang, den gagah juga pergi jumpa penyelia asrama sebab nak minta pelepasan keluar dan balik pada lewat malam. Yes, walaupun nam aje belajar kat IPTA tapi peraturan di kolej kediaman tetap sama macam waktu sekolah menengah dulu kan. Mula masuk dulu rasa macam terkongkong, tapi bila dah lama rasa sebati sudah. Hidup nie kenalah ada peraturan dan disiplinnya agar menjadi manusia yang bertanggungjawab.

Review dulu, nie kawasan makanan kampung. Sambal belacan juga sayur ulaman.
           
 Orait selepas dah dapat perlepasan t uterus telefon ayahanda kata nak keluar berbuka bersama. Selepas ayahanda jemput den di kolej kediaman kitaorang terus ke UITM samarahan untuk jemput adinda saya lah. Masa nie dah pukul 5 suku, dengan jalan sesak lagi sebab orang baru balik kerja. Kemudian sampai di UITM samarahan den terus minta ayahanda pergi masuk area masjid dulu sebab...sebab...aii belum solat asar lagi. Habis kelas terus keluar.  Dah jemput cik moon_robi, terus kitaorang bergerak ke destinasi yang ditujui. Cun sampai di hotel tu dalam pukul 6.20 petang. Masih tinggal dalam 25 minit lagi untuk berbuka. 

FB rasmi DORMANI HOTEL
              Depan hotel nie ada bazaar, tapi tak meriah sangat. Makanan pun bolehlah kalau nak cuba beli, tapi dah kita nak berbuka kat hotel buat apa lagi beli. Nanti membazir je. Selepas pergi setengah jalan area bazaar tu, terus den ajak ayahanda balik. Kitaorang decide nak turun makan selepas solat. Baru best makan nanti ye tak.

Customer's yang lain turut tak melepaskan peluang. Berbual dahulu sebelum tibanya waktu berbuka.

            Makanya selepas solat magrib di bilik hotel(sewa 1 bilik sebab ayahanda ada meeting 3 hari kat kuching) terus kitaorang turun bawah makan. Fuhhh ramai juga orang. Semuanya khusyuk makan. Macam biasa bila makan buffet nie, mestilah kena pusing jalan dulu tengok apa makanan yang ada. 

Kawasan dessert.

Bila dah puas hati baru ambil pinggan, orang Sarawak panggil pinggan tu “tapak”, tapi buka tapak pembinaan ok. Nak belajar cakap bahasa Sarawak nie boleh terjah blog adinda moon_robi  tersayang saya di...... Coming soon dia akan ajar bahasa iban plak. Sebab kitaorang masih dalam proses pembelajaran bahasa iban.

Menu yang berjaya menjadi pilihan eden. Mula-mula makan buah dulu, kemudian agar-agar dan kuih muih, then puding pelangi dan juga koktail. Akhir sekali sate.
             Masa makan nie tak tahu berapa kali nak kira kitaorang topup makanan. Tahu kan adat makan di hotel. Biarkan meja yang dah kita guna di meja, nanti pekerja hotel akan datang kutip. Kalau nak makan lagi silalah guna pinggan baru ye. 

Masa nie lah nak elak dari cuci pinggan mangkuk walaupun kita makan banyak...hehe...ini yang den suka.

Take 5 dengan merasa bubur caca yang mana den nampak ubi ekledek je yang banyak. Test?? reject oke.
 Rehat sekejap sambil bertukar cerita dengan ayahanda dan juga adinda, Masa nie mata tengah berkeliaran mencari menu nak makan lagi. Perut masih rasa lapar dan minta diisi. Akhirnya

Nahhh..sekali 8 menu dalam pinggan. Bihun goreng, nasi briani, sayur baby kailan(my fav.), sotong masak kari (to spicy for me), rendang daging(cukup rasa walaupun pedas sikit), ayam bakar, stik kambing, bawal stim.
Masa makan nie, diet yang den mula semenjak kita semua start puasa pada 1 ramadhan lalu hancussss. Jangan fikir dan ingatkan lagi. Time nie juga mula teringat balik trademark yang den selalu guna bila orang kata jangan makan banyak nanti kau gemuk. Den akan kata "Makanlah selagi diizinkan Allah untuk menikmatinya" atau dari erti kata lain "Makanlah selagi kau larat nak melantak."

Korang agak lepas den melantak 8 menu serentak tu den akan teruskan atau berhenti setakat itu sahaja???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapannya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TERUSKAN LAGI SELAGI KAU MAMPU!!!yehhh

Pilihan terakhir sebelum kitaorang pulang dari awal lagi dah aim nak rasa Mee Jawa.

Sangat kecil, diletakkan dalam cawan putih kaca yang mana air mineral boleh disuakt sebanyak 100ml kalau tak silap.
Masa nie, ayahanda dah surrender awal. Full already. Cik moon_robi ??? Dia pun 2x5 juga. Masih aim sate daging. Time nie memang tak ada orang luar makan dah. Yang ada pun pekerja yang bertugas je makan secara bergilir-gilir.

Untuk tak kempunan bila balik ke U katanya. Dia ambil 5 cucuk aje. 2 ketul timun.

Selepas Isyak barulah ayahanda hantar kitaorang berdua pulang ke U masing-masing. Sedih y'alls kena berpisah. Tak apa tinggal lagi 8 hari kami semua akan bersatu semula.

OTW nak balik sempat ku beli burger ayam di KFC bekalan untuk sahur keesokkan harinya. hehehe..
Ada yang tertanya-tanya, kos makanan yang kitaorang melantak tu semuanya berapa Ringgit Malaysia???

Dibawah ini jawapannya
-
-
-
-

Disebabkan kami masih belajar dapatlah less, kena bayar RM35 je seorang. berbaloi weiii... Makan non-stop tapi bayar ciput aje deh.

For the overall of this story,Hanis berikan 3/5 bintang untuk makanan di sini. Untuk maklumat selanjutnya bolehlah rujuk FB rasmi DORMANI HOTEL


BCH: Dikala kita mewah berbuka, ingatlah saudara di sana yang sentiasa kekurangan makanan. Janganlah membazir ketika berbuka. Ingatan untuk diriku ini dan juga kalian yang sudi singgah ke blog Hanis ini









4 comments:

  1. masa diploma dulu buat dinner batch kat sana..
    not bad jgk la hotel tu.. hehe.. tp kat dpn tu ada nasi ayam penyet yang sangat2 sedap.. taktau kalau masih ada lagi skrg.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi ayam penyet ada lagi depan hotel nie..tp dah xberapa nak umphh dari dulu...maybe tukang masak dah bertukar kot

      Delete
  2. bley kasik starving laa bace ur entry >_<
    anyway salam perkenalan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. really?? kiranya berhasil juga saya melaparkan org tgh2x mlm cenggini(refer pda waktu komen dihantar)..hehe

      salam perkenalan =)

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.