30 July 2013

RESEPI BISKUT AISKRIM MUDAH

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Salam 21 ramadhan, terasa begitu cepat masa ini berlalu. Kadang-kadang terfikir adakah diriku ini akan berpeluang lagi untuk menyambut ramadhan untuk tahun-tahun akan datang. Masih banyak lagi kedaifan diri ini perlu diperbaiki.

Ini versi tok guru, Kak Ita.

Dalam sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut lebaran janganlah kita lupa pada saudara Islam kita yang sentiasa memerlukan doa untuk kesejahteraan mereka disana. Bukan emas dan permata yang diminta, bukan juga wang ringgit yang ditanggih. Tetapi doa…doa…doa…sesungguhnya doa ketika bulan yang penuh keberkatan ini paling mujarab. Wallahuallam. 

Tinggal lagi beberapa hari lagi umat Islam akan meraikan hari lebaran sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa selama sebulan/29 hari. Persiapan untuk lebaran kali ini bagi diri Hanis tiada yang istimewa. Sebabnya pada minggu terakhir berpuasa pun den masih sibuk dengan kuliah. Nama je sibuk dengan kuliah, tapi bila pergi kelas, lecturer tinggalkan task/assignment masing-masing buat kerja sambil dengar lagu raya. Masa nie, terimbau kembali, kalau kat rumah mesti dah sibuk mencookies bagai.


Ini versi anak guru, Hanis..

            Cookies yang menjadi pilihan pertama untuk entry pada #Lebaran2013 kali nie FANCY ICE-CREAM COOKIES ...Oppss awal-awal nak bagitau tahun nie  Hanis belum prepare 1% pun untuk menyambut #Lebaran2013. Percaya tak??? diriku ini pun tak percaya juga. Tapi inilah realitinya. Jadi cookies BISKUT AISKRIM MUDAH  ini adalah persiapan daripada #Lebaran2012 sebenarnya. Disebabkan tahun lepas excited nak sambut lebaran, maklumlah masa tu masih menganggur jadi banyak masa terluang. Maka terjadilah hampir 7 biskut raya yang berjaya eden buat. Percayalah!!!  



Resepi Asal: FANCY ICE-CREAM COOKIES
Sumber: Kak Ita Masam Manis
Resepi diolah : BISKUT AISKRIM MUDAH

Bahan-bahan:
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan


Cara-caranya:
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.

Terap mengikut acuan yang telah dikhaskan.

Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak

Terlebih sapu kuning telur gamaknya.
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Hiaslah biskut ikut kreativiti anda.

Inilah kreativi yang mampu den olah.
Akhir kata

-SELAMAT MENCUBA-

6 comments:

  1. Amir Saint26/6/16 3:10 pm

    Cantik la !!!!! Sy buat x berapa jd

    Hehehehehehehehehehehe. •_• ♥_♥ >_<

    ReplyDelete
  2. saya nk cuba buat ikut resepi Hanis..terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah cuba nanti share lah sikit dengan Hanis...hehe.

      Selamat Mencuba tau :)

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.