7 June 2013

Resepi Moist Red Velvet Cake

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat malam y’alls. Malam nie dah masuk  ke-28 rejab. Selamat berpuasa. Kali nie banyak hari juga  Cik honney berpuasa. Rasa best plak puasa ramai-ramai. Maklumlah tengah cuti semester. Bila semua berpuasa tunggu petang baru masak. Sekali masak semua jalan. Makanan pun habis. Alhamdulillah.

            Untuk sekelian kalinya Cik honney mencuba resepi kek velvet ataupun nama kampungnya kek baldu merah. Rasionalnya kek nie sangat gebu dan moist. Memang umphh walaaaa ler. Tak rugi mencuba sesuatu kek yang baru asalkan ianya menjadi. Kalau tak jadi pun buat lagi sampai dah jadi. Bila dah jadi alamatnya tahun depan plak ler baru try wat lagi.


RESEPI: Moist Red Velvet Cake

Diolah oleh: www.wadahberbicara.my

Bahan-bahan:
Divide into 3 parts. Kononnya nak bagi kek tinggi lah.
  • *2 cawan tepung kek(honney guna brand Nona)
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 biji telur A(honney guna gred B je)
  • 1sk esen vanilla
Cara-cara
  • Sediakan buttermilk dulu- Campurkan 1 cawan  susu segar dengan 1 sudu besar cuka. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.(part nie honney  dah guna spatula.)
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini TAK BOLEH dikukus. Resepi untuk dikukus sila cari yang lain. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.  
toping untuk lapisan pertama
Topping
Resepi asal nie dia, tapi honney tak guna resepi nie.
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon
Resepi topping untuk lapisan pertama honney guna resepi seperti dibawah nie, den olah ikut selera den ye. MasyaAllah sangat sedap
Diolah oleh: www.wadahberbicara.my

  • 170g cream cheese
  • 90g buttercup
  • 90g gula aising sugar
  • 1 sb esen vanilla
Caranya:
-Mix together hingga sebati. 
-Kemudian bolehlah melepa di atas kek anda.
-Kemudian sejukkan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu barulah sediakan bahan untuk  cream lapisan kedua.


Siap lapisan pertama. Sejukkan selama 2 jam.
Selepas 2 jam kemudian,barulah sediakan simple buttercream untuk hiaskan kek. Untuk topping cream bagi hiasan pula honney guna buttercream untuk cupcakes. Resepi nie dah serasi sangat dengan kitorang sekeluarga.


Simple Buttercream
·         150g buttercup
·         270g aising sugar
·         1sb esen vanilla
Caranya mudah sahaja:
-Mix together hingga adunan butter kembang dan berwarna putih susu.(refer the picture)
-Kemudian bolehlah melepa lagi diatas kek untuk lapisan kedua. Hiaslah mengikut kreativiti anda.

*Untuk hiasan tambahan honney guna coklat masakan putih(brand Nona), cairkan guna kaedah double boiler then ukirkan bentuk coklat hiasan yang diigini. honney menggunakan bentuk ‘LOVE’ sesuai untuk tema kek red velvet nie dan juga bentuk coklat chip. Maklumlah merah baldu.


Akhir kata selamat mencuba resepi kek yang marvellous nie. Sangat sedap dan tak cepat muak.




1 comment:

  1. Assalam & gud mornin sis...

    Tq kerana sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa tu. Nice blog u have here :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.