23 June 2013

Resepi Kek Vanilla Lapis Kek Coklat.

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`

Salam 1 Malaysia y'all


Pertama kali Hanis menggabungkan dua jenis kek. Gabungan yang serasi walaupun tempoh menyediakan agak terlalu rumit untuk cubaan pertama kali. Tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan kek nie hampir 8 jam. Mula baking pukul 12.00pm tolak solat dan rest selesai deco dalam pukul 6pm. Segala kekurangan akan diperbaiki dalam masa akan datang. Terima kasih kepada kak ita, mat gebu dan juga chef hanielza yang sudi kongsikan resepi yang awesome nie walaupun resepi asal kalian telah honney gubal mengikut citarasa diri ini.


Dikesempatan itu cik honney nak mengucapkan selamat ulang tahun yang ke tettttttttt kepada sifu kek seantero iaitu Kak Azlita Masam Manis yang semakin kebabom di dunia masakan blogger nie. Siapa yang blogger tu sure lah kenal akak jelita nie walaupun den tak berkesempatan nak bersua muka dengan beliau lagi. Kiranya kek nie dedicated for you lah akak. Resepi pun den cilok dari blog dia dan bukukan. Senang nak rujuk dimasa hadapan. Cekedout....

Kenal tak caption diatas nie?? masih blur..
-
-
-
-
-
-


About me

RESEPI: Kek Vanilla Lapis Kek Coklat

Bahan-bahan:

   A)    Kek coklat:
1 cawan tepung kek*
1sb baking powder*
*(digaul dan diayak 3x)
½ castor sugar
3 biji telur gred B
125g buttercup
1sb esen vanilla
½ cawan serbuk koko*
½ Nescafe 3 in 1*
¼  icing sugar*
½  cawan air panas*(honney skip )
¼ cawan susu segar*(1sb susu pekat+air ½ cawan air panas)
*mix together hingga menjadi pes coklat

Caranya:
    1)      Panaskan oven pada suhu 175c. Alaskan loyang tin dengan kertas minyak di dasar dan sekelilingnya. Ketepikan.
    2)      Mix buttercup dan castor sugar hingga putih.
    3)      Masukkan esen vanilla dan telur satu per satu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
   4)      Perlahan speed mixer. Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat dan diakhiri dengan tepung.(tepung-pes coklat-tepung-pes coklat-tepung). Waktu nie guna spatula. Gaul hingga sebati.
   5)      Tuang adunan dalam tin. Bakar dalam oven selama 405-50 minit. Sejukkan seketika sebelum dibahagikan kepada dua.

B)    Kek Vanilla:
1 cawan tepung kek*
1sb baking powder*
*(digaul dan diayak 3x)
½ castor sugar
3 biji telur gred B
1 cawan minyak masak
1sb esen vanilla
½ cawan susu segar

Caranya:
   1)      Mix telur dan castor sugar hingga kembang.
   2)      Masukkan esen vanilla sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
   3)      Perlahan speed mixer. Gaulkan tepung sambil menggunakan spatula.
   4)      Masukkan susu segar dan gaul hingga sebati.
   5)      Bakar dalam oven selama 40-50 minit. Sejukkan seketika sebelum dibahagikan kepada dua.

Kemudian sediakan buttercream. Untuk buttercream honney guna resepi dari Kak Ita Masam Manis juga. Boleh refer resepi checkered cake beliau. Resepi asal bagi honney terlalu banyak kuantitinya jadi honney olah sedikit mengikut citarasa honney sendiri.

BUTTERCREAM
200g  buttercup
3 biji putih telur gred B
100g castor sugar
25ml air(lebih kurang ¼ cawan air)
½ sb esen vanilla

Caranya:
   1)      Mix putih telur hingga menjadi meringue. Ketepikan.
   2)      Satukan gula dan air. Masak hingga gula dah hancur.
   3)      Menurut resepi asal kena capai suhu 117-120c. Bagi honney cukup sekadar gula tu dah larut dan ada gelembung udara yang keluar.
   4)      Agak-agak gula tu dah pekat bolehlah padamkan api.
   5)      Masukkan larutan gula tadi kedalam meringue kita dan mix lagi hingga adunan sejuk sedikit.
   6)      Kemudian barulah mix buttercup hinga gebu. Masukkan esen vanilla sedikit.
   7)      Mix hingga gebu dan bertukar dari kuning ke putih ataupun creamy light
   8)      Dengan menggunakan spatula ambil ¼ adunan putih telur dan satukan dengan adunan butter. Gaul rata.
   9)      Bila dah rata tuang baki selebihnya tadi dan gaulkan hingga sebati. Kemudian barulah mulakan melepa atas kek yang telah dibahagi kepada 2 lapisan.

Susun kek berselang seli coklat-vanilla-coklat-vanilla sambil dilapiskan bersama buttercream. Kemudian ratakan diluar jika perlu.(honney tak buat). Sejukkan  kek dalam peti ais selama 1 jam. Langkah terakhir, orang kata last but not least. Sediakan ganache untuk tuangkan diatas kek yang telah dilepa dengan kek tadi. Lakukan 20-30 minit sebelum keluarkan kek dari peti ais.

CHOCOLATE GANACHE.
Resepi ni honney perolehi dari chef hanielza. Long time ago. Baru sekarang nak try.
Bahan dia mudah sahaja.
200g coklat gelap(honney guna brand NONA)
150g Whipping Cream(honney guna dairy punya)
1sb buttercup.

Caranya:
Didihkan cream dalam mangkuk tahan panas/kaca/aluminium. Guna kaedah double-boiler. Bila dah didih masukkan kepingan coklat gelap, gaul hingga larut. Matikan api. Kemudian masukkan buttercup. Ratakan. Sejukkan dalam peti selama 20 minit. Tuangkan atas kek. Biarkan ganache tu turun dengan sendiri. Baru Nampak cantik dan berkilat. Jika nak hiakan ganache guna nozzle sejukkan lagi ganache semalaman barulah hiaskan guna nozzle. Selamat menyahut cabaran ini.



Untuk coklat design music tu senang je, just cairkan coklat putih(honney guna brand NONA)menggunakan kaedah double-boiler kemudian masukkan dalam piping beg dan lorekkan mengikut design yang anda suka. Bekukan coklat tu dalam freezer sebelum sediakan buttercream. Bila kek dah siap deco barulah keluarkan coklat yang anda design tadi dan hias mengikut kreativiti sendiri.

2 comments:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.