6 December 2012

Resepi Popia Kentang Daging Bergoreng


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Masuk je waktu petang mesti mulut nie kerja nak mengunyah je kan. Termasuklah  Cik honney nie, sambil jari jemari yang tak berapa nak runcing nie sibuk menyiapkan entry nie, mulut pun sibuk juga nak mengunyah. Orang kata sambil menyelam kita minum airlah ye, tapi jangan minum sambil kembung perut sudahlah. Nanti benda lain yang jadi plak..hehe..


            Petang nie honney  cuma buat Popia Goreng tapi bukan PopiaGoreng Bersayur ye, kali nie Popia Kentang Daging Bergoreng plak. Bila masuk dapur tengok dalam peti ada kulit popia yang sudah keras ya ampun nak hempok kepala ko pun boleh. Tengok di rak barang kering tengok ada ubi keledak banyak ketul lagi. Jalannnnn...menu harinie past...semua bahan ada. Maklumlah semenjak dua menjak nie den memang sibuk sikit, sibuk nak “Clearence Stock’’maklumlah minggu depan nak jalan jauh. Haipp Cik honney nak pergi mana pula tu???? Eurmm di entry akan datang den akan cerita k. Entry minggu nie banyak berkisarkan tentang makanan dan holiday yang lalu je.


            Maklumlah Budak Kechik dah habis PMR, jadi dia kata sekarang MERDEKA!!!..Masa untuk montelkan badan...aishhh tahulah badan mu tu `slimseslimnye`, habislah kalau cikgu BM den baca nie. Sure kena tengkalong dengan buku BM nanti...
  
            Orait, dah baca banyak laparlah lah plak kan.Jom masuk dapur masak.

Resepi: Popia Kentang Daging Bergoreng
Sumber: Rekaan Sendiri Ikut seleraAnak Tekak.

Bahan-bahan:
Kulit Popia(wajib ada!!)
3 ketul ubi keledek merah dipotong dadu.
1 biji bawang holland dipotong dadu.
500gram daging merah dipotong dadu.
2 ulas bawang putih(dititik)
2 air mug
Sedikit garam
Secubit perasa
Sedikit gula perang
*3 sb serbuk kari daging.
*Sedikit air

*Gaul sebati hingga pekat.

Cara-caranya:
1-   Tumiskan bawang bersama minyak panas hingga naik bau(masukkan bawang besar dahulu dan diikuti dengan bawang putih. Bawang putih cepat hangit.)
2-      Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan dahulu. Tumis hingga naik bau.
3-   Kemudian, masukkan daging bersama 1 air mug. Tunggu hingga daging ½ masak baru masukkan keledek. Jika Daging liat tambahkan 1 air mug lagi.
4-      Bila daging dan keledek masak. Masukkan sedikit garam,gula dan serbuk perasa.
5-      Bila semuanya cukup rasa siap untuk digulung bersama kulit popia.


J --SELAMAT MENCUBA-- J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com