5 December 2012

Resepi Nasi Goreng Mudah dan Sedap+ Sotong Goreng Tepung.


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hye peeps!! lama dah tuan tanah tak hupdate cerita baru. Maklumlah baru balik dari bercuti. Sudah semestinya banyak cerita menarik yang nak diceritakan pada korang semua. Sekarang nie pun Cik honney tengah sibuk menapis gambar-gambar yang diambil sepanjang percutian den ke tettttttt..ke mana tu...eurmm korang kenalah tunggu di entry yang akan datang. Setelah sekian lama tuan tanah tak update Belog Wadahberbicara nie dengan resepi yang baru, kini tuan tanah kembali aktif semula walaupun tinggal lagi beberapa hari lagi untuk menyahut seruan Ilahi pergi berjihad di medan Ilmu... Ya, Syukur Alhamdulillah Cik honney kini bakal menyambung pelajaran di IPT.. dimana dan course apa biarlah saudara terdeat sahaj yang tahu. Hanya yang ku pinta, agar kalian mendoakan Cik honney dapat berjaya dalam bidang ini nanti. Amin. 

    Orite, untuk hidangan julung kalinya setelah berminggu-minggu tuan tanah tak update, maka dengan ini terimalah resepi yang simple saja. Masih tiada idea nak masak apa, jom bermasak bersama Cik honney. Resepi nie cukup mudah dan selalu menjadi pilihan den andai kekeringan idea.

Mesti ramai yang tertanya-tanya(padahal tajuk dah trang tang tang daaa)

Resepi apa tu honney??

Menu Pertama:-

Nasi Goreng Wadahberbicara
Tengok gambar nie dulu..
-
-
-
-
-
zoom....zoom...zoom...

-
-
-
-

Menu Kedua:-

 Sotong Goreng Tepung.

zoommmm lagi...
-
-
-
-

Nasi Goreng Wadahberbicara???!!

Nak tahu kenapa den namakan nasi goreng wadahberbicara, sebab nasi nie goreng nie special sikit. Ada ikan bilis, carrot, nugget daging. Cukup lengkap lah. Tak perlu nak berbicara lagi, cukup wadahnya. Maka terciptalah Nasi Goreng Wadahberbicara.
Tak perlu masak dua tiga jenis lauk dah(ayat orang tengah malas masak nie.),bila sediakan nasi goreng nie.


Tapi untuk nasi goreng nie den sediakan satu jenis lauk iaitu Sotong Goreng Bertepung.


Ingat plak cerita Sutun...sutun...sutun...dia kan suka makan nasi goreng dengan sotong...hewhewhew..(terpesong sekejap)

Dah baca kau membebel la Cik honney. Diam boleh tak, orang lapar nie...

Opsss..maafkan eden ya.. Jom masuk dapur.


Resepi: Nasi Goreng Mudah dan sedap
Sumber: Rekaan Sendiri

Bahan-bahan: (Untuk 3 orang makan)
2 mangkuk nasi putih digaul sedikit garam
½ carrot dipotong dadu
3 ketul nugget daging dipotong dadu
*4 ulas bawang putih
*2 biji bawang merah
*½ cawan ikan bilis
* 3 tangkai cabai melaka
Sedikit minyak

* tumbuk kasar
Cara-caranya:
1-      Panaskan kuali bersama minyak, tumiskan bahan yang bertanda * hingga naik bau
2-      Masukkan carrot, nugget. Goreng hingga masak. (sementara nak tunggu ia masak,bolehlah sediakan sotong bergoreng.)
3-      Gaul sebati, masukkan nasi putih yang telah digaul bersama sedikit garam.
4-      Goreng hingga garing.
5-      Siap untuk dihidangkan bersama lauk-lauk lain.


Resepi: Sotong Goreng Tepung
Sumber: Rekaan sendiri

Bahan-bahan: (Untuk 3 orang makan)
500gram sotong sederhana besar dipotong 3
2 sb tepung gandum
1½ sb tepung jagung
3 sb air
Sedikit garam
Sedikit kunyit

Cara-caranya:
Gaul semua bahan hingga sebati dan masukkan sotong.
Goreng bersama minyak yang panas hingga garing.
Siap untuk dihidnagkan bersama sos kegemaran anda.

J --SELAMAT MENCUBA-- J 

3 comments:

  1. wahh, rase mcm nk buat pulak.. thnks for a recipe :) btw..
    singgah sini jom tgok blog kite ade entry bru la http://farhanabiella.blogspot.com/2012/12/i-hate-school-but-love-education.htm

    ReplyDelete
  2. Meriahnye sotong tepung die... kalau saya , saya campur tepung gandum + tepung beras... Btw nmpak sedap gile :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.