9 December 2012

Muzium Diraja Negeri Kedah


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all




Kali ni destinasi kami adalah Muzium Diraja. Muzium ni tak jauh dari Menara Alor Setar. Berdektan dengan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan juga Balai Seni Negeri. Dapatlah juga kita tahu serba sedikit tentang keturunan di raja negeri Kedah. 

Di samping menambah ilmu pengetahuan masing-masing. Walaupun masa nie kamera tak dibenarkan bawa masuk. Kalau ada yang bawa DSLR, siap kena letak di kaunter lagi. Disarankan kalau nak pegi sini ek bawa buku nota.. Masuk adalah percuma. Cuma kena register di pintu masuk. Tulis nama, dari mana dan berapa orang.










Bangunan ini yang berasal dari "Istana Kota Setar" merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) iaitu pengasas Bandar Alor Star dalam tahun 1735. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821).

Di pintu masuk.
-
-
-
-
-
Sebelum tu,
 jom like page belog wadahberbicara nie dulu. Penat tau aii mengarang.
-
-
-

Bangunan batunya telah disiapkan pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Baginda pernah bersemayam di istana ini bersama permaisurinya Wan Hajar Wan Ismail atau dikenali dengan panggilan "Mak Wan Besar". Kerana itu, istana ini juga terkenal dengan nama "Istana Mak Wan Besar".

YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga telah diputerakan bersebelahan dengan istana ini (Bangunan Pagoda, yang kini sudah tiada lagi) pada 8 Februari 1903 dan pernah dibesarkan di istana ini sewaktu ayahandanya Almarhum Sultan Abdul Hamid dan bondanya Mak Che Manjalara bersemayam di sini.
Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" apabila ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Upacara perkahwinan secara besar-besaran ini mengambil masa tiga bulan dalam tahun 1904.

Selepas tahun 1941, istana ini pernah digunakan sebagai sekolah dan pejabat beberapa persatuan termasuk Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap. Pada 25 Julai 1983, bangunan istana ini diisytiharkan sebagai "Muzium Diraja Kedah" Sumber dipetik dari http://www.mykedah2.com/30alorsetar/306_mdr.html



0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com