7 December 2012

Jom terjah Muzium Padi di Kedah

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Taraaaaaaaaa...apa-apapun jom like page belog wadahberbicara nie dulu. Penat tau aii mengarang.

Pada percutian cik honney yang lalu hari seperti mana yang telah diberitahu di entry  AKHIRNYA DAPAT JUGA BALIK KAMPUNG!!. Banyak aktiviti yang menarik telah cik honney bersama-sama ahli keluarga serta saudara mara. Entah mengapa dan kenapa baru kali ini terasa nak pergi jelajah satu negeri Kedah untuk mencungkil sejarah lampau. Padahal dulu pernah duduk sana bertahun lamanya tak terasa pun nak pergi melawat tempat menarik disana.

Papan tanda yang bertanda star biru tu tempat jelajah kami kali ini.



Di depan pintu masuk Muzium Padi

Sepanjang percutian cik honney kali ini, laman web Kedah2u   telah menjadi panduan untuk percutian kami kali ini. Banyak info yang penting dapat den ketahui dari laman web tersebut. Opss untuk jelajah kali nie hanya tuan tanah dan budak kechik serta 6 orang sepupu dan seorang bapa seorang merangkap pemandu pelancong kami pada hari tu.

Cik moon mana cik honney ??

Adinda cik honney itu dah balik ke Sarawak bersama bonda untuk daftar sem yang baru. Kesian kan dia tak dapat turut serta. Eurmm tak pe tahun depan kita pergi tempat lain plak.

Tempat pertama yang menjadi lokasi kami adalah ke Muzium Padi. Kesempatan ini diambil untuk merakamkan kenangan yang terindah di Muzium Padi.

tiket masuk ke Muzium Padi

Ketika sampai di Muzium padi kelihatan beberapa bas sekolah dan persiaran sedang parking di luar muzium kawasan muzium. Sepupu cik honney terus masuk ke dalam muzium dan membayar harga tiket. RM 3 untuk dewasa, RM 1 untuk kanak-kanak dan RM 2 untuk kamera(segala gadget yang ada kamera semua kena cas RM2, tapi den bayar rm2 utk satu gadget aje, yang lain tu pandai simpan ler).

Bergambar dahulu di Aras 2, sebelum naik ke Aras 3.

Di dalam muzium seorang warga kerja muzium menyarankan kami semua  untuk naik  ke Aras-3 dahulu. Apa-apapun kita tangkap gambar dulu.

Apa yang menarik di aras ini adalah panorama dalam bentuk mural dan lanskap. Ramai kanak-kanak cina yang mengikuti rombongan sekolah di aras ini. Aras-3 ini kita boleh menyaksikan pemandangan sambil duduk dikerusi yang bepusing membawa anda melihat seluruh pemandangan. 





Setelah selesai mengambil gambar kami semua turun untuk ke aras yang seterusnya.

Aras seterusnya adalah aras ke-2 . Di aras ini kita boleh melihat lukisan-lukisan menggambarkan pertanian penanaman padi, dan jenis-jenis padi yang terdapat disleuruh negara dan juga asia. 


Baru tahu, rupa-rupanya padi nie ada macam-macam jenis. Ada yang koko terang, koko muda, koko gelap pun ada. Saiz plak ada yang panjang macam beras basmathi tu, ada yang sederhana dan pendek.

kotak padi yang terdiri dari pelbagai negara.

_
_
_
_

Zoom lagi macam dibawah nie.
Ini padi dari negara ASEAN. saiz dan rupa lebih kurang amcam di atas tu je.

Disamping itu terdapat pameran makan-makan yang berasaskan beras dipamerkan antaranya kuih beras, rempeyek dan banyak lagi.


 
Kuih tradisional berasaskan beras.

Ohh baru tahu!! Kosmetik tradisional yang berasaskan beras.

Bedak sejuk la tu.

Di suatu sudut terdapat sebuah tv yang sedang menayangkan dokumentari mengenai tanam padi. 


Selesai mengambil gambar kami semua terus turun ke Aras 1 pula(turun tangga lah lagi, nak guna lift pun boleh, tapi takkan ler muda-muda dah guna lift untuk ke aras 1 dari aras 2. Nenek tua pun guna tangga wei. Tercabar tal??).

Woww..lagi banyak yang menarik di aras nie.

Beras yang ada dipasaran.

Yang menarik di aras ini adalah pameran-pameran alatan yang digunakan dalam penanaman dan pemprosesan dari zaman dahulu sehinggga sekarang  dipamerkan di sini.

Antara alatan yang ditunjukkan adalah pisau pemotong padi, mesin yang memproses padi menjadi beras, dan banyak lagi.


 
Ini jelapang. Fungsi dia jeng..jeng..jeng...den lupa..korang seacrh google jelah ek..

Bahasa Kerbau???!!

Tak sangak kerbau pun ada bahasa.

Aksi kami yang terakhir sebelum keluar meninjau kawasan muzium padi diluar. Hampir 20 min kami berkasi disini sahaja. Habis orang lain nak tangkap gambar pun kena beratur dulu. 1st come 1st get ler kan..haha


Setelah penat berjalan kita duduk sekejap.


Muzium Padi sememangnya muzium yang harus dikunjungi oleh setiap orang yang ingin mengetahui sejarah penanaman padi dan segala yang berkaitan dengan padi.

Kepada yang inginkan cenderamata untuk dibawa pulang atau sebagai hadiah, di aras ini(aras 1) juga terdapat kedai yang menjual cenderamata. Antara yang dijual di sini adalah baju, hasil kraftangan makanan dan lain-lain.Tapi cik honney tak masuk pun sebab tengok pegawai yang jaga pintu kedai souvinier nie bengis sangat.


Setelah selesai melawat di dalam muzium kami keluar meninjau diluar muzium untuk mencari apa lagi yang menarik yang terdapat di sini. 

gara-gara penangan gangnam style, tak sempat-menyempat sepupu den nak beraksi di kuda yang seekor nie.

Taraaaa

Akhir sekali, terdapat kafeteria di luar muzium sekiranya anda ingin makan atau minum.
Kemudahan yang disediakan di sini adalah tanda awam, tempat letak kenderaan .

Rasanya sudah banyak yang kami kunjungi di dalam muzium ini dan apa yang cik honney boleh katakan adalah muzium ini amat sesuai dilawati oleh semua orang terutamanya orang utara seperti Pulau Pinang Kedah dan Perlis kerana di sini kita dapat melihat dan mengetahui tentang padi dan sejarahnya.
Tidak lengkap sekiranya pelancong dari luar kedah yang datang ke Kedah tetapi tidak  berkunjung ke sini kerana Muzium Padi adalah satu-satunya muzium padi yang terdapat di Malaysia.

Cara mudah untuk ke Muzium Padi
Sekiranya anda memandu sendiri: Dari bandar Alor Setar melalui jalan Sultanah kemudian membelok masuk ke jalan Suka Menanti. Apabila sampai di persimpangan ( simpang tiga) membelok ke  kiri dan jalan terus sehingga anda jumpa papan tanda di sebelah kanan yang menunjukkan arah Muzium Padi (lebih kurang 4 - 5 kilometer).
Pengangkutan awam: Lebih mudah sekiranya menyewa teksi kerana tiada pengangkutan awam seperti bas yang melalui muzium.
Tip:  Muzium Padi terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang . Dari jauh tanya orang  yang mana satu Gunung Keriang ( di sesetengah tempat Gunung Keriang boleh dilihat dari jarak 20 kilometer)

Sumber untuk tempat pertama jelajah cik honney kali ini adalah dari Kedah2u

Nota tangankaki: opsss, jangan lupa esok nanti entry pengalaman masuk ke Pusat Sains, Menara Alor Setar, Balai Seni, Balai Nobat dan juga Tanjung Chali..

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com