9 December 2012

Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diwujudkan di bangunan yang pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Negeri Kedah.

 Bangunan Mahkamah ini telah dibina pada November 1922 (1341 Hijrah) dengan ilham  Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ (Arkitek) dan H.W. Fofden (Kontraktor). Rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri senibina Roman. Keadaan ini jenis dilihat daripada rekabentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.

jom like page belog wadahberbicara nie dulu. Penat tau aii mengarang.

 
Cuaca sangat terik ketika ini.

Bangunan Mahkamah ini telah dikosongkan apabila operasi Mahkamah berpindah ke Kompleks Mahkamah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar pada bulan Jun 2005.

Bangunan Mahkamah telah diubahsuai menjadi Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 2007. Pelan ubahsuai telah disediakan oleh Arkitek Rusman berdasarkan spesifikasi galeri yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Bijaya Indera, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kerja-kerja ubahsuai bangunan dijalankan oleh kontraktor Seri Temin Development Corporation (M) Berhad. Kerja hiasan dalaman bangunan dilaksanakan oleh Azam Hias (KL) Sdn. Bhd., manakala kerja-kerja pengisian bahan pameran dilaksanakan oleh Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. 

Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman untuk tatapan orang ramai dan akan dipelihara sebagai bahan sejarah. Galeri Ini juga diiadikan salah satu produk pelancongan ‘Kedah Heritage TraiI’. Sumber diperolehi disini

Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandar berhampiran Masjid Zahir , Balai Besar, dan Balai Nobat. Dahulu galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Namun ia diubah suai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri. Orang ramai dapat mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah jika mengunjungi galeri ini.

Galeri Sultan Abdul Halim Ia memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Turut dipamerkan adalah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini. Sumber ini diperolehi disini


0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com