9 December 2012

Destinasi yang terakhir adalah ke Dataran Tanjung Chali,Kedah.


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Destinasi terakhir kami untuk penggembaraan kali ini adalah ke Dataran Tanjung Chali. Kali terakhir juga tuan tanah nak minta ajsa baik korang untuk   like page belog wadahberbicara nie dulu. Penat tau aii mengarang.

Makseh awak!!..

Jom baca entry yang terakhir untuk penggembaran tahun ini.
-
-
-
-
 
 Dataran Tanjung Chali

Walaupun cuaca sudah mendung ianya tak mematahkan semangat kami untuk terus beraksi dengan sebaik mungkin.

Sekiranya anda datang berkunjung ke bandar Alor Star, Jangan lupa untuk singgah ke Menara Tanjung Chali.

Kat mana tu cik honney???
 
Den tau korang tak pernah dengar, den pun baru dengar baru-baru nie je..hehehe..(kantoi!!)


  Orait.. Lokasinya terletak di pesisiran Tanjung Chali di Pekan Cina dan tidak jauh dari pusat bandar. Tidak susah untuk sampai ke sini kerana sekiranya anda dari arah selatan dan menggunakan Pesiaran Sultan Abdul Halim ( Dulu dikenali sebagai Jalan Pegawai ).

1st time datang wei. Jakun pun ada..

 Dari atas menara pula, kita dapat menyaksikan pemandangan indah bandar Alor Star dan Sungai Kedah. Selain itu, dua jambatan yang penuh dengan sejarah juga jelas kelihatan dari atas menara.

 

Semput wei nak mendaki anak tangga sebanyak 18 anak tangga dan juga 11 anak tangga kecil untuk sampai ke puncak  Dataran Tanjung Chali nie.

Walaupun semput dan capek, ianya tak mematahkan semangat kami untuk terus bergambar.
Permandangan Menara Alor Setar, dapat dilihat dari sini.

Di menara ini juga terdapat dataran yang dibina di sini. Keluasan dataran ini sesuai sekiranya ingin mengadakan aktiviti dalam kumpulan kecil. Selain itu ada sebuah jeti dibina di sini tetapi semasa artikel ini ditulis tiada bot atau sampan di jeti ini.

 
Permandangan Gunung Keriang juga jelas dilihat dari puncak Dataran Tanjung Chali

 Anda pasti dapat melihat menara ini di sebelah kiri anda apabila sampai di jambatan yang melintasi Sungai Kedah.

Disebabkan menara ini bersebelahan dengan Pekan Cina yang agak sibuk , kadang-kadang agak sukar untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan . Tetapi ini tidak menjadi halangan untuk berkunjung ke sini kerana ia tempat yang menarik dan penuh bersejarah yang perlu kita ketahui. Sumber dirujuk di SINI

Tinggi ya amat menara di Dataran Tanjung Chali. Yang pasti den mampu naik sampai ke puncak. Yehh!!

 Maka dengan ini, selesai sudah jelajah pengembaran kami untuk mencungkil segala history yang telah berlaku di negeri tumpahnya darahku ini.
Rasa teruja pun ada.

Aii vangge jadi anak jati jelapang padi!!!

Ohhh..terharu sekejap..


Scene daripada lakonan dalam Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi episod 25...

2 comments:

  1. Seronok na... gi ramai-ramai..

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaaaaaaaaaa serius jeles... cantik permandangn.. tak pernah lagi pergi ke sini

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com