8 November 2012

RONDA DI BANDAR BINTULU

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Dah puas phootoshoot dalam entry JOM BERGAMBAR KENANGAN DI BINTULU nie tadi, sekarang jom RONDA DI BANDAR BINTULU pula.

            Sampai di Bandar Bintulu nie juga Cik Honney jumpa banyak kedai yang jual barang kek. Adalah dalam 4 -5 buah kedai. Ada yang kedai melayu dan ada yang kedai tokei cina. Harga pun lebih murah berbanding di Sibu. Disebabkan dah sampai di Bintulu, den pun singgahlah di ESCO Bakery Ingredient Supply. Kedai nie berderetan dengan AZAH PON CAFÉ. Yapp, kitaorang beli sebelum makan di café tu. Sementara nak tunggu makanan yang di-order sampai den ajak bonda pergi terjah kedai bakery nie sebentar.

            Alih-alih habis jugalah dalam RM 50++, Barang yang dibeli kat sini adalah filling blueberry dan hasilnya adalah BlueberryCheese Cake, cream of tartar, creamnate, krimwell dan hasilnya pula adalah Kek Cawan Simple.

            Apa yang ada di Bandar Bintulu. Orait antaranya adalah Esplanad Bintulu, Pasar Utama Bintulu, dan yang paling penting merangkap misi utama Cik Honney adalah tempat untuk membeli cenderahati yang satu-satunya den jumpa di sini adalah di TO ME HANDICRAFTS


Barang disitu adalah terhad dan harganya fuhhh sangatlah mahal. Akhir sekali den mampu beli nie je sebagai kenangan. Tak dapat nak borong banyak, kami tangkap gambar je yang banyak.



Misi utama dah berjaya diselesaikan, seterusnya ayahanda bawa kami sekeluarga pergi ke kawasan Lapangan Terbang Lama di Bintulu. Tempat yang menjadi tuan rumah untuk majlis sambutan Hari Malaysia dua bulan yang lepas. Tempat nie lapang habis. Sekarang menjadi kawasan tempat letak kereta dan juga tempat orang berjual niaga secara kecil-kecilan.


Sambil pusing-pusing di Bandar Bintulu nie kami terjumpa satu-satunya Kedai Kek Sarawak iaitu KAKSU KEK LAPIS SARAWAK. Ingatkan di KUCHING je yang jual kek lapis Sarawak nie. Tapi kat Bintulu nie tak de lah semeriah jual di Kuching tu. 


Menurut Kaksu nie kek yang beliau jual adalah menggunakan butter Anchor, pure butter lah, itu sebab kek yang dijualnya agak mahal berbanding dengan kek yang dijual di Kuching yang menggunakan buttercup. Seperti biasa sebelum  membeli kek pilihan anda, anda akan diberikan sample utnuk mencuba tapi sample nie tak de lah sebanyak pilihan banyak di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah di Kuching tu. Waktu nie kami dapat cuba rasa 6 jenis kek lapis saja, sebab kek yang lain dah habis dijual. Lagipun waktu kami pergi nie dah lewat petang. Kek yang paling sedap adalah kek lapis cudburry. Kebetulan waktu nie kek tu dah habis plak, yang tinggal cuna tester nye saja. 


Alahai tak ada rezeki kami. Akhirnya den pilih Kek Lapis Evergreen. Lembut habis, moist sikit dan harganya adalah RM27 dan 2 jenis kerepek yang harganya RM 2.50 setiap satu. Saiz dia adalah seperti gambar nie.

            Otw nak balik ke PARKCITY EVERYLY HOTEL , berderet kain rentang yang pelbagai corak di gantungkan di tepi pagar sekolah rendah. Kain rentang yang dicoretkan oelh pelajar-pelajar bersempena Hari Guru pada 16 mei lalu. 

            Terbuktilah masa yang kami pergi Bintulu nie adalah minggu sambutan Hari Guru. Bulan Mei yang lalu. Lama dah tu, sekrang baru nak update ceritanya.

            Sebelum pulang semula ke PARKCITY EVERYLY HOTEL ayahanda ajak pergi MAKAN MALAM di SELERA KAMPUNG siap-siap. Balik hotel nanti malas nak keluar bilik dah.

12 comments:

  1. cam menarik je.. nak sgt pegi sane tp kene tunggu anak besar skit kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik..best tmpt nie...banyak kedai melayu blh dpt kat cni

      Delete
  2. Replies
    1. of course best dear...pantai dia cantik..

      Delete
  3. actually ade 2 lagi kedai handicraft selain dari kedai handicraft yg u pegi tuh..dan byk lagi pilihan dy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye..area mana tu??sebab saya cari juga kedai handicraft nie..cuma jumpa yg tu je.

      Delete
  4. Kaksu kek lapis tu area mana? Kedai melayu ke cina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsure plk area mna..dh x ingt lh..sorry..kedai melayu nie..cuba google

      Delete
  5. yns car rental17/10/13 12:21 pm

    Salam...sesiapa yang ingin mencari kereta sewa di bintulu
    boleh lah menguhubungi saya
    yns car rental 0146909608..
    terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam.. tq sbb kongsikan info di bintulu. Maybe next year sy akn pindah ke bintulu. So skrg dlm hati ni risau n happy. Risau sbb tak pernah ke sana n harap2 banyak la kedai2 melayu n halal. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Bintulu best, banyak kedai makan muslim. Sedap atau tak itu saja masalahnya. Try and test rasa dulu lah nanti.

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com