9 November 2012

TEMPAT MAKAN 3: MAKAN MALAM di SELERA KAMPUNG

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Dah puas RONDA DI BANDAR BINTULU. Perut mula terasa lapar. Jadi sebelum balik ke PARKCITYEVERYLY HOTEL ayahanda ajak makan malam di SELERA KAMPUNG. Kedai nie terletak sederet dengan AZAH PON CAFÉ dan ESCO Bakery Ingredient Supply. Medan selera nie terletak di belakang pasaraya Sing Kwong jalan ke stesen bas. Di situ ada 3 buah kedai makan(kalau tak silap den).

            Yang pasti AZAH PON CAFÉ hanya buka hingga tengahari sahaja. Kebetulan waktu tu tinggal SELERA KAMPUNG sahaja yang ramai orang. Sebuah kedai makan lagi suram je. Mentaliti kita kalau kedai tu rmaai orang mesti makanannya sedap kan. Jadi kami pun cuba makan di SELERA KAMPUNG nie untuk cubaan pertama kali dan kali terakhir. ;agipun kedai nie agak ceria dengan cara dekorasinya.


            Sebab apa Cik Honney kata kali terakhir????

            Tak disangkal menu yang ditawarkan di kedai nie memang banyak gilerrrrrr. Cuma makanan yang dihidangkan tidak standing nama menu yang ditawarkan. Cara persembahan makanan nie REJECT!! Tak berseni langsung. Kedai Melayu memang selalu macamnie. (emo sikit). Masa pelanggan ramai segelintir peniaga melayu memang suka ambil kesempatan dalam berniaga.


            Contoh dan sebab yang nyata waktu kami makan di SELERA KAMPUNG nie adalah nasi putih yang kami terima 3 nasi yang elok dan 1 nasi yang tinggal kerak je…what the heck!!! Selera makan pun terbantut, tapi disebabkan masa tu kitaorang memang agak kelaparan juga dan dah order takkan tak nak makan. Akhirnya makan jelah. Lagipun gigi masih kuat nak krup krap krup krap kerak nasik tu.(tak puas hati betul lah).

            Sebab yang KEDUA pula adalah telur dadar yang dihidangkan sangatlah MASIN bak hang. Kalau ya pun garam murah ajnganlah campak sampar segenggam garam. Disebabkan budak kechik suka makan masin terlebih nie maka dialah yang habiskan telur dadar tu.

            Sebab yang ketiga pula adalah pinggan yang diberikan kepada kami tu tersangatlah BURUK, maksud buruk disini adalah kesan daki makanan tu tak tanggal. Pinggan plastik lama-lama digun memnag akan tinggal daki macam tu...bukan tak reti bersyukur cuma fikirlah sikit mood orang nak makan dalam pinggan cenggitu. Den rasa makan roti canai dalam pinggan aluminium tu lagi bagus. Walaupun tak ada corak pun mata tak sakit hati tak bercelaru.

            Sebab yang terakhir dan melengkapkan senarai blacklist dalam segmen “FOOD REVIEW” buat pertama kalinya adalah nasi yang dihidangkan tu tersangatlah sikit. Tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

            Kos yang kami makan malam di SELERA KAMPUNG adalah berjumlah RM 35++. Nasi putih 4, lauk 4 jenis dan air 5 jenis. Walaupun pada mulanya dekorasi di sini agak cantik dan tidak seperti di AZAH PON CAFÉ yang dekorasina sangat simple tetapi makanan yang dihidangkan tidak standing dengan dekorasi yang cantik itu. Tidak seperti AZAH PON CAFÉ yang mana dekorasi tidaklah cantik tapi makanan yang dihidangkan sangatalah sedap dan meyelerakan. Sebagai pengguna yang bijak nda tentulah sendiri. Mahukah anda bernikmati hidangan di sini????


Nota kakitangan: Niat Cik Honney diisini bukan nak menjatuhkan bisnes saudara islam kita di kedai tersebut tetapi lebih kepada untuk menjelaskan sebab yang tak munasabah harga yang ditawarkan dengan makanan yang dihidangkan.

P/s: Jangan menipu dalam berniaga kerana anda tidak akan senang dengan cara sebegini.  


4 comments:

  1. selera kampung mmg tak berapa..cbe pg seribu bintang/anjung warisan or byk lg la tmpt ya best kt bintulu ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti saya pergi sekali lagi.

      Delete
  2. Selera kampung tu port student2 upm yg rindukan masakan orang semenanjung..tapi memang tak dinafikan kualiti mkanan mmg kurng memuaskan..masa zaman sy di upm bintulu dulu slera kampung jd keutamaan sebab harganya yg lebih murah banding restoran2 lain..
    -exupmkb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah, layanan pun kurang mesra, tapi harga mahal juga.,

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.