8 November 2012

Jom Bercuti di BINTULU

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Setelah lama menyepi di blog wadahberbicara ini kini tuan tanah kembali menghiruk pikukkan semula, Nak tahu tuan tanah pergi mana selama menyepi diri nie jom pergi bercuti bersama Cik honney. Percutian kali ini masih di dalam negeri Sarawak, Cuma tempatnya sahaja yang berbeza. 
                                                        
                                                              Bercuti ke mana tu???? 
          
     Seperti dalam gambar nie lah.
  
Jom kita pergi ke Bintulu, perjalanan ke Bintulu dari Sibu memakan masa selama 3 jam 20 minit(naik kereta). Tempat yang menarik ataupun lebih kepada history tu kitaorang tak pergi sangat, sebab masa sangat suntuk. Masa nie pun Cik honney pergi sambil bekerja. Bukannya pergi bercuti saja je. Alang-alang menyelup pekasam biar sampai ketiak masam, hehehe…(peribahasa abang ben nie.)

Perjalanan kami bermula awal pagi, dalam pukul 8.30 pagi dan sampai di Bintulu dalam pukul 12 lebih. Dah masuk waktu makan tengahari. Terus dari Sibu, kami tak makan apa-apa pun kononnya nak makan di Bintulu. Lagipun masih awal pagi, mood mengantuk masih menguasai mata, jadi sepanjang perjalanan ke Bintulu den tidur je. Alih-alih sedar dah masuk ke Bandar Bintulu.

Misi pertama(Hari Pertama) sampai disana adalah cari Kedai Makan, sebab masa nie perut kitaorang memang dah lapar sesangat. Gerai yang menjadi pilihan keluarga Cik honney kali ini untuk makan pagi cum tengahari adalah di AZAH PON CAFÉ. (nak tahu menu apa yang disediakan sila klik nama kedai makan tu.)

Misi seterusnya adalah mencari tempat penginapan. Tempat penginapan kami kali ini adalah di PARKCITY EVERYLY HOTEL. Hotel 4 bintang. 


Kalau nak hotel banyak bintang lagi boleh pergi menginap di NEW WOLRD SUITES. Sudah semestinya bayaran untuk semalaman lebih tinggi. 


Kalau nak bajet yang murah bolehlah pilih HAUZ INN. Tak tahu tempat tu di mana sila search google ye. 

Untuk mengetahui bayaran penginapan yang keluarga Cik honney pilih kali nie boleh baca entry sepenuhnya di Pengalaman Menginap di PARKCITY EVERYLY HOTEL.


Sementara menunggu ayahanda Cik honney beradu, masa yang ada jangan dipersiakan. Disebabkan den dengan budak kechik dah tidur lena dalam kereta sepanjang perjalanan, jadi kami minta izin untuk meninjau seluruh kawasan PARKCITY EVERYLY HOTEL nie. Kawasan persekitaran hotel ini tersangatlah cantik sekali. Maka bermulalah sesi photoshoot yang tak seberapa di JOM BERGAMBARKENANGAN DI BINTULU.

Selepas waktu asar bonda ajak keluar RONDA DI BANDAR BINTULU. Tengok apa yang ada, mana tahu ada kelebihannya tersendiri disini.

Sebelum pulang semula ke PARKCITY EVERYLY HOTEL ayahanda ajak pergi MAKAN MALAM di SELERA KAMPUNG siap-siap. Balik hotel nanti malas nak keluar bilik dah.

Aktiviti yang terakhir yang kami lakukan sepanjang seharian di Bintulu ini adalah pergi MENIKMATIPERMANDANGAN ‘SUNRISE’di TEPIAN PANTAI BINTULU. Suasana yang sangat romantik.

Tengahari keesokkan harinya merupakan perjalanan pulang ke SIBU semula. Disebabkan kerja ayahanda dah selesai awal pagi maka kami mengambil keputusan untuk terus balik ke SIBU.

p/s: Percutian yang sangat indah walaupun hanya dapat dirasai dalam sehari sahaja. Tidak perlu bajet yang beribu-ribu ringgit untuk merakamkan memori terindah bersama keluarga anda.

3 comments:

  1. sng x dapat makanan halal kt sna?..sbb next month + bulan puasa ni sy perlu ke Bintulu..

    ReplyDelete
  2. Esok, sy ke bintulu.. 2 weeks.. berpuasa di sana la nampaknya..
    First time sampai ni.. :)

    ReplyDelete
  3. ape yg tempat menarik nk dikongsi disini??? adeh la entry..

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.