13 October 2012

Travel To Kuching: Shopping di Bandar Kuching (Part 05)


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Orait...Selepas kami makan kenyang..kenyang…di entry yang lalu Travel to Kuching: Makan Tengahari (Part 04) now masa untuk berjalan-jalan sambil mencuci mata(ehem…ehemm..jangan tak tahu mat saleh banyak kat Kuching nie..hehe). 

Tugu Kuching. Hampir siang malam mesti ada orang bergambar.

       Tempat yang menjadi pilihan utama sudah tentunya Bandar Kuching. Sebab utamanya adalah nak membeli belah ler…aisehhhh…lagipun kebetulan kawan  Cik honney merangkap my bestfriend forever kononnya BFF lah katakana, dia ada pesan t-shirt Sarawak nie. Ohh lagi satu, kawan den nie memang fanatic gilersss dengan t-shirt ada tulisan yang melambangkan sesebuah negeri tersebut. Itu adalah hobi sekian lamanya. Manakal hobi den adalah mengumpul kicen dari seluruh pelosok dunia..(opsss baru pelosok negeri, dunia tu coming soonnnnnnn..) Sebelum pergi terjah kedai-kedai yang menjual barang-barang tu kitaorang pergi tempat yang suatu ketika dahulu suka melepak kat sana. Apalagi kalau bukan Waterfront Kuching  
Itulah Dewan Undangan Negeri Sarawak(DUNS) yang baru. Kalau waktu malam lagi cantik. Bercahaya je.

kuching waterfront at night KUCHING
Waterfront waktu malam-sumber SINI-

Taraaaaa...tuan tanah mengabdikan kenangan bersama Astana dan juga DUNS. Disebabkan tamak nak ambil dua-dua tempat tu kenalah ambil gambar dari jarak jauh.

Selepas bergambar itu ini, dah penat posing sakan. Ayahanda ajak pergi beli barang cepat, nanti lambat-lambat lagi panas terik. Sarawak nie panas terik dia lain. 
(den pun tak tahu nak cakap panas lain dia tu camne, tapi memang panas sikit la dari semenanjung.)

 Sebelum den melalut dengan lebih lanjut jom kita tahu sedikit pengenalan tentang
Bandaraya Kuching.

Bandaraya Kuching merupakan Sebuah Bandar Besar dalam Wilayah Bahagian Kuching yang merupakan antara sebahagian Wilayah di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, dan merupakan ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain Suku lagi. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan kedatangan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching membuktikan bahawa Terdapat Segalanya Di Kuching.. Dari Destinasi Membeli Belah Hinggakan Ke Destinasi Flora Fauna Keindahan Alam dan Destinasi Budaya Luar Biasa Semuanya terdapat di sini.

Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2007 dianggarkan sekitar 634 517 orang.

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Di Tengah2 Bandaraya Kuching terdapat Sebuah Sungai yang sering kali menjadi iKon dan juga menjadi tempat istirehat dan Riadah bagi Penduduk Tempatan dan Para Tetamu Antarabangsa. Terdapat juga Pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya anda ke Kuching antaranya Sarawak Plaza, Charless Broke Memorium, Dataran Kuching dan Banyak lagi.-sumber google

Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang, RM 1.00 seorang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah(3 tahun lepas den naik kena bayar rm0.30 je tau, lagi murah). Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga.

T-shirt nie semua harga sangat berpatutan. Memang rambang mata lah nak pilih.

Bertentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole anda untuk saudara mara dan sahabat anda ketika kembali. Disarankan pergi hari sekolah ataupun hujung minggu, janganlah korang datang hari cuti sekolah. Sure nanti kena kapak kepala dengan harga yang mahal melambong…


Tempat yang sesuai untuk membeli belah nie adalah di kawasan Indian Street(sini murah sikit harganya berbanding dengan di depat waterfront tadi), berdepan dengan Kuching Waterfront. Kuching Waterfront kini semakin pesat membangun, suasana malam kat situ fuhhh romatik habis.(malangnya masa tak mengizinkan kitaorang pergi sana pada waktu malam, insyaAllah satu hari nanti den pogi lagi yee).

corak nie telah menajdi pilihan Budak Kechik

Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuas hati dengan pilihan yang ada. Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan.

Terdapat sebuah Masjid India di tengah-tengah India Street(masjid tertua). Silalah bertanya dengan orang-orang sekeliling anda jika perlu.

Dan ada lagi satu tempat yang menjual pelbagai pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Nak tahu dimana tempatnya nanti entry yang seterusnya..

Psstt jangan lupa PART 06 okey..rugi kalau ketinggalan..

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.