15 October 2012

Travel to Kuching- Kek Lapis Sarawak Yang sedap(Last Part)


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Orait..setelah 3 hari 2 malam di Kuching maka dengan itu Hanis akan berangkat pulai-bahasa iban yang bermaksud (pulang) ke Bandar Sibu semula. Sebelum berangkat pulang jangan dilupa kepada kek lapis Sarawak. Orang semenanjung memang gila-gila habis kat kek lapis nie. Kalau pergi ke kedai yang jual kek lapis nie penuh je dengan orang luar(semenanjung).


          Kedai yang menjual Kek Lapis Sarawak di area Kuching nie memang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Dalam bandar Kuching tu sendiri ada berpuluh-puluh kedai kek lapis. Pengguna macam kita memang banyak pilihan untuk memilih, tetapi sedap ke tidak itu yang paling penting.

            Waktu Hanis  makan di Barok Bistro pun ada juga kedai Kek Lapis Sarawak yang bersebelah dengan restoran nie. Rasanya 3 tahun lepas kedai tu tak wujud lagi. 

Kedai yang dimaksudkan ialah @yath Kek Lapis Sarawak.

Tak pernah beli pun kat sini, jadi korang mau cuba???

Hanis dah cuba??

Belum cuba lagi, tapi dari sumber yang den dapat dan boleh dipercayai (itu gunanya ada blog) kedai yang jual kek lapis sarawak sekarang nie jatuh kepada
-
-
-
-
-

Dijamin sedap!!! (gambar sumber google)

Yeahh...kesedapannya sudah dijamin oleh Hanis sendiri. 

   Diulang, Kek lapis Sarawak yang paling sedap sekarang nie adalah Mira Cake House. Itu bagi pendapat den lah. Bersebelahan Mira Cake House nie ada juga kedai kek lapis, Afifi Kek Lapis.  Kalau dulu kek lapis Dayang Salhah, famous amos sekarang nie. Tapi sekarang kek lapis Mira Cake House plak paling sedap sebab tekstur dia lembab..fuhh memang mantopp la…pilihan banyak jenis. Korang boleh testing, kalau ringan mulut korang tanya kat pekerja dia tu pun ok. Yang paling den suka pekerja dia sangatlah ramah tamah. Orang yang kunjung tiba tu perhh memang ramai gilersss, so kalau korang nak beli better grab sorang pekerja dia siap-siap sebelum orang lain kebas (ini cara den buat, habis semua jenis kek den rasa). Sebelum pergi Mira Cake House, jom kita pergi mencuba kek lapis sarawak di kek lapis Dayang Salhah dulu. Di kek lapis Dayang Salhah memang banyak pilihan, rambang mata nak pilih tapi jangan risau, anda boleh cuba rasa. 

Tak percaya????

Tengok nie!!


Hampir 30 lebih jenis kek lapis sarawak. Cuba je semua. Free je.

Nie rupa kedai kek lapis Dayang Salhah. Kedai nie agak tersorok ke belakang. Tapi jangan risau, simbol ada di tepi jalan. 

(gambar sumber google)

          
Bukan kek je yang dijual di kek lapis Dayang Salhah nie, kerepek dan keropok pun ada. Kuih tradisional Sarawak pun ada.

Mesti korang tertanya-tanya, jadi apa yang kau beli Hanis????

Nak tahu apa den beli ye????

eurmm...

            Selepas 35 minit merasa pelbagai jenis kek lapis, akhirnya den membuat keputusan untuk tak membeli apa-apa jenis kek sebab tadi dah makan kek lapis untuk 'testing'. Hahaha....bijak tak..Habislah den kena bambu dengan orang jual kek lapis lepas nie.
                      

17 comments:

  1. owhh mira tu tak cube lkagi, sebab mase mule2 datang srawak pergi dayang salhah tu je... ok boleh try mira plak pasni.

    ReplyDelete
  2. best owh..pergi sarawak.....datang la gik lak..hehe:)

    ReplyDelete
  3. @Ikhwan Suhaimi cubalah...mira cake house tu lagik nyaman...moist2x gik..

    ReplyDelete
  4. @Momo

    nang best habis...layannnnnn

    ReplyDelete
  5. Salam
    Sila sertai GA Homestay Alya di
    http://homestayskudaijohor.blogspot.com/p/ga-homestay-alya.html

    ReplyDelete
  6. kek lapis sarawak ni memang eye catching. tapi takde la sedap mana pun. sekadar indentiti sarawak je. :) [link blog saya]

    ReplyDelete
  7. @MéuzAngelo™ XXIII tp yg nie seriuosly sedap, ..mungkin tmpt yg awk pegi tu kurengg ckit...tp papepun lain org lain pandangannya....

    ReplyDelete
  8. Itu dia legenda Kek Lapis di Sarawak yang di jamin sedaaaap !!

    Ambil Pakej Percutian Sabah Sarawak.

    http://www.facebook.com/pages/Pakej-Percutian-Sabah-Sarawak-Travel/147676668611398?fref=ts

    ReplyDelete
  9. Saya pun pernah beli kek lapis sarawak kat kuching ari tu, tapi sekarang kek nyer dah tak sesedap dulu cuma yg ada manis nyer je.Kek nyer memang lembut dan cantik saya akui itu.klu dulu memang sedap sangat taklah macam sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah sekarang kan barang dah semakin naik harga, Demi mengekalkan harga kek yang murah mereka kena kurangkan penggunaan bahan yang bermutu dan digantikan dengan bahan yang kurang bermutu,
      Resultnya pun kurang sikit lah daripada hasil yang dulu

      Delete
  10. Kat area sibu Ada x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area sibu ada. sis boleh pergi area kampung jeriah di hospital sibu

      Delete
  11. Salam...info yg baik. Cik Honey..kat mana kedai Kek Lapis Mira tu,saya nak gi Kuching hari selasa ni.Bolehlah nanti cari....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply sis. Saya baru on blog nie. Kek Lapis Mira ni berhadapan waterfront. Area kedai kek dayang salhah.

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com