15 October 2012

TEMPAT MAKAN 1: DINNER DI BAROK BISTRO

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all



Dah jalan-jalan pusing satu bandar sambil pergi ke Main Bazaar
mestilah perut dah lapar kan. Tengok-tengok jam masa untuk makan malam dah sampai. Patutlah lapar semacam je. Untuk makan malam yang sangat menyelerakan Hanis sekeluarga pergi ke sebuah restoran yang cukup popular di Bandar Kuching nie. Tempat yang dimaksudkan adalah Barok Bistro.


Barok Bistro merupakan tempat menjamu selera paling popular di Kuching. Terletak hanya di seberang Kuching Waterfront. Pelancong boleh menaiki perahu tambang untuk ke sana ataupun menggunakan jalan darat jika takut untuk menaiki perahu di Kuching Waterfront. Persekitaran yang nyaman dan tenang seolah-olah menyambut setiap kedatangan tetamu yang berkunjung disitu.


Bagi mendapatkan tempat yang selesa serta tempat parking kereta yang strategik Hanis nasihatkan korang pergi awal kalau boleh selepas magrib. Kalau nak solat magrib kat situ pun boleh sebab ada disediakan surau, Surau Raudzatulssalin. Sangat selesa. Kalau pergi lambat alamatnya korang kena tunggu orang lain habiskan makan dahulu sebab tempat adalah terhad(rasa tempat banyak tapi ramai pelancong datang, mat saleh pun suka makan kat sini tau.) 


Restoran nie memang sesuai untuk pasangan kekasih, fuhh romatik gilerss beb..tak caya tengok nie. Suasana lampu nian yang malap ditambah pula dengan udara yang sejuk bak dibuai angina lautan pasifik(ini sah-sah ler menipu…tapi serius malam tu kitaorang makan memang suasana sejuk) Romantik okey…Berdating dengan mak bapak lagi romantik..hehe

Nie lah suasana dalam restoran Barok Bistro nie.
Ada muka Budak Kechik mencelah->>abaikan

Orait, perut dah lapar jom kita check menu yang disediakan. Terdapat pelbagai menu bersesuaian dengan selera penggemar-penggemar makanan tempatan. Antara menu popular kat Barok Bistro ini adalah:
-Mee kolok Sarawak
-Nasi Ayam Penyet
-Nasi Goreng Enjen
-Tom Yam
-Ikan Bakar
-Nasi Ayam Paprik

Bagi pengunjung yang ramai, terdapat beberapa pakej makan yang ditawarkan.
Pakej makan serendah RM145 untuk 6 orang(den ambil pakej nie, memang berbaloi) dan RM245 untuk 10 orang


Pakej yang terdiri daripada 5 menu utama;
Sup (Tom Yam. Sup Sayur, Sup Ayam)
Ikan (Masak 3 rasa, Masak Stim, Masak Sos dan sebagainya)
Sotong (goreng tepung, masak cili, masak kicap dan sebagainya)
Udang (masak butter, masak cili, masak kicap dan sebagainya)
Sayur (midin masak belacan, sayur campur)
Dan Se-Jug Air sirap Oren ataupun Ros(air kitaorang ambil air asing-asing)


            Dah makan kenyang-kenyang, minum air banyak sangat rasa nak terkuncil tiba-tiba. Orang sini panggil kemeh(buang air kecil aka kencing ler)..Kemeh(‘e’ pertama e pepeh ‘e’ kedua e taling)..bolehlah buka kelas belajar bahasa Sarawak plak lepas nie….Orait, untuk makluman korang, tandas awam ada disediakan di luar restoran nie ok…kena bayar 20 sen je… Tandas dia memang tahap 75% lah. Jarang nak jumpa tandas awam yang bersih dan tak ada bau pelik-pelik.

            Kalau rasa tak nak makan dalam suasana berbumbung, korang boleh juga makan di deretan kedai makan yang dibuka sepanjang tepian sungai berhadapan waterfront(berdepan dengan Barok Bistro nie)..Gambar lupa nak snap ler plak. Tunggulah den pergi lagi nanti ye.

Psstt..jangan lupa part terakhir untuk kek lapis Sarawak…PART 08

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com