11 October 2012

Resepi Pucuk Paku goreng belacan

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Happy luch time, kali ini resepi yang nie honney kurang pasti korang suka atau tak. Sebab nie jenis sayuran dan sayur nie pun honney mula kenal dan suka makan sejak tinggal di Kuching duluuuuuuu, lepas tinggal di Johor jarang jumpa sayur nie, then balik ke Sibuuu jumpa kembali. Sayur yang dimaksudkan adalah pucuk Paku pakis. Paku pakis nie skali tengok macam pucuk midin pun ada. Itu lain entry den kongsi okey dokie.. Pucuk paku nie memang glamour kat pasar tani mahupun market besar di bandar sana. Dia ada dua jenis satu paku pakis dan satu lagi paku rawan. Beza dua nie adalah jumlah daun.

Rata-rata penjual menjual sayur nie, seikat RM 2. Maklumlah kat sini banyak lagi hutan dan kawasan paya yang belum diterokai. Jadi bagi menambah pendapatan golongan yang kurang bernasib baik nie mereka mencuba dengan mengutip pucuk-pucuk daun yang boleh dimakan untuk dijual. Kalau ikutkan banyak lagi pucuk daun boleh makan. Nantilah kalau ada peluang honney akan kongsikan daun-daun yang jarang didengar kewujudannya tetapi sedap dimakan.

Antaranya pucuk paku pakis ataupun lebih dikenali dengan pucuk paku. Cara nak masak dia sama je dengan goreng kangkung tu boleh rujuk resepi KANGKUNG GORENG BELACAN. Cuma pucuk paku nie sedikit berlendir macam bendi. Disarankan basuh dahulu baru dipotong pendek.


Nak dijadikan cerita semenjak dua tiga minggu nie menu sayuran sudah lenyap dalam menu keluarga kitaorang dek cerita Bonda honney akibat budak mati gara-gara suka makan KANGKUNG nie, korang dah tahu belum ceritanya???? sure kalau korang dah tahu semua tak lalu nak jamah sayur kangkung. Jangan suruh den cerita kisah tu semua sebab den ada kisah silan dengan %^&*$. Hah benda apa plak tu, nak tahu cerita dia korang pergi la seacrh kisah yang tak enak didengar tentang KANGKUNG nie

 Jangan katakan sayur kangkung, sayur kobis, sayur asin-asin yang menjadi favourite BudakKechik pun dah tak danggup nak dijamah. Setiap kali pergi pasar nak beli sayur terus teringat cerita tu akibatnya bubye ler kepada encik sayur yang jual tu. Balik dengan tangan yang kosong. Makan nasi kicap berlaukkan ayam jelah. Tak tahulah sampai bila kitaorang takkan makan  KANGKUNG nie Sebab setiap kali nak makan je mesti teringat cerita tu. 

Kisah tak makan sayur nie berlaku awal bulan lepas. Awal bulan nie sudah makan dah sayur tapi bukan KANGKUNG ok. 

Resepi: Pucuk Paku goreng belacan

Bahan-bahan:
Secekak pucuk paku dipotong pendek.
*3 biji cabai Melaka (ikut tahap kepedasan anda)
*1 sb belacan (cik moon kata lagi banyak belacan lagi sodapp katanya)
½  sk garam @ 1sb sos tiram khas untuk sayuran @ ½ sk perencah untuk sayuran.
*3 ulas bawang putih
*2 biji bawang merah
*ditumbuk kasar
Sedikit minyak masak
Sedikit air

Cara-caranya:
1-      Tumiskan bahan yang bertanda* hingga naik bau.
2-      Masukkan sos tiram/garam kemudian diikuti perencah sayur.
3-      Tuangkan sedikit air. Gaul bagi sebati.
4-      Masukkan pucuk paku. Goreng hingga separuh layu.
5-      Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi putih panas-panas. Walaaa...
  
J--SELAMAT MENCUBA--J

1 comment:

  1. tq share resepi

    visit my blog
    rumpailautsabahdeshara.blogspot.com
    ^__^

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.