15 October 2012

Resepi Popia Goreng Bersayur

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat Pagi, dah sarapan ke belum????

Sering terfikir nak sediakan menu apa untuk family anda pagi-pagi begini. Meh sini, Cik honney tolong kasi idea untuk korang. Menu yang ringkas dan senang untuk disediakan iaitu Popia Goreng Bersayur. Sedap dan enak dimakan dan yang paling penting senang untuk dibuat. Untuk inti sayur nie cara buatnya sama seperti membaut inti untuk POPIA BASAH.

                       Menu nie sesuai untuk dihidang untuk kanak-kanak sebab ianya tidak pedas. Bagi kanak-kanak yang tak gemarkan sayuran ini adalah cara yang terbaik untuk menarik minat mereka terhadap sayuran.

            Selalunya untuk popia bergoreng nie, honney selalu gunakan inti kentang ataupun ubi keledek. Tak pernah lah guna inti sayur lagi dan ini kali pertama den guna inti sayur dan hasilnya sangat menyelerakan dan yang penting ianya berkhasiat.

Resepi: Popia Goreng Bersayur
Sumber : Koleksi sendiri

Bahan untuk inti** (Rujuk inti POPIA BASAH)
v  1/2 biji kobis - diricih halus
v  3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
v  1 biji sederhana bawang besar
v  3 ulas bawang putih
v  1 sudu besar sos tiram
v  1 sudu makan udang kering
v  garam secukupnya
v  minyak untuk menumis
v  **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.


Bahan-bahan lain:
Kulit pastry(kulit popia)
2 sudu besar tepung gandum+sedikit air(disatukan untuk dijadikan gam)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1- Ambilkan sekeping kulit popia
2-  Letakkan sedikit inti dan gulungkan kulit popia tersebut secara menyerong.
3- Gam sedikit di hujung kulit popia.
4- Sedia untuk digoreng.

P/S: Popia nie juga boleh di frozenkan. Jangan risau intinya takkan basi sebab dah dimasak dahulu.


J--SELAMAT MENCUBA--J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com