11 October 2012

RESEPI POPIA BASAH

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Popia Basah??? sedap dan enak dimakan susah untuk dibuat. Sebenarnya bukan susah nak buat tapi renyah je. Untuk membuktikan yang  Cik honney nie serba boleh(chewahhhhhhhh), jadi dengan nafsu makan yang membuak-buak den pun try lah cari resepi Popia Basah nie dari blogger masakan.

Rata-rata resepi yang dijumpai semuanya resepi yang sama dan feedback yang diterima selepas mencuba resepi tersebut semuanya positive yakni resepi nie memang betul-betul power lah. Jadi resepi itulah yang den ambil untuk dijadikan rujukan. Yang paling menarik resepi nie ditunjukkan step by step cara nak buat kulit popia tu sendiri. Kelemahan honney yang sangat ketara adalah dalam menghasilkan kulit popia yang nipis senipis kulit bawang sangatlah sukar. Akhir sekali den buat takat yang mampu sajalah. Kulit popia telah jadi kulit kuih ketayap. Mula-mula sangatlah tebal hingga 2 3 kali buat barulah dapat buat yang nipis sedikit.
Ada yang besar ada yang kecik...alahai belasah jela weiiii...


Untuk pengetahuan korang, honney sediakan adunan untuk kulit popia tu sedikit cair dan sennag untuk dapatkan kulit yang nipis. Guna senduk je, oleskan sikit dan tunggu kulit tu tertanggal dari pan(kuali). Nak tunjuk gambar pun tak dapat sebab masa buat popia nie sangatlah rush dengan masa. Maklumlah dah waktu tengahari. Perut pun dah berdentum kencang.

Resepi: POPIA BASAH
Rujukan: Kak Ita

Bahan-bahan ( 12 keping )
Bahan untuk kulit*
v  2 cawan tepung gandum
v  1 biji putih telor
v  3/4 cawan air
v  2 sudu makan cuka
v  secubit garam
Nampak inti sayurannya tu...Wahhh sedap weiiiii

Bahan untuk inti**
v  1/2 biji kobis - diricih halus
v  3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
v  1 biji sederhana bawang besar
v  3 ulas bawang putih
v  1 sudu besar sos tiram
v  1 sudu makan udang kering
v  garam secukupnya
v  minyak untuk menumis
v  **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal
v  15 tangkai cili kering
v  1 biji bawang besar
v  5 ulas bawang putih
v  1 sudu besar gula perang
v  2 sudu besar kicap manis
v  minyak untuk menumis
v  garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
v  *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
Cara-cara membuatnya:-(Rujuk pada resepi asal, step by step Kak Ummi tunjukkan)


  1. Popiahbasah-1
     campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. Popiahbasah-2
    Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. Popiahbasah-3
     Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
  4. Popiahbasah-5
    Buat dari arah jam
  5. Popiahbasah-6
    Mulakan dari tepi dulu
  6. Popiahbasah-7
    Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  7. Popiahbasah-8
    Setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  8. Popiahbasah-9
    Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  9. Popiahbasah-10
     Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  10. Popiahbasah-11
     Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  11. Popiahbasah-12
    Lipat macam biasa dan gulung
  12. Popiahbasah-13
     Sedia untuk dimakan :)



Dan inilah hasilnya, walaupun kulitmu tidak senipis kulit bawang namun ianya tetap menajdi pujaan hatiku..
Yumm..yummm..


Ternyata Blog ini HOT AND SPICY

J--SELAMAT MENCUBA--J


0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com